Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Whats Ive been up to


                                               Nephew's Wedding                                       

                                                    Faris' swimming class


 
                                             Kak Long's Graduation
                                                 
                                                Mother's Day with MIL and SIL
                                                 Host Meeting in Kuantan, and this is during Tour

business minded, whos right? seller or customer

Dah lama sangat tak blog sebab mungkin kesibukan kerja. Sekarang pun di ofis sering tak sempat nak surf internet sangat pun. FB pun jarang dah follow sampai kalau aku update pun takda orang komen haha.

Aku nak cerita pasal akhir-akhir ni asyik terkena dengan orang berbisnes. Aku pun taktau siapa yang salah, aku ke atau peniaga. Orang kata customer is always right tapi dalam kes aku ni nampaknya peniaga lebih berkuasa.

Kes 1 :
Masa anak saudara aku kahwin baru-baru ni, aku ada menempah cupcake dan muffin (cupcake ada icing tapi muffin cuma cupcake yang takda icing je pun) dari kedai kek di Damai ni. Memang dah selalu order dengan dia, walaupun harga memang agak mahal tapi disebabkan kedai melayu dan halal aku tak kisah. Mulanya aku nak order apam polkadot tapi aku tau mungkin dah terlambat. Hari Jumaat baru order nak hari sabtu/ahad. JAdi memang dia kata dia tak boleh buat apam polkadot. Okay takpalah, tapi dia offer cupcake. Aku pun okay sebab selalunya aku memang customer yang flexible takdalah nak je apa yang aku nak. So, dia offer cupcake tu pun dok suggest yg aku rasa yang memang dia tengah nak buat cuma lebihkan je untuk aku. Hiasan pun dia yang suggest yang boleh menyenangkan dia. so fine, aku tak kisah pun . kenduri kat kampung orang tengok cupcake pun dah cantik tak perlu nak extravagan sangat. Aku order 30cupcake dan 50 muffin nanti H akan ambil Sabtu malam sebab dia kata Sabtu malam dah boleh ambil. Aku memang dah balik kampung, tapi H akan balik sabtu malam. Turn out masa Sabtu malam tu H cuma bawak15 biji cupcake sebab ada satu kotak tertinggal. Dan muffin tu disebabkan ianya ialah kek cawan yang nak diletak icing jadi its so flat, takda mengembung pun atasnya. aku tak sure la memang muffin macamtu ke tapi setahu aku kalau muffin mestilah mengembung kan. MAksud aku mesti letak aduan tu banyak sikit utk kek tu naik melebihi acuan. Aku memang geram, memang Saida (owner kedai kek tu) ada misscall byk kali kebetulan hp aku tertinggal pada  H pasal lagi satu kotak yang tertinggla. Okayla takpa, salah aku jugak. Tapi yang menambahkan bengang bila aku call dia balik macam nak taknak je cakap. Jangankan nak minta maaf apatah lagi nak bagi diskaun ke. Malah aku balik Damai hari ISnin tapi dia takda pun effort nak bagi. Nasib baik Rabu tu ada hari Guru di sekolah so Selasa aku ambik cupcake yang tertinggal untguk bawak pada hari Guru. And again jangan harapla staff kedai tu nak say sorry or say something nice bila aku tanya kenapa muffin flat setahu aku muffin gebu je. Dia cakap memang macam tu. Malas dah aku nak cakap lebih. Dahla kedai dia tu pun aku dh pelik sebab ada satu notis yang bagitau customer yang takda vaksin something jangan request nak masuk dapur dalam bahasa yang aku rasa keras.
Maaflah Sweetheart Bakery lepas ni aku dah taknak lagi datang kedai awak. Dalam kes ni aku ada banyak pilihan bakery. Saya memang kecewa dengan layanan yang diberikan.

Kes 2.
Yang ni aku taktau nak buat apa lepas ni sebab aku memang bergantung pada cleaner untuk datang bersihkan rumah sebulan sekali. tapi huhuu aku sudah bergaduh dengan itu cleaner company dowwh. Ceritanya aku ada book cleaner untuk datang dan dia boleh datang sabtu petang jm 4. Masa tu Faris ada kelas berenang, dan tanpa disangka H pulak pekerja kedainya cuti emergency.  Bengang gila sebab dah suruh H hantar Faris so that aku boleh tunggu cleaner. Alih-alih H pun tak hantar Faris dan cleaner pun datang sebba "masih tak siap kerja di tempat lain". Aku dahla emmang tengah membara je haritu. Aku pun jawab yang aku dah taknak ambil cleaner dia company tu. Makanya weekend tu aku pun menye'scrub' 3 bilik air, mop tingkat atas bawah, berus halaman luar.. huhuhuhu.. Nangisss I. Dahla mood tengah bengang. Bagaimanakah agaknya nasib selepas ni? Mana nak cari cleaner ni woiiii.. PAdahal selama ini hubungan aku dengan Cleaning Svc memang bagus. Diroang pun sangat flexible. Tapi dgn ego yang customer sentiasa betul adakah aku perlu ambil lagi cleaner diorang. Dalam kes ini aku tak banyak pilihan malah hampir takda pilihan.

Monday, February 13, 2012

Dah Februari

Lamanya tak tulis blog. Semakin lama semakin sibuk atau semakin lama masa semakin cepat berlalu, atau pun semakin lama semakin malas. Tahun 2012 membawa sedikit ketakutan dalam diri, betulke tahun inilah penghujung dunia dan ada juga yang meramalkan bencana besar yang berlaku di pertengahan Ramadhan nanti. Ada logiknya kan, aku ada terfikir macamana kalau aku menghadapi bencana, macamana kalau terpisah dengan suami dan anak-anak. KAdang-kadang aku rasa aku boleh berjauhan dengan suami, tapi tidak dengan anak-anak.. Tapi aku juga tak bolehbayangkan untuk hidup tanpa H. Dan dengan anak-anak, aku sentiasa nak anak-anak sihat, selamat, gembira.. aku tak mahu anak-anak luka sedikit pun. Sebab tu bila baca berita kanak-kanak yang kurang bernasib baik Ya Allah, aku tak boleh baca sebenarnya sebab aku akan rasa sedih yang keterlaluan.

Dengan H pulak, aku selalu jugak bergaduh dengan H. Aku selalu nampak apa yang dia tak buat, padahal bukankah aku pun tak sempurna. Dan kat ofis pun aku tak sesuai dengan bos. Lalu aku berfikir jugak, adakah aku ini sebenarnya yang bermasalah. Tapi kes di ofis lain, sebab sebelum ni pun aku bekerja untuk bos-bos yang berlainan dan tak pernah pun ada masalah.

oh ya.. aku ada satu perkara yang aku asyik fikirkan. Pada cuti CNY aku buat majlis meraikan ulangtahun kelahiran anak-anak. KAdang-kadang taktaula adakah bila kita bagitau kita nak buat majlis hari lahir, seolah-olah kita minta orang datang bawa hadiah. JAdi kalau taknak orang bawa hadiah, jangan cakap majlis hari lahir. Tapi ya bergantung pada niat, dan niat aku cuma utk meraikan anak-anak, mengajak kawan-kawan dan keluarga datang berkumpul. Kalau dapat hadiah, ya pasti kami gembira dan kami mendoakan orang yang memberi akan lebih murah rezeki.

 Red Velvet cake.. simple but juz nice from the only malay bakeryshop  in Damansara Damai.
 sepupu dan anak-anak diorang.. Sulas malam tu terus labour penangan nasi ambeng.
 H and his brother who incidently flied out from KK.
The main menu nasi ambeng and laksa.

 Dessert section

Friday, July 23, 2010

Tragedi malam ini

Aku happy hari ni in fact aku memang in happy mood nowadays. Tapi hari agak seronok sebab aku lupa bawak kunci rumah, so ambik kesempatan untuk fetch up anak-anak dan pegi ke kedai H dan balik sama-sama. Jadi plan untuk makan kat luar terus. Kitornag memang jarang sangat makan kat luar. Sebabnya kalau siang, H selalu rushing nak ke kedai. kalau malam pulak tapau je. Tapi kebetulan hari ni dressing aku pegi ofis casual and aku tak pakai korset (di maafkan hari jumaat je fuuhh lega), so takdela rasa panas dan berlengasa dan cepat je nak balik rumah bukak kipas full blast.




Kami makan di Ani Sup Utara. Okay gak, ada ayam penyet versi gerai tapi not bad sodappp.. Cuma RM7 pulak tu. Sup dan soto pun sedap. Air pun tak mengecewakan. KAmi memang lepak betul.




Dan lepas tu balik, sampai je rumah aku terus BF Fakhri. H angkut barang terus ke dapur.. tiba-tiba dia bagitau, "nie awak punya terbukak nie". Aku dah tak sedap hati. Aku tanya berkali-kali apa yang terbukak. Dan H bagitau freezer. Aku terus beristighfar terus lepaskan latching Fakhri terus ke dapur. Nightmare comes true. Semua EBM aku cair. Semua is like semuaaaa... penuh fridge aku.. http://strawberryglazed.blogspot.com/2010_03_01_archive.html kalau tengok gambar lama nie kira sikit, sekarang memang dah full house. Dan hari nie semuanya cairrrrrrr... Punyalah aku selamatkan masa blackout aritu siap nak tumpang kat 7-11. Luruh hati aku, aku SMS Lyna mysuperkid dan check internet samada boleh freeze semula ke EBM cair. Jawapannya smeua tak boleh. Banyak jugak kes macam aku nie dan 80% cakap tak boleh refreeze. Tapi experimen menunjukkan takde perubahan tekstur atau quantity bacteria kalau pun re-freeze lagi cuma bau dan rasa berubah. Takpelah, aku letak kat fridge bawah dan cuba feed Fakhri dgn EBM utk weekend ni. Manakala, aku expresed 2 jam sekali utk buat stok. Dan maksudnya balik kg pun kena bawak pump, 3 kali pump kat ofis, makan lobak dan longan.. arrghh its not easy I tell u.. To BF and let alone to reliii and ZZzzzzzzz.. (to continue later)

Monday, July 19, 2010

Monday = Mandom

My Monday is mandom day. Late to work because came back from kampung at 3 am in the wee mornign. Feeling sleepy, urge to catch up news with frens in FB and gossips in forum. At work side, very unproductive. And today, having great weekends with Faris and Fakhri makes me want to go home so bad. F and F are getting smarter everyday, and they are juz lovely. Although, I am tired of having to change Faris' all the time (he doesn't want to wear diaper nowaday, so at times I put brief jangan terbayak dahla, setakat kencing boleh tahan lagi). F&F are like a frens who I can talk with juz about everythign.



Next Sunday, plan to held small gathering to celebrate Fakhri's 6 month birthday. In my Jawa culture, 6 month birthday also marks as the child can step onto the ground. 'Turun tanah' orang Jawa kata. To me, I want to be thankful to Allah that I am able to exclusively breastfeed Fakhri for 6 month. And hopefully I can continue to fully BF as long as it takes.

In my Jawa family, for turun tanah we will make 'bubur candil' or flour ball in sweetened coconut milk (kakakaka translation).



On the house section, juz complete planting taiwan grass to our small frontyard. Bought also a few flower plants with hope that it will grow gracefully. And now our yard become toilet to straycats.. geram betul. Hari-hari ada kucin melepas. Need to change the gate soon but dunno, I think cannot complete the fence and gate before Raya lah. Next is to change all door to solid wood. Shud take photo of my front yard, but my hp went kapput.

Monday, April 5, 2010

My Best Friend's Wedding

Nie gambar masa kita gie Ikea hehehe.. nasib baik kau ada, the fact is ko memang banyak tolong aku.

Kalau tengok gambar nie, that man yang Berry nak tuang air tu le yg finally jadi suami dia. Kekekekke... masa nie takda papa pun and kitornag memang suka mengusik K, tapi aku rasa memang dia ngan Berry la paling ngam kot. Ngan kitorang yang lain nie tak berapa sangat. Berry ko ingat tak, kita pun selalu sangat gossip pasal K kan. The very first time diorang nak matchkan korang adalah masa kita meeting kat Seafood restaurant kat Pulau Carey tu. Tapi lepas tu pun lama senyap sampaila bday kau 2 tahun lepas ya. Aku memang happylaa korang berdua sebabnya dua2 pun kawan aku.

Berry, aku tak pernah nampak ko matang sampaila ko kawin.. i mean, selama nie ko gila-gila, indipendent and takdela sejiwang aku ke kan.. But then, ko memang kawan yang terbaik.. bukan je dgn aku tapi dgn kawan-kawan lain. Bila borak-borak dgn geng-geng kita lain, semua pun cakap ko yang banyak tolong, paling rajin keep in touch and orang yg susah payah time kitorang kawin.

And kalau bukan Fakhri kecik sangat lagi, memang aku akan menyibuk kat wedding ko pagi petang macamana kau tolong masa wedding aku, bday, kenduri dan macam-macam lagila.

The times that we spend together are among the best time in my life.. pegi travel, kembara puteri, jogging, aerobik, makan-makan, minum-minum, pesta buku, larian, fine dining (dgn sapa lagi kalau bukan dgn kau since H tak berapa gemar makanan pelik-pelik), lencer raya (dan sapa lagi yg organize kalau bukan kau), gathering, meeting dan aktiviti persatuan (heheh.. nasib baik dah lama tak jumpa, kalau tak sure teruk korang kena usik), tumpang kereta kau and banyak lagi untuk aku list kan, yg kita pegi gubahan bunga tu. Yang kita rewang masa Nor kawin and bertunang. In fact, family kita pun dah macam bersaudara lagi-lagi bila aku kawin ngan H, sedara mil aku sedara kau (cik tompok, cik yamah) and kau kawin dgn K pulak mak aku kenal family dia (mil aku mak andam kakak K).

And aku jarang nampak kau betul-betul dress up and mekap sampaila kau kawin. Memang cantik dan kena dengan kaler baby blue.
Selamat Pengantin Baru dan Selamat menempuh alam rumahtangga dan keluarga. Aku hope our friendship will never change in fact will be closer and merrier.
p/s tak sempat nak cari dan upload gambar-gambar lain sbb budak2 tengah tido dan boleh bangun anytime soon, and aku nak mandi goreng nuggets sementara diorang tido nie..
Gambar kawin pulak kabel usb digicam kat ofis...


Tuesday, August 18, 2009

Shunt Fault

Shunt Fault nie berlaku pada insulator submarine cable and takdela cable tu putus terus dan traffic taknak lalu. Tapi, shunt fault ni kira shunt fault dalam diri aku laa.. kekee ada kerosakan here and there tapi takdela sampai tak berfungsi.

Dah lama tak upload gambr :



Cili giling terakhir yang mak buatkan untuk aku. Yelah, aku nie semua pun nak express, bahan-bahan masak semua express tapi tetap taknak yang beli kat kedai, so emaklaaa resourcenya. Sekarang, kakak aku pulak tlg buatkan siap dgn bawang2 sekali.. hehehe.. anak manja kan.. adik manja juga.



3 budak kembar tak serupa. Kakak aku yang kat Kajang memangla suka belikan baju untuk budak-budak nie since they are the youngest in our family baju yang sama. Sorang suka menggigit, sorang suka buat hal sendiri, sorang lagi terlebih manja and ciwek (like mother like son).



Kitorang memanglaa jarang ada family picture. bukan apa, sebabnya masing-masing malu nak suruh orang lain ambik gambar kekeke.. nie pun suruh Ipul, haf-day trip to Cameron Highland.



Pegi Zoo, takde satu pun gambar Faris pandang kamera, sibuk pandang haiwan-haiwan dan persekitaran. So excited.



Ikan lagi best dari Ibu.. hehehe.


Kat luar baru nak pandang kamera.

Sunday, January 4, 2009

New year, new targets

habis dah musim cuti, jalan akan kembali sibuk, ofis pun penuh je takde orang ambik cuti dan sibuk dgn meeting, workshop bla bla bla. At least hujunh bulan ade lagi break CNY, lepas tu memang betul-betul 110% kerja.

Kalau tahun lepas, 2008 aku masa tu tengah sakit lagi dek jahitan bersalin tu (pergg aku dah lupa semua term-term bersalin tu tho dulu aku hafal jahitan tu episiotomi ke apa, perenium laa and ntah hapa-hapa), dan target nak BF Faris exclusively nak beli rumah. Tu lah dua target besar aku, Alhamdulillah tercapai. Dan tahun 2009 nie target yang paling paling besar aku ialah nak siapkan thesis master Ya Allah betul-betul dah jadi pekasam la mende nie. Benci betul!!!!! Dan juga aku sort of ready for the second one maybe after half year coz Faris will be two. Target kecik dalam karier nak join balik teknikal so insyaAllah dapat. Yang lain-lain tu seperti biasa target-target yang as and when. Oh yaaa satu gol aku yang sejak azali tak pernahla nak berubah ialah bangun awal pagi maksud aku seawal 5.30 atau 6.00 pagi supaya aku ada cukup masa utk bersiap seperti ibu-ibu lain. Nie tak, tiap pagi pun bangun agak lambat dan cuma ngam-ngam je untuk pam, buat air nescafe 0 H, cuma buat roti spread dgn dorina with jem/peanut butter/kaya.

Majlis bday Faris semalam Alhamdulillah berjalan lancar walaupun aku nie sebagai host yang panic dan kelam kelibut, lupa nak bagi berkat lah tak pandai nak manage masa nak layan kawan-kawan la. Tak bekalkan MIL awal-awal lah, kesian MIL. Aku betul-betul memang tak pro lagi jadi host walaupun sll gak buat makan-makan tapi utk small group. Tapi seronok bila geng-geng datang, yelah time nie jek nak jumpa dan borak-borak. Berry ko perasan tak, shida cun betul lepas kawin. Rasa masa single takdela mekap-mekap sangat and takde nampak berseri-seri macam sekarang. Ko pun nanti mesti macam tu.. ehhh apa cite. Tapi, honestly aku rasa aku kena take the call. I mean, ko kena bertegas sikit la. Susah bila nak go with the flow tapi matlamat nya samar-samar. Apa-apapun aku tetap doakan yg terbaik. Aku belum bagi hadiah bday ko ada aku letak atas iron bod, tapi setiap kali balik kg barang punyalah banyak, so hadiah ko pun masuk list yang aaahhh nantilaaah minggu depan bawak, dan minggu depannya pun sama jek.. Hihi, orang baru belajar jadi tuan rumah. Tapi H betul-betul bikin gempak dan jadi tuan rumah yang siap ada ucapan dan mengemudikan majlis. Wahhhh, family gua terpana dan kagum tul ngan dia. kekeke.. H tu memang pun bagus cuma tuhlaaaa sebab dia tak masuk bidan korporat, berniaga pun belum lagi berjaya betul.. so, masih lagi low profile. Tapi betullah panas baran dia makin berkurang dan makin ala-ala bapak-bapak dan seorang yang hampir berumur 40an. Kekekekek.. Ohh happy bday to my sister Zuhrah 5 Jan, lil brother Ejal 31 Dec, Azizi 21 Jan.

Hari nie ramai kawan-kawan kitorang antar anak pegi sekolah dan aku and H masih lagi dokong anak kecik. Takpelaa..