Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Monday, April 5, 2010

My Best Friend's Wedding

Nie gambar masa kita gie Ikea hehehe.. nasib baik kau ada, the fact is ko memang banyak tolong aku.

Kalau tengok gambar nie, that man yang Berry nak tuang air tu le yg finally jadi suami dia. Kekekekke... masa nie takda papa pun and kitornag memang suka mengusik K, tapi aku rasa memang dia ngan Berry la paling ngam kot. Ngan kitorang yang lain nie tak berapa sangat. Berry ko ingat tak, kita pun selalu sangat gossip pasal K kan. The very first time diorang nak matchkan korang adalah masa kita meeting kat Seafood restaurant kat Pulau Carey tu. Tapi lepas tu pun lama senyap sampaila bday kau 2 tahun lepas ya. Aku memang happylaa korang berdua sebabnya dua2 pun kawan aku.

Berry, aku tak pernah nampak ko matang sampaila ko kawin.. i mean, selama nie ko gila-gila, indipendent and takdela sejiwang aku ke kan.. But then, ko memang kawan yang terbaik.. bukan je dgn aku tapi dgn kawan-kawan lain. Bila borak-borak dgn geng-geng kita lain, semua pun cakap ko yang banyak tolong, paling rajin keep in touch and orang yg susah payah time kitorang kawin.

And kalau bukan Fakhri kecik sangat lagi, memang aku akan menyibuk kat wedding ko pagi petang macamana kau tolong masa wedding aku, bday, kenduri dan macam-macam lagila.

The times that we spend together are among the best time in my life.. pegi travel, kembara puteri, jogging, aerobik, makan-makan, minum-minum, pesta buku, larian, fine dining (dgn sapa lagi kalau bukan dgn kau since H tak berapa gemar makanan pelik-pelik), lencer raya (dan sapa lagi yg organize kalau bukan kau), gathering, meeting dan aktiviti persatuan (heheh.. nasib baik dah lama tak jumpa, kalau tak sure teruk korang kena usik), tumpang kereta kau and banyak lagi untuk aku list kan, yg kita pegi gubahan bunga tu. Yang kita rewang masa Nor kawin and bertunang. In fact, family kita pun dah macam bersaudara lagi-lagi bila aku kawin ngan H, sedara mil aku sedara kau (cik tompok, cik yamah) and kau kawin dgn K pulak mak aku kenal family dia (mil aku mak andam kakak K).

And aku jarang nampak kau betul-betul dress up and mekap sampaila kau kawin. Memang cantik dan kena dengan kaler baby blue.
Selamat Pengantin Baru dan Selamat menempuh alam rumahtangga dan keluarga. Aku hope our friendship will never change in fact will be closer and merrier.
p/s tak sempat nak cari dan upload gambar-gambar lain sbb budak2 tengah tido dan boleh bangun anytime soon, and aku nak mandi goreng nuggets sementara diorang tido nie..
Gambar kawin pulak kabel usb digicam kat ofis...


Sunday, January 4, 2009

New year, new targets

habis dah musim cuti, jalan akan kembali sibuk, ofis pun penuh je takde orang ambik cuti dan sibuk dgn meeting, workshop bla bla bla. At least hujunh bulan ade lagi break CNY, lepas tu memang betul-betul 110% kerja.

Kalau tahun lepas, 2008 aku masa tu tengah sakit lagi dek jahitan bersalin tu (pergg aku dah lupa semua term-term bersalin tu tho dulu aku hafal jahitan tu episiotomi ke apa, perenium laa and ntah hapa-hapa), dan target nak BF Faris exclusively nak beli rumah. Tu lah dua target besar aku, Alhamdulillah tercapai. Dan tahun 2009 nie target yang paling paling besar aku ialah nak siapkan thesis master Ya Allah betul-betul dah jadi pekasam la mende nie. Benci betul!!!!! Dan juga aku sort of ready for the second one maybe after half year coz Faris will be two. Target kecik dalam karier nak join balik teknikal so insyaAllah dapat. Yang lain-lain tu seperti biasa target-target yang as and when. Oh yaaa satu gol aku yang sejak azali tak pernahla nak berubah ialah bangun awal pagi maksud aku seawal 5.30 atau 6.00 pagi supaya aku ada cukup masa utk bersiap seperti ibu-ibu lain. Nie tak, tiap pagi pun bangun agak lambat dan cuma ngam-ngam je untuk pam, buat air nescafe 0 H, cuma buat roti spread dgn dorina with jem/peanut butter/kaya.

Majlis bday Faris semalam Alhamdulillah berjalan lancar walaupun aku nie sebagai host yang panic dan kelam kelibut, lupa nak bagi berkat lah tak pandai nak manage masa nak layan kawan-kawan la. Tak bekalkan MIL awal-awal lah, kesian MIL. Aku betul-betul memang tak pro lagi jadi host walaupun sll gak buat makan-makan tapi utk small group. Tapi seronok bila geng-geng datang, yelah time nie jek nak jumpa dan borak-borak. Berry ko perasan tak, shida cun betul lepas kawin. Rasa masa single takdela mekap-mekap sangat and takde nampak berseri-seri macam sekarang. Ko pun nanti mesti macam tu.. ehhh apa cite. Tapi, honestly aku rasa aku kena take the call. I mean, ko kena bertegas sikit la. Susah bila nak go with the flow tapi matlamat nya samar-samar. Apa-apapun aku tetap doakan yg terbaik. Aku belum bagi hadiah bday ko ada aku letak atas iron bod, tapi setiap kali balik kg barang punyalah banyak, so hadiah ko pun masuk list yang aaahhh nantilaaah minggu depan bawak, dan minggu depannya pun sama jek.. Hihi, orang baru belajar jadi tuan rumah. Tapi H betul-betul bikin gempak dan jadi tuan rumah yang siap ada ucapan dan mengemudikan majlis. Wahhhh, family gua terpana dan kagum tul ngan dia. kekeke.. H tu memang pun bagus cuma tuhlaaaa sebab dia tak masuk bidan korporat, berniaga pun belum lagi berjaya betul.. so, masih lagi low profile. Tapi betullah panas baran dia makin berkurang dan makin ala-ala bapak-bapak dan seorang yang hampir berumur 40an. Kekekekek.. Ohh happy bday to my sister Zuhrah 5 Jan, lil brother Ejal 31 Dec, Azizi 21 Jan.

Hari nie ramai kawan-kawan kitorang antar anak pegi sekolah dan aku and H masih lagi dokong anak kecik. Takpelaa..