Sambungan dari kisah di labor room haritu. dari check in jam 2 pagi tu, aku siap tanya kat nurse tu ramai ke orang datang spital malam-malam macamnie, turn out memang ada dalam 3,4 orang gak yang in labor.. hehehe, sakit mana kenal masa ye tak.
Btw, Doc Idris datang masa tu gak, pecahkan ketuban, aku memang dah mula tense la masa ni yelah macam takbersedia nak bersalin. LAgipun sbb dah tau kan prosedur macamna huhu takut sangat. Detik waktu berlalu, tangisan demi tangisan baby baru lahir kedengaran. Doc siap sempatbalik rumah lagi sarapan kots.. Aku masih gak sama je. Siap nurse pinjam gas mask bilik aku coz aku masih steady boleh tahan sakit. Dari jam 2 sampai 10 pagi.. ehhh, sama je.. tak bergerak pun bukaan tu. Doc tanya kalau aku nak pethidin utk relaks dan mungkin otot boleh terbuka lagi. Kepala baby pun langsung tak turun ke bawah. H suruh aku tolak2 badan kebawah bagi kepala baby turun, heheh.. aku pun takde idea nak buat macamana.. tolak perut, paru2, pankreas ke ovari kot agaknya.
So, aku decide nak amik pethidin so that aku boleh tido. Walaupun masa tu boleh tahan sakit lagi. Doc cakap sebelum jam 1 aku mesti bersalin, nie yang aku agak suka dgn Doc Idris, he is so confident and he knows what to do. And dia boleh bagitau apa yang akan terjadi macam nujum pak belalang pulak. Terus Doc decide utk induce. Aku pun woooo.. dapat bayangkan sakitnyaaa... Tapi, whaddahek cuma fikir nak keluarkan baby je. Lepas je induce, hmm terus the real pain came in. Memang tak menyempatlaaa. Tak sampai 10cm pun, tp aku terus dah rasa nak meneran. SAkitnya Allah saja yang tahu. Sakit sangat-sangat-sangat. Dah masa nak push tu pun, Allah saja yang tahu macamana nak push utk bagi baby keluar. Tak boleh fikir apa, yang penting keluarkan secara normal. aku kumpul semua tenaga yang ada sampai gigit tangan H. Doc terus letak baby atas dada, masa nie memang lega sangat-sangat. Selepas tu apa yang Doc nak buat, keluarkan uri, jahit pun dah tak terasa... cuma rasa nak minum dan nak tido. Dan rasa happy.. Alhamdulillah, baby Fakhri lahir pada 12.55 pm 7 Feb 2010.
Okay, selepas-selepas tu barulaa rasa sakit ya. Sakit kat bawah tu, sakit kat kaki, sakit kat segala tempat lah. Penangan push kali ni kaki aku cramp memang takboleh jalan langsung. Dua hari aku berjalan ke belakang (reverse) dan mengengsot. Urat di lutut kiri membengkak dan menonjol.
Fakhri di tahan sehari sebab jaundice 188. H dan Faris tido kat hospital. One thing pasal aku kalau kena dok hospital memang diorang kena tido sekali, gelarla toto tikar semua. Aku takboleh tido kalau sorang. NAsib baik entitle single room. Well, dulu masa double bed pun sama, diorang tido sekali. PEnah sekali dapat jiran yang tak memahami dan mengadu dengan nurse. Nasib baikla nurse-nurse sporting. Takut juga kalau kena halau.
Hari ke 3, kakak call suruh balik kampung. Adik lelaki siap repair toilet, kemas dan sediakan tempat landing aku berpantang nanti. Adik perempuan yang setia temankan aku masa labor dalam SMS pun cakap nak balik untuk jaga aku. Terharu dansedih tapi happy sangat masa nie. W
alaupun mak takde, tapi alhamdulillah hubungan adik beradik memang rapat. Diorang jaga memang sempurna. HArapan aku bila adik perempuan aku bersalin nanti aku dapat jaga dia macamana dia jaga aku. (okay, kecuali mandikan baby hihihi.. itu aku tak pandai, in fact kalau adik takde, BIL yang mandikan - suami kakak aku tu).
Fakhri kena admit lagi sekali sebab jaundice tinggi 257 kali ni kat Pantai Klang. Nanti aku cerita pulak pengalaman di Pantai Klang dan Pantai KL. Aahh pengunjung setia Pantai dan tak terkira jag air pantai aku dah. Dah tu, hosp lain agak jauh dari rumah.