Showing posts with label Nationhood. Show all posts
Showing posts with label Nationhood. Show all posts

Monday, May 6, 2013

Post PRU13 syndrom

Terasa sedih, loser, depressed memang ada juga sikit. Aku mengharap perubahan, tapi nampaknya belum dapat lagi merasainya. Mungkin seperti kisah penaklukan Constantinople yang Rasul SAW bersabda hanya Raja yang baik, dengan tentera yang baik dan rakyat yang baik yang akan dapat menakluk Constantinople. Begitulah juga di Malaysia, sudah pasti kekalahan ini menunjukkan masih ada ketidakupayaan dan kelemahan yang perlu diatasi. InsyaAllah, era kebangkitan Islam tetap akan berlaku. Oh, apa kaitan dengan kebangkitan Islam? 

Selama 5 tahun di Selangor di bawah kerajaan PR, dan kampung aku sendiri diwakili oleh PAS aku dapat alami perbezaan dengan era sebelum itu di bawah BN. Selama 5 tahun ini, aku rasa kesedaran aku terhadap agama agak meningkat insyaAllah. Aku bukanlah baik sangat tapi aku pasti ingin jadi lebih baik. Ada beberapa peristiwa yang membuka mata kearah keagaamaan seperti majlis sambutan tahun baru, konsert nasyid di Dataran Shah Alam ni kami ada pergi, karnival masjid, ceramah-ceramah oleh penceramah terkemuka dan program seperti Cinta Masjid. 

Masa DSAI di tangkap, aku sedang berada di Lapangan Terbang Chiang Kai Shek if Im not mistaken on the way balik ke US. Aku baca dari headline suratkhabar di lapangan terbang. Dan selepas itu, aku taktau apa yang sebenarnya terjadi disebabkan masa tu portal dan web dari Malaysia pun tak banyak. Aku mula baca Mahafiraun tu agak lamaaaa selepas tu. Jumaat lepas aku ke pesta buku dan aku beli sebuah biografi tentang Kak Wan. Sangat menarik, aku rasa dari pemerhatian kasar pun boleh bezakan macamana keluarga DSAI kan. So, aku taktau kenapa mesti aku tidak menyokong beliau. Apatah lagi selepas baca biografi tu. 

Berkenaan isu Cina Tsunami, OMG seriously aku terkejut and tak sangka yang Najib boleh lantang menyebut pasal isu perkauman. Ya, aku rasa ianya amat berbaur perkauman kalau kau sebut, Cina, melayu, india.. berulang-ulang. Apa yang kau nak sebenarnya, nak kita sebagai individu jangan berkawan dengan kaum lain macamtu? Always bersyakwasangka terhadap kaum lain? Memperjuangkan Islam kononnya, tapi adakah melayu kita ni benar-benar Islamic dan boleh menjadi contoh? Boleh tak kalau stop it all and anggaplah kita semua ni adalah bangsa Malaysia. Yang membezakan ialah agama. Dan dalam mana-mana agama pun akan mengajar penganutnya berbuat baik, apatah lagi sebagai orang Islam. 

Tengok dari trend kawan-kawan di fb, apa yang aku boleh rumuskan. Orang yang duduk kat Sijangkang, tak perlu bayar tol banyak-banyak, harga barang masih affordable, masih boleh dapat barang kampung, atau yang memang satu keluarga orang kuat bn diorang akan berpihak ke bn. Okay, aku terima malah aku boleh lagi menerima provokasi yang sangat hebat dari penyokong bn. Tapi, hari ni je status kebanyakkan berubah berbunyi perkauman, cina menang melayu kalah. ayoyo abihtu india macamana? Bukanke DAP yang menang tu pun melawan MCA? Dan melayu yang kalah tu disebabkan perpecahan undi antara PAS dan PKR, malah analisis membuktikan yang pengundi bukan memilih bangsa calon wakil mereka tetapi parti politik. 

Dan aku, dan kebanyakkan penyokong PR adalah dari golongan middle class dilemma. BR1M tak dapat, tapi cukai kena bayar. Tol bayar hari-hari dan hari-hari aku berfikir nak bakar tol LDP tu sebab menyebabkan kesesakkan. Dan aku lebih memihak kepada janji-janji memastikan keselamatan, pengisian rohani, membasmi rasuah... walaupun manifesto bukan janji, tapi at least ada usaha ke arah itu. 

Ya, hari ni aku say it out loud, aku adalah penyokong perubahan. 

Saturday, April 20, 2013

Bersiaran dari Bilik Gerakan PRUU

kat TM hihi. Manalah tau tiba-tiba network telekomunikasi down atau kena sabotaj. Harap-harap janganla taknakla aku kerja time cuti ni. Susah, tadi siap-siapkan anak, hantar Fateh ke Kapar dan terus ke Cyber 2 jam lebih drive.

Kena pulak hari ni hari penamaan calon. Menarik sebab ramai sangat calon bebas pelik ya. Aku sebagai pekerja GLC yang membayar cukai dan tidak mendapat apa-apa BR1M, FRIM and sewaktu dengannya of coz la aku mengharapkan perubahan. Perubahan yang aku nak adalah dalam bentuk pengurusan negara yang lebih efisien, bersih dan jujur. Supaya kita jadi negara maju dari segi pendapatan dan juga minda. Aku juga mengharapkan suasana yang lebih Islamik. 

Monday, February 18, 2013

Heyy H2O

H2O tu taukan sapa big boss kementerian passport. Nak cerita tentang renew passport sebab setiap kali mesti ada masalah. Sekarang ni aku renew passport 2 tahun sekali sebab kerja pun. Kalau bukan sebab business meeting sudah pasti aku tidak akan keluar dari bumi Semenanjung Malaysia ni. Kali terakhir aku renew di Pusat Bandar Damansara okay masa tu imigresen masih ada di sana. Aku pun beratur untuk renew di kiosk, tak payahlah nak menambahkan beban kerja kakak kaunter kan. Beratur hampir sejam (PBD so panjanglah jugak queue), alih-alih tinggal lagi 2 orang gitu sistem pun down. Lalu kami pun semua kenalah buat secara manual. So, dari elok-elok nak pegi kerja aku pun ambik EL hihi sebab petang baru boleh collec  passport.

Kali ni pulak pegi balik PBD tapi rupanya dah pindah ke Jalan Duta, sabar je lah nasib baik parking tak payah bayar less than 1 hour. Kat Jalan Duta ada cerita menarik sebab bangunan Kementerian Dalam Negeri bangunan baru jadi  bukan kat area pejabat kerajaan tu. Dari info kat PBD bangunan tu sebelah masjid Wilayah, so aku pun round-round around masjid. Tapi nan hado. Jadi aku pun tanyalah pakcik pengawal di area masjid. Ada seorang pakcik tu punyalah helpful dan peramah pada pandangan pertama aku. Dia suruh aku ikut dia, dia akan bawak aku ke KDN dengan moto. Jadi aku ikut belakang dia. Dia bawak betul-betul sampai ke dalam kawasan KDN yang sesak dan suruh cari parking. Dalam hati aku, baiknya pakcik ni nanti aku sedekahla RM10 kat dia. Rupanya hampezz, berenti je terus dia cakap, "10, 10,10". Aku ingat apa tingkat 10 ke, rupanya dia minta RM10 sebagai upah. Geram pulak aku. Yelah, bukannya jauh dan aku bukan berniat nak suruh dia bawak aku mula-mula tanya tu aku juz minta dia bagi direction sebab dah dekat pun. Betullah orang KL ni memang suka ambil kesempatan. Bayangkang kalau dalam sehari 10orang yang dia tunjuk arah senang-senang je dapat RM100. Dan KDN dan kerajaan amnya puhleezzla janganlah cemari imej dengan mende2 macam ni. Isi borang bayar, ambil gambar bayar lebih mahal. Semuanya jenis yang mengepau je. Nak buat tu pulak pakcik makcik tua nak pegi umrah. Tapi aku pun pelik apsal semua orang bertumpu di Jalan Duta diorang duduk area situ ke? Aku bajet tak ramai tapi makkooiii beratur sampai ke luar bangunan tak sanggup aku nak join. So, aku pun chow pegi ofis. Apa-apa pun lepas ni kena be careful kalau ada orang baik hati sangat nak tunjuk jalan.

Lepas tu aku cuba pulak nak renew online tapi forever dapat mesej, "aktiviti tidak dapat diteruskan sila ke kaunter berdekatan". Hmmm, eloklah tu promosi je lebih tapi tak boleh guna. So tipikal laah online services. Jadi pagi tadi aku pun ke imigresen kelana jaya, kioks takda orang amannya. Aku siap bagitau officer yang in charge last time aku renew kat kioks sistem problem so terpaksa pegi manual. Alih2 elok je aku siap renew less than 10 minutes kat kioks tu rupanya sistem pun problem gak. Aku cuma boleh collect passport Khamis  (2 hari) instead of siap dalam sejam.

Sabar je lah dengan perkhidmatan kerajaan. Namapun pihak berkuasa so kita ikut je lah semua karenah dan masalah yang dihadapi. Tak sabar pulak aku nak tukar kerajaan. Saja nak tengok siapa yang boleh paling komanpun suit requirement aku untuk hidup lebih senang, selesa, harga barang yang murah, harga kereta rumah yang affordabale. Rasa selamat di negara sendiri dan pengisian program tv, acara nasional yang lebih islamik. Say no more to hiburan, konsert tak tentu hala. Undi itu rahsia.

Thursday, October 14, 2010

miss this blog

Boss dah balik pun.. boss boleh balik awal, tapi aku macam nie la sekarang.. 6.30 baru dapat keluar. So, jgnla complaint kalau aku datang lambat sikit hehe..

Fikiran tengah bercelaru dan hati tengah gundah gulana. Sebabnya nak kena tinggalkan anak-anak semingu. Tak pernah selama ini apatah lagi sejauh ini. Im leaving for Cyprus this Sunday for one week. Memang excited for my first submarine cable meeting. This will mark my existance and important role in submarine cable field. Yet, it is not easy for me to leave kids and go outstaiton often. Muka nampak excited, tp dalam hati menangis.. Ya Allah, berilah kekuatan... Faris akan tinggal dengan ayah dan Adik tinggal ngan Makteh kat Meru.

On breasfeeding, InsyaAllah I get all my stuff ready.. cooler box, ice pack, ziplock, towels. I will express milk as usual and hopefully all runs smoothly, storage, check in the cooler box, keep frozen EBM.

On the passport, I have a little story to tell.. Last monday I went to Imigresen Pusat Bandar Damansara to renew my passport. Being a late person as H called it, "dah nak berak baru gali lubang". Luckily Ejal my brother found my passport under my bed in kampung.. hehe.. how bad!
Ingatkan imegresen tu kat bangunan lama masa aku pegi 14 tahun lepas kekeke.. rupanya dah pindah ke blok I, PBD.. Tq to free wifi and Ana. So, jalan kaki ke sana.. tengok-tengok oohh sekarang guna kiosk je.. alamak.. time is running out. nantilaa sambung.. hmmm..

Thursday, February 12, 2009

Le Tour de LDP

Aku tataula apsal authority kat Malaysia ni makin lama makin bodoh dan sengal. Ade pulak diorang boleh buat Le Tour de Langkawi tu kat LDP masa hari orang bekerja and Friday, knowing that usually more ppl will drive to work because maybe going for trip right after office. And being LDP, it is famous for its heavy traffic everyday let alone working days. As for Penchala Link, to which the main road from my house to the office, the heavy traffic is solely due to toll collection.

This morning all entrances and exits along LDP from Penchala Link to Damansara Utama were closed. People was stucked in their without moving at all in fact some of them went out and waited outside. Like they were being 'forced' to become spectators for the LTDL. Luckily, since I came all the way from Pencala Link, I got to drive along LDP either to take exit like my normal route or went straight to where the traffic was smooth. At first, I tot I had to go via my normal route and joined the long-stranded drivers but lucky, Allah gave me some sense whereby I should went straight to Sunway and got out to Federal Hwy. Although it was a super duper double distance but heyyy I wasnt stranded. Cars from Sunway to Bandar Utama was stuck from God knew where. They were all immobile. I couldnt imagine if I was one of them,Dahla I jenis yang nak cepat-cepat sampai ofis sbb nak pegi toilet (small business one tho). And nak tau tak, selain dari tu, ada juga pemandangan petugas LTDL nie buang air tepi jalan LDP yang kat Mutiara Damansara tu, siap boleh nampak air tu mencurah macam air terjun.. eeeeuiiiiiiiiiiii... Nasib baik masa tu tak sempat nak candid gambar. Kalau tak, mmg aku dah sebarkan seantero internet.

Tuhla, aku tataula apasal authorities nie sekarang makin nak mengendahkan kebajikan rakyat. Papan tanda ITIS punyalaa bersepah kat jalan raya tu dari display info pasal konsert tahun baru cina, elok inform pasal penutupan jalan pagi nie. Litrak pun bangang, orang dah bayar tol mahal-mahal take laa initiative utk inform petang semalam. Dahla express lane asyik tutup jek.

Memang fed up betul dgn authorities kat Malaysia, makin lama negara nie makin jadi negara yang penuh dengan rasuah. Konon perang rasuah, tp orang yang makan rasuah tu secara terang-terangan dibangga di sokong. Takpe, tunggu je laa kat akhirat nanti..

Tuesday, February 10, 2009

Bulleted updates

1. Apa masalah dgn portal kerajaan ni, bila hari keputusan ataupun ada annoucement penting mesti hang punya. Kata dah duduk PutraJaya, takkanlah lembab lagi kot. Staff aku iya2 resign sanggup bayar 2 bulan gaji nak join kerajaan, aku assume mestilah offer kerajaan 4x lagi bagus dari tempat kitroang. info : aku nak cek keputusan sekolah teknik Angah.

2. Am I preggy, am I not. Hmmm kalau ikut perkiraan sendiri memang dah 10 minggu dan tanda-tanda yang jelas walaupun tak sahih. Tapi tadi jumpa Gynea, masa scan doktor tak nampak embrio. Hmmm, ada perasaan yang amat sedih dalam diri aku. I mean, aku set 3 target utk menambah ahli keluarga. Target 1 : Lepas Faris cukup BF 2 tahun, 2 : 3rd quarter 2009 onwards, 3 : Kalau sekarang pun tak kisah. (sebab tu laah ya kami tak merancang secara teknikal hmmm). Apparently masa aku kena chicken pox aritu aku dah preggy, harap-harap bukan kesan-kesan dari antibiotik tu. Berdebar nak tunggu lagi 2 minggu utk scan semula, ataupun nak dapatkan second opinion???

3. Keadaan di Malaysia, eeiiiii diorang nie tak insaf betul. Benci betul aku. Kalau dah sanggup bunuh orang, apa sangat laa nak culik orang sana sini. Memang benci tapi tatau apa yang boleh aku lakukan untuk mengubah keadaan. Heii, kita tak insafke dgn keadaan di luar sana. Tengoklaa since kampung aku terletak di kawasan industri bebas, kesian tengok diroang nie yang budak2 baru semua kena berhenti kerja yang dah permanent pulak dicutikan... cuti utk pekerja kilang kalau setakat beberap tahun tu berapa sangatlah gajinya.

Thursday, June 5, 2008

Malaysiaku yang tercinta

APa yang tak kenanya dengan Malaysia sekarang ni. Kita dah jadi negara yang bukan Malaysia dulu yang membangun, malah kita memiskin kot. Jenayah menjadi-jadi, pembangunan cuma utk golongan mewah, taraf hidup makin jatuh. Kenapa orang macam aku, grad oversea with quite flying colors, good job, good pay yet masih tak mampu dan makin tak mampu nak hidup senang. Yelah.. setakat so so jer. Arghhh... never ending problem.

Yang penting, Faris demam lagi.. alahaii anak omak. Kena rash, hmm.. ramai orang cakap campak, tapi semalam pegi jumpa paed dia, still Doc Azam cakap rashes jek. (I juz googled him and ohhh glamer jugak paed faris nie as the star said, a jovial man.. true indeed, but still as Dr said, if parents stop coming for checking, it means that their child is well.. so i hope too.. tak larat nak sedut udara kat PMC tu).

back to Faris, he got fever last Saturday, we went to Pantai Klang coz it was already 1 am and we want to get good medication. Sebenarnya nak cerita pasal masa menunggu kat pantai tu. I mean, situasi kat situ.Dalam masa sejam tu, macam-macam cerita terjadi dan sesuatu yang harmoni boleh disaksikan. 5 keluarga, 3 bangsa, 1 kewarganegaraan. Keluarga 1 - middle class chinese, anak perempuan dia dalam usia tadika sakit perut. Keluarga 2 - agak upper class chinese gak, bayi 7 bln diorang jatuh katil dan bruised all over, kena amik X-ray dah paed datang masa tu juga. Keluarga 3 - Aku laa tu, bawak Faris yang demam panas. Keluarga 4 - lower class chinse based dari pakaian diroang tp tataula chinese nie walaupun kampung tapi mungkin tauke besar - anak dlm sekolah rendah jatuh terhantuk longkang, kena jahit kat kening. KEluarga 5 - sekumpulan keluarga india antar ibu diorang jatuh dalam gelap kena kaca cermin mata.
Macamana aku tau semua nie.. coz kami berborak sepanjang masa menunggu tu seolah-olah kenalan lama. Ambil tau hal masing-masing dan share beberapa tips.. Siapkan pinjamkan syiling utk anak amma india tu buat call (hp dia bateri kong even ada kredit.. hehe).
See.. i really felt truly Msian. Sebab itulah aku suka duduk klang di mana masyarakatnya masih lagi hidup harmoni dan bertegur sapa. Malah masa mak aku admit kat Seri Kota pun jiran kami Chinese & Indian yang peramah. In fact aku kagum tengok jiran depan mak masa tu Nyonya tua yang anak lelaki dia jaga penuh dengan kasih sayang, bawak mandi semua.. Tapi memang pun diroang orang Kuala Selangor dan duduk kampung orang melayu.

Kat KL.... aku tak penah lagi jumpa semua dalam berpuluh kali aku gie check kat Pantai, walaupun duduk sebelah kerusi.. nak bertegur.. sorry. Dalam wad pun hmmm.. jgn haraplah... yelah dah jadi orang kl, padahal ntah2 masing dari kampung ntah ceruk mana (termasuk gue laa tu).