Showing posts with label Anakku. Show all posts
Showing posts with label Anakku. Show all posts

Tuesday, November 13, 2018

Al Fateh Little Ikhtifal APC Al baghdadi ceremony

It has been a very long time, but i never forget my blog. Maybe the biggest achievement in my life now is that I amazingly slimmed down 14kg off. Not only that because my happiness is always about my children. A girl we named her Fatima Al Fihri, finally came into our lives and brings a whole lots of happiness to us. The boys joining football club and they are so passionate juz like the father. Al Fateh is so grown up now and ready for primary next year is something i hardly want to accept but he is a big boy with cheeky and so fluent in speech. Faris is a good big brother taking alot of responsiblity and able to cook rice. Fakhri is doing so well at schools and what else can i ask for. H is finally resumed his study to another level so thats okay we will be less arguing. 









Monday, February 6, 2017

like mother like som

This son of mine is exact copy of myself. We like to eat out such that whenever we go out we must go eating or some teh tarik. this makes our head of the house headache with his small budget. and we can only eat in airconditioned cafe.
We have this annoying face expression when we do not get what we want. Everytime i see my son doing face like that, i am seeing myself. The ayah can tell right away when we make face
We like to gossip i mean my son has this habit of asking about people about things that not right about why people do not throw trash to the bin, about why our neighbour has many cars things like that. hahaha.
we cannot go into ordinary restroom. my son always complaint toilet at school, in daycare and even in kampung. We will only go to petronas haha.
We are so into outdoor activities.
we have this malu tak.kena tempat habit.. where we dont have to be shy, we juz memgada2 shy like that. ie... asking for direction.
This is my firstborn.

Thursday, May 12, 2016

Makanan Kucing

Satu malam semasa sedang tunjuk-tunjuk kat Fatima buku abjad bergambar, adalah gambar buah mata kucing. Fateh yang ajar Fatima, jadi bila nampak je buah mata kucing, Fateh pun cakap, "Makanan Kucing". Hahahahaa, kitorang memang suka buah mata kucing dan selalu juga beli, so Fateh ni dia dengar makanan kucing bukannya mata kucing. Geli... anak-anak memanglah penghibur semulajadi. 

Monday, April 15, 2013

On my plate

Ada banyak perkara yang elok aku ringkaskan dulu :
1. Outstation ke Kochi, India dan bertemu keluarga di sebelah sana. Ya Allah, satu perjalanan yang takkan ku lupa utk selama-lamanya. Malah aku sering terkenang ziarah dan keluarga yang ada di sana. Semoga dapat bertemu sekali lagi.

2. Meeting di Langkawi dan H dan anak-anak, Ejal & Dak Shaiful ikut sekali. Seronok sangat.

3. Aku demam denggi.

4. Adhoc restoration yang sangat menjengkelkan.
5. Berita Kak Habsah didiagnos kanker usus, kak Habsah ialah kakak ofis yang paling baik. Aku banyak minta tolong dia dalam hal kerja, uruskan jamuan, kawan kalau ke ceramah, dan kak habsah selalu bungkuskan makanan buat aku. aku mesti melawat dia dalam minggu ni.

6. Doktor Idris jadi calon DUN Ijok hhehehhe.. Tak sangka gynea ku ni.. nampaknya kalaulah ditakdirkan lepas ni nak beranak lagi kena cari Gynea lain. Tapi memang pun sebab dah takkan ke Pantai, sekarang aku selesa dengan Tropicana Medical Center.

7. Adik Al Fateh dah graduate ekslusif breastfeeding hari ni.. Yeaa..Alhamdulillah. Bermulalah journey solid food untuk anak kesayangan ibu, ayah dan abang-abangnya ni.
8. Minggu depan kami nak buat bancaan untuk adik Fateh turun tanah, sempena 6 bulan. Menu bancaan air cendol, kerabu dan nasi lemak. 

Tuesday, August 14, 2012

Last day working before Raya

ayat yang sama tiap tahun, cepatnya Ramadhan berlalu. Sedihnya nak meninggalkan ketenangan dan kebahagiaan di bulan Ramadhan. Kenapa tenang, sebab mungkin syaitan takda aku lebih tenang dan take one step at a time. Tak perlu nak rush masak tengahari jadi aku punya masa untuk rehat dan mengemas. Bahagia sebab dapat berjemaah tiap hari, makan bersama yang kalau hari biasa memang tidaklah aku nak tunggu H balik kul 10 untuk dinner, terawikh yang memberi ketenangan jiwa dan anak-anak yang dapat balik nursery awal.

Semoga bertemu lagi di Ramadhan tahun depan. Esok aku dah mula cuti raya yeye seronoknya. Aku memang akan ambil cuti dua hari awal untuk settelkan few things seperti buat kuih raya sikit, pegi mydin beli alas kaki, lap-lap dan sarung kusyen rumah kampung. Perkara yang sama je tiap tahun. Tak sabar nak makan ketupat rendang.

Anak-anak dan Upin Ipin

Anak-anak memang kalaupun tak suka terpaksa tengok Upin Ipin di Hyptv for youtube bila ibu memasak. memang ralat sebab kalau boleh taknak bagi tengok tv sangat tapi aku tak berapa ambil berat sebab aku rasa banyak jugak perkara positif yang anak-anak belajar. Contoh tentang puasa, sahur, hari raya, sunat kekeke.. Dan yang paling best Faris pun boleh cakap dengan aku, "terima kasih intan payung (referring to Ehsan), sayang ibuuuu, selamat pagi ibu (selamat pagi cikgu), tak ke best tu..

Monday, February 13, 2012

Dah Februari

Lamanya tak tulis blog. Semakin lama semakin sibuk atau semakin lama masa semakin cepat berlalu, atau pun semakin lama semakin malas. Tahun 2012 membawa sedikit ketakutan dalam diri, betulke tahun inilah penghujung dunia dan ada juga yang meramalkan bencana besar yang berlaku di pertengahan Ramadhan nanti. Ada logiknya kan, aku ada terfikir macamana kalau aku menghadapi bencana, macamana kalau terpisah dengan suami dan anak-anak. KAdang-kadang aku rasa aku boleh berjauhan dengan suami, tapi tidak dengan anak-anak.. Tapi aku juga tak bolehbayangkan untuk hidup tanpa H. Dan dengan anak-anak, aku sentiasa nak anak-anak sihat, selamat, gembira.. aku tak mahu anak-anak luka sedikit pun. Sebab tu bila baca berita kanak-kanak yang kurang bernasib baik Ya Allah, aku tak boleh baca sebenarnya sebab aku akan rasa sedih yang keterlaluan.

Dengan H pulak, aku selalu jugak bergaduh dengan H. Aku selalu nampak apa yang dia tak buat, padahal bukankah aku pun tak sempurna. Dan kat ofis pun aku tak sesuai dengan bos. Lalu aku berfikir jugak, adakah aku ini sebenarnya yang bermasalah. Tapi kes di ofis lain, sebab sebelum ni pun aku bekerja untuk bos-bos yang berlainan dan tak pernah pun ada masalah.

oh ya.. aku ada satu perkara yang aku asyik fikirkan. Pada cuti CNY aku buat majlis meraikan ulangtahun kelahiran anak-anak. KAdang-kadang taktaula adakah bila kita bagitau kita nak buat majlis hari lahir, seolah-olah kita minta orang datang bawa hadiah. JAdi kalau taknak orang bawa hadiah, jangan cakap majlis hari lahir. Tapi ya bergantung pada niat, dan niat aku cuma utk meraikan anak-anak, mengajak kawan-kawan dan keluarga datang berkumpul. Kalau dapat hadiah, ya pasti kami gembira dan kami mendoakan orang yang memberi akan lebih murah rezeki.

 Red Velvet cake.. simple but juz nice from the only malay bakeryshop  in Damansara Damai.
 sepupu dan anak-anak diorang.. Sulas malam tu terus labour penangan nasi ambeng.
 H and his brother who incidently flied out from KK.
The main menu nasi ambeng and laksa.

 Dessert section

Tuesday, July 12, 2011

Post BERSIH

Boss aku sekarang selalu takda hehee... legala jugak dan dia sekarang dah kurang mengecall di waktu-waktu yang tidak sesuai.
I am so sleepy today.
I want to write about the kids.

Adik :
1. dah boleh jalan @ setahun 4 bulan sama macam Faris
2. Susah sangat nak control pemakanan dia sebab apa yang kita esp Faris makan dia mesti nak. JAdi aku cuba kontrol semua makanan, maksudnya sup tanpa garam dan gula utk Faris sekali.
3. Sangat matang in a way dia boleh response full of expression dan ada jelingan yang significant.
4. Ambik je dari taska dan masuk ke rumah memang nak dokong je sampaila ayah balik.. adoiii memang masak sambil dokong adik.
5. Sangat adventurous berbanding abang. Calar balar kat muka dah beberapa kali.
6. Peramah kepada semua orang sesapa pun dia akan tegur dan sengih-sengih.
7. Kecik-kecik dah pandai merajuk gak memang tiru abang la nie.

Faris
1. Sangat obses dgn Ultraman adoii, but actually boleh je tak tengok ultraman cuma kena rajin layan dia
2. Bakat pemimpin kalau kat kampung dengan sepupu atau dengan rakan sebaya memang Farisla jadi ketua.
3. Boleh diharap utk jaga adik bila ibu mandi walaupun time lain suka buli adik.
4. Boleh diharap untuk tolong ambil barang etc..
5. Tak berapa sosialize.. pemalu sikit
6. Suka makanan home cook.. kalau beli memang dia tak berapa makan.

Walaupun penat bila seharian dengan anak-anak tapi cukup menyeronokkan. Im always looking forward for holidays that I can spend time with the kids.

Tuesday, May 31, 2011

Aku dah nak tido

What a bliss dapat tido kul 12. Time outstation je dapat nikmat tido yang sebenar. Haha, tapi tak jugak coz akan terbangun few times sebab mungkin dah terbiasa. Dan bila outstation aku memangla akan biarkan TV on dengan volume yang rendah so that rasa takdalah sunyi sangat. Cuma masalahnya siaran tv kat hotel nie sangatla kurang guest friendly. Ada 3,4 cenel movie kalau malam hampir semua tayang movie horror yang tak sanggup aku nak tengok. Dahla sorang-sorang nak tengok movie yang 18 VL (voilence kot aku rasa), ngeri la. Dah cenel lain pulak sport, discovery yang kadang-kadang tak berapa best topiknya. The only entertainment channel is a fashion tv. Dan Fashion tv ni pulak kalau malam, waddoiii penuh dengan fashion swimming wear la, lingerie yang kesimpulannya bukanla pasal fesyen sangat tapi lebih kepada ekploitasi wanita. Baju yang skimpy, topless shooting pulak dalam air la, pegang ular la, panjat pokok.. whadda hek. Sapa target marketnya, aku rasa bukan nak jual baju tapi emmang nak menarik perhatian tak kiralah lelaki ke perempuan. Kesian laa aku tengok model-model nie betul-betul dieksploitasi patutla ada yang terjun apartmen atau bunuh diri kan. Sebab aku rasa macam orang perlekehkan maruah diri kita.Carila kerja lain dik oii. heh..

10 things I hate about this hotel:


  1. Iron nya tolonglaa dah longgar macam nak pecah je body iron tu. Wayar kabel pula dah terdedah-dedah kalau tak hati-hati memang ada short circuit.

  2. Takde selipar dan bath robe sejuk weeiii dahla lantainya wooden floor bukan carpet. nie pun aku rasa lapik ala wooden floor bukannya betul-betul wooden floor.

  3. Shower dia vertical, bukannya yang senget atau hand-shower tu. Tensen betul sebab bila mandi setengah badan je kena. dan susah nak beristinjak.

  4. Tandas pulak jauh dari shower bukan dalam satu bilik. Dahla style tandas kering kan.. jadi memangla masalah nak berurusan di tandas.

  5. Bilik air cuma dipisahkan dengan langsir dari katil. Sib baik sorang, kalau dengan suami tu bestla jugak tapi rasanya kalau setiap masa pun tak best sebab takde privacy. Susahla sikit nak belek itu ini.

  6. takda bath tub, aku suka gak berendam dalam bath tub untuk relax lepas meeting seharian..

  7. Takde mini fridge, jadi memang masalah besar nak buat EBM.

  8. Takde closet so beg memang leta atas lantai je hahaha.

  9. Safe deposit tak boleh guna dah rosak.

  10. Ada plug yg rosak gak jadi terpaksalah guna plug kat toilet untuk gosok baju.

tapi yang best... katil sangat empuk dan tuala pun bersih dan lembut.


Selingan, aku ingatkan perempuan je jadi mangsa modelling rupanya lelaki pun sama..kena bogel lepas tu kat that part diorang letak cover macam tempurung kelapa. Seriously aku tak fahamlaa nudde art ni.



Okay good nite.. I am missing my boys so damn much.. terbayang-bayang Faris dan Fakhri..cepatlah sabtu. Ya Allah, semoga anak-anakku dalam keadaan sihat sejahtera.

Thursday, April 21, 2011

Bila anak tidak sihat

Ibu pun jadi menggelabah. Salah ibu juga, sebabnya dah dua minggu ni ibu asyik biarkan adik main air dalam bilik mandi. Faris pula suka siram adik. Kenapa ibu biarkan? Sebab ibu penat sangat dan masa itulah ibu kemas sikit, solat dan curi sedikit masa untuk rehat. Tapi akibatnya? Adik jadi batuk teruk dan demam. Kenapalah ibu tak insaf-insaf dan masih ambil mudah pasal kesihatan anak-anak. Ibu jenis yang oh biarlah anak rasa main hujan, main tanah, main air. Hmm, mungkin prinsip tu tak sesuai untuk keadaan masa kini yang penuh dengan kuman dan virus, malah mungkin bahan radioaktif.

Kalau di ingat masa adik demam ibu memang betul-betul susah hati. Ibu taknak ingat sebab ibu akan jadi sedih. Walaubagaimanapun, ibu agak lega bila ibu dah melakukan perkara yang betul. Ibu bawa adik ke klinik jam 4 pagi sebab tengok demam adik tak surut dan nafas adik dah berbunyi. Doktor terus bagi gas, baru adik bernafas dengan lega. Ibu bawa adik ke paed pada hari ke dua sebab sesungguhnya ibu tak boleh tengok adik demam lemah begitu lebih dari dua hari. Alhamdulillah adik dan Faris memang sangat-sangat cepat melawan penyakit. Doktor pun tahu adik perlukan neb untuk sehari lepas itu adik akan okay.

Lepas nie ibu takkan bagi adik main air, kutip benda-benda di lantai dan minum dan makan sebarangan. Dan ibu akan beli pagar untuk tangga sebab adik sekarang asyikla turun naik tangga. Ibu biarkan dengan konon-kononnya biar adik adventerous, tapi tak beranilah ibu nak amik risiko. Hujung minggu ni, kita cari gate tu.

Okay ibu nak balik sebab hampir seminggu cuti dengan anak-anak rasa seronoknya. Dan ibu lupa bawa pump susu. Hmmm... hampez.

Tuesday, March 29, 2011

Sangap

Sorang berambut perang dan sorang lagi tak suka pakai seluar... Been so sangap these two days. Not much things at work and I keep on surf the internet without clear destination. And my mind is forever thinking about food in particular are Ayam penyet, nasik lemak mak ngah, getuk ubi. Im so sure this must be effect from the Depo Povera, I read it everywhere that it will increase appetite. Not to mention irregular mense. Arrghh, shud I continue the injection after this? But I want to wait until Fakhri is two. Lets juz wait until end of the year.. Seee.. this post is gettting sangap also. I want to go back on time la today.. I want to stop at that gerai getuk ubi.. Cant get it out of my mind.

Friday, February 4, 2011

Setahun lagi Faris dan Fakhri

Dua budak yang di raikan
Ini jelah gambar bukti diorang sambut hari jadi..tu pun lilin salah nombor kekekke.. Adoii Preggy buat ibu jadi pelupa.
Jemputan terdiri dari adik beradik kedua belah.. aku and H.. MIL and SIL belum datang lagi masa nie.

Hari Khamis lepas pada CNY pertama aku buat juga jamuan petang utk meraikan hari lahir anak-anak. Walaupun Faris punya bulan Dec lepas dan adik pulak isnin nanti. Tapi sementara cuti, buat je la kat kampung. Kenapa aku suka buat kat kampugn :
1. Sebab aku suka lepak kat kampung
2. Dengan harapan adik beradik akan ada sekali.. wak nor, abang and makcik tu walaupun tak berapa mesra dengan makcik tu tapi kalau boleh nak dia ada gak.. Bukan selalu dapat berkumpul.
3. Keluarga sebelah H pun boleh datang, kalau kat KL mesti ramai yang ada je alasan tak datang.
4. Boleh jemput anak-anak jiran yang memang ramai.. meriah la sikit
5. Budak-budak memang suka kat kampung

Kali ni aku ajak adik aku je masak sebab tu masak sempoi mihun goreng dan goreng-goreng nugget tapi okay jugak.. ayam goreng dan salad buah. Kakak sebelah rumah jenguk pun tidak walaupun dia buat laksa. Takpe, aku malas nak fikir. Aku memang rasakan kakak akku tu dah berubah sejak akhir-akhir ni lagi-lagi lepas mak kitorang takde. Yelah dia pun dah semakin banyak duit. Gaji diroang suami isteri lagi banyak kot walaupun tak banyak macam ktiorang tapi lagi mewah. Apa kaitan dengan duit hehehe... semua pun ada kaitan dengan duit dan harta sekarang ni. Bukankah begitu?

Wak nor datnag tak lama tu.. bawak tempe dan lemet ubi dan cekodok. SEronok... Masak ungkep dan sup untuk makan tengahari. Not bad kan, aku boleh urus jugak majlis kecil-kecil. Yang penting adik aku ada sebab ddia lagi tere kat dapur dari aku.

Memang tak jemput ramai tapi okay gakk juz nice. Kalau Ana dan Kak Nani ada kat KL sure jemput tapi sebab tahu korang nak balik kampung.

Kakak kat Kajang pun tak balik.. nie aku pun agak terasa (sorry, blame to pregnancy hormone). Kalau tempat dia tu tengah malam pun kitornag pegi, tapi kalau aku jemput susah sanagt ke nak tinggalkan kedai sekejap utk datang majlis adik sendiri. Takpelah.

Kek tempah dari kawan Berry. Sedap ramai yang puji.. cayalah.
Yang sedih sebagai host dan organizer aku cuma ada 2,3 keping je gambar. Photog pada hari kejadian sangat heeiiii memanglaa.. no comment sebab photog nya ayah dan Dak Cipul tu. kekekek..

Bukanla saja nak buat majlis untuk menunjuk-nunjuk ke apa.. tapi :
1. Aku memangla suka masak-masak ajak org datang dari zaman kat kolej lagi.. kalau berkesempatan
2. Meraikan hari istimewa anak-anak
3. Berkumpul dengan family and loved ones.. bukan senang
4. Bersedekah InsyaAllah...

Okay.. dah pukul 7 aku belum Subuh dan aku nak blend cili utk buat mihun... Itu part paling malas, potong cili kering dan blend...

Sunday, January 2, 2011

I know it very well and Im scared..

Im not feeling well at all and it has been more than a week. And I know why, I only feel like this when I get you know the 'P' word. Arrghh, why o why. Ive been careless and keep delaying my visit to Klinik Kesihatan for free prescription of 'that' pill. Padan muka I. Careless, not so.. coz I know we have been careful. And coz we are not doing it so often pun. Huhuhhu.

What makes me feel really sad and bad is that this thing will disturb my mission to BF Fakhri until as long as he want, at least 2 yrs old. And he is not even 1 yr old, he is only 11 month. And I have no idea how to not BF. When Faris last time he was already like 1 yr 6 month or older and so, there was not much problem.

I have so many things in mind already, the allergy, the confinement, the space in car for another car seat, finance (not so worry coz H will worry about it hehe)..

Ya Allah, pls show me the way.. and pls lets thing to be easy for me...

Tuesday, November 30, 2010

Gambar baru anak-anak

Si bujang sorang nie kalau berposing memang serah padanya. Dgn expression muka tu..
Gigi adik baru tumbuh 4 batang besar pulak tu.


Besen kat kedai baru ayah. luas boleh lari sana sini.

Hehe, ibu memang suka usik adik sampai nangis..



Dinner kat cafe Upin Ipin..




Story EBM akan di sambung kemudian. Sementara ada mood nak upload gambar anak-anak muslim. Talking about anak muslim, H ada belikan CD-CD islamik utk anak-anak, aku pulak ada belikan CD-CD Barney la, Toy Story la. Jadinya, aku germa gak sebab Faris taknak langsung tengok CD islamik ni, asyik-asyik nak buka CD non-islamik. Adoii laa bujang sorang nie.. tak rela I tau harap-harap jadilah muslim yg berjaya dunia akhirat.

Saturday, August 14, 2010

Anak-anak Rahimah sikit2 masuk spital

Anak-anak aku sorang je ke, bukan anak H sekali? Fikir aku bila SIL cakap macam kat tajuk tu. Ye, aku tahu aku memang dominan dalam rumahtangga kami. Dominan bukanla sampai tak dengar cakap laki. H pada pandangan ramai nampak pasif, tapi hanya aku, bibik kerja kedai dia dan anak-anak tau tegas tak tegasnya pakcik sorang ni.

Tapi statement yang seperti di atas memang biasa dengar, bukan je dari family MIL, family aku, orang-orang kenalan dan bos & colleagues aku sendiri. Hmm, ntahla.. Aku pun terasa gak apsal anak-anak aku asyik masuk spital aa. Aku ke yang risau sangat. Aku pun naik menyampah nak ke spital ni. Dan rasa geram bila anak-anak tak sihat sebab terbayang duduk dalam ward. Aku rasa tak da emak yang suka anak dia sakit dan suka duduk spital.

Aku tataula anak orang lain kalau tak sihat macamana. Tapi kalau anak aku demam lebih 2,3 hari aku memang tak sanggup tengok kat rumah je. Dan kalau batuk sampai berbunyi memang aku tak sanggup biarkan je. Dan kalau bawah setahun ni biasanya aku memang tak bawak klinik biasa (sikit-sikit antibiotik). Mungkin agak berlagak tapi ntahla maybe aku je yang terlebih risau.. nak tinggal anak tak sihat kat nursery dan taknak amik cuti lama utk jaga anak.

Ye, kalau setakat batuk tak bunyi or demam bawah 39C aku rawat je sendiri kat rumah. Dah biasa, Faris pun alhamdulillah sekarang memang kawal sendiri dan tak penah pegi klinik pun sebab dah tau nak buat apa. Tapi kalau temperature naik sampai 39C aku bawak klinikla which was so far tak pernah dan baru sekali demam sejak usia 2 tahun. BAwak klinik pun sbb ruam (alah klinik panel, bawak je laa) dan sakit gusi aritu sebab tumbuh gigi geraham.

Adik Fakhri macam Faris juga tataula kenapa bawah setahun sensitif sangat dan senang kena selsema dan batuk. Batuknya pulak terus teruk sampai bunyi, demam pulak mesti suhu tinggi. Aku memang tak senang hati tak lalu makan/buat kerja kalau kat rumah tengok dia demam. Dah 2 kali bawak klinik kanak-kanak tapi tatuala rasa bagi ubat 90% ikut jadual (kecuali malam time tido ada few times bagi tapi selebihnya tak bagi puff tu, tp oral memang strictly ikut jadual). Yet, adik susah jugak nak baik sebab aku rasa macam kahak tersekat kat kerongkong susah nak keluar.
Demam suhu sampai 39.2C takkan nak duduk je kat rumah, tak berani masukkan supp sebab baru 6 bulan pun. Kenapa tak lap2.? mungkin orang ingat macam tu.. Hmm, anak aku memang bogel tinggal pampers je kalau demam. Siap buat air asam lagi utk jelum. Bye bye fever tu memang asyik berganti. Cuma silap kali ni madu dah abis dan tak pegi lagi mana-mana established supermarket utk beli madu. Kat Speedmartt takde, kedai biasa lagila takde.
I guess above all that, the price that we, aku and H have to pay because we are so buzy all the time and asyik takde masa bawak anak pegi check up & beli madu. Fakhri nya monthly check up pun asyik miss.

Mesti sebab aku guna frozen EBM, elok lagi ke.. nie remarks yg aku dah lali dengar dari belah family aku. MAlas nak cakap banyak, aku suruh je diroang tanya adik aku (Adik aku bersalin era sama ngan aku bila hospital kerajaan haramkan FM so dia taula) dan SIL aku walaupun selebet dan nampak kuno, tapi dia pun pandai bab-bab penjagaan budak. Malas komen unless nurserybagi tak betul tu aku kena pasrah sebab aku tatau macamana diorang handle budak sebenarnya walaupun dari pemerhatian dan pemahaman aku nampak betul (siap aku bagi brochure macamana nak handle susu ibu walaupun diroang dah tau).

Aku takda hujah-hujah yang konkrit utk membalas kenyataan seperti tajuk tu. Cuma mungkin ya, disebabkan insuran dah melindungi rawatan di hospital yang terbaik, kenapa tak gunakan je. Kenapa yang risau kat rumah bila boleh dapatkan rawatan terbaik di hospital antara yang terbaik juga (tapi single room manjang full house geram betul). Tapi itu tak bermakna aku suka duduk di hospital. Menu bukan sedap sangat pun kat Pantai ni, bilik pun so so dan aku nie jenis yg adoii nak share bilik air dengan orang lain memang alaaa lecehnya. Tido pun atas toto dengan bantal yang tak cukup. Malam tadi H tak bawakkan aku makanan dah terpaksa berlapar sepanjang malam (best ke macam ni, kalau kat rumah boleh goreng meggi or burger). Siang dok mundar mandir keliling ward bawak budak-budak sebab diroang keboringan. Cuma satu je bila kat hospital aku tak risau anak, sebab InsyaAllah diroang terus sihat. LEga bila tengok anak-anak boleh tido nyenyak dan gelak ketawa. Terus cakap kat doc nak balik hehehe.. benagng je doc (Doc Azam untuk kedua-kedua anak aku, terima kasih banyak-banyak doc sebab melayan karenah kitorang nie). Doc mesti cakap, bila sakit cari dia, baik sikit terus nak balik. heheh.. Dan Doc Azam pun tau anak-anak aku kalau tak jumpa dia tak baik. Yelah, macam Fakhri kali nie aku bawak pegi klinik kanak-kanak abis RM200 gak (bukan panel dan insuran tak cover tanpa surat rujuk ke pakar), semata-mata nak elak pegi pantai (dan jugak sebab masing-masing bz nak bawak ke pantai tu).

Untuk kalian yang anak jarang sakit, aku jeles jugak padahal anak aku minum susu ibu tapi selalu juga sakit, aku anggap itu dugaan.
Untuk kalian yang anak sakit tapi boleh kawal kat rumah je, mungkin aku masih tatau cara jaga anak tak sihat dengan betul.. sila share tips-tips korang. Aku tak kisah tak tido malam, tapi aku risau kalau aku tertido alih-alih suhu anak naik tinggi.
Ooohh Fakhri dah bangun dan aku nak kemas utk check out dari our hotel aka rjumah kedua kat Jalan Bukit Pantai nie..

Friday, July 23, 2010

Tragedi malam ini

Aku happy hari ni in fact aku memang in happy mood nowadays. Tapi hari agak seronok sebab aku lupa bawak kunci rumah, so ambik kesempatan untuk fetch up anak-anak dan pegi ke kedai H dan balik sama-sama. Jadi plan untuk makan kat luar terus. Kitornag memang jarang sangat makan kat luar. Sebabnya kalau siang, H selalu rushing nak ke kedai. kalau malam pulak tapau je. Tapi kebetulan hari ni dressing aku pegi ofis casual and aku tak pakai korset (di maafkan hari jumaat je fuuhh lega), so takdela rasa panas dan berlengasa dan cepat je nak balik rumah bukak kipas full blast.




Kami makan di Ani Sup Utara. Okay gak, ada ayam penyet versi gerai tapi not bad sodappp.. Cuma RM7 pulak tu. Sup dan soto pun sedap. Air pun tak mengecewakan. KAmi memang lepak betul.




Dan lepas tu balik, sampai je rumah aku terus BF Fakhri. H angkut barang terus ke dapur.. tiba-tiba dia bagitau, "nie awak punya terbukak nie". Aku dah tak sedap hati. Aku tanya berkali-kali apa yang terbukak. Dan H bagitau freezer. Aku terus beristighfar terus lepaskan latching Fakhri terus ke dapur. Nightmare comes true. Semua EBM aku cair. Semua is like semuaaaa... penuh fridge aku.. http://strawberryglazed.blogspot.com/2010_03_01_archive.html kalau tengok gambar lama nie kira sikit, sekarang memang dah full house. Dan hari nie semuanya cairrrrrrr... Punyalah aku selamatkan masa blackout aritu siap nak tumpang kat 7-11. Luruh hati aku, aku SMS Lyna mysuperkid dan check internet samada boleh freeze semula ke EBM cair. Jawapannya smeua tak boleh. Banyak jugak kes macam aku nie dan 80% cakap tak boleh refreeze. Tapi experimen menunjukkan takde perubahan tekstur atau quantity bacteria kalau pun re-freeze lagi cuma bau dan rasa berubah. Takpelah, aku letak kat fridge bawah dan cuba feed Fakhri dgn EBM utk weekend ni. Manakala, aku expresed 2 jam sekali utk buat stok. Dan maksudnya balik kg pun kena bawak pump, 3 kali pump kat ofis, makan lobak dan longan.. arrghh its not easy I tell u.. To BF and let alone to reliii and ZZzzzzzzz.. (to continue later)

Monday, July 19, 2010

Monday = Mandom

My Monday is mandom day. Late to work because came back from kampung at 3 am in the wee mornign. Feeling sleepy, urge to catch up news with frens in FB and gossips in forum. At work side, very unproductive. And today, having great weekends with Faris and Fakhri makes me want to go home so bad. F and F are getting smarter everyday, and they are juz lovely. Although, I am tired of having to change Faris' all the time (he doesn't want to wear diaper nowaday, so at times I put brief jangan terbayak dahla, setakat kencing boleh tahan lagi). F&F are like a frens who I can talk with juz about everythign.



Next Sunday, plan to held small gathering to celebrate Fakhri's 6 month birthday. In my Jawa culture, 6 month birthday also marks as the child can step onto the ground. 'Turun tanah' orang Jawa kata. To me, I want to be thankful to Allah that I am able to exclusively breastfeed Fakhri for 6 month. And hopefully I can continue to fully BF as long as it takes.

In my Jawa family, for turun tanah we will make 'bubur candil' or flour ball in sweetened coconut milk (kakakaka translation).



On the house section, juz complete planting taiwan grass to our small frontyard. Bought also a few flower plants with hope that it will grow gracefully. And now our yard become toilet to straycats.. geram betul. Hari-hari ada kucin melepas. Need to change the gate soon but dunno, I think cannot complete the fence and gate before Raya lah. Next is to change all door to solid wood. Shud take photo of my front yard, but my hp went kapput.

Thursday, July 8, 2010

Ive done so much of audit

Tahun nie je total audit hours aku dah 7x8 jam. Ayo, macam takde keje lain ke. Minggu depan pun lagi 3 hari tapi mungkin mintak staff ganti la.

Pagi tadi masa tengah audit, tetiba ada ringtone Aku Lebih Tahu-Mila. Setahu aku cik abang guwe je guna ringtone tu. Tiba2 dua kali kau.. and dari belakang tempat aku letak henbeg. Sah, gua terbawak hp cik abang gua pegi keje. Kekekek.. adoiiii rasa nak tergelak pun ada, takut pun ada sah2 laa H benagng nie. Aku kan mmg kelam kelibut orangnya kalau pagi. Nak cepat je.
H call dari rumah. Tanya dia nak amik ke, dia cakap tak payah. So, aku pun relak laa. ALih2 tadi kat umah dia tanya aku pegi mana. Aku kata, ada kat Cygal. Dia cakap dia dtg aku tarak pun. Lorrr, aku kan pegi audit ari nie. Tp tingkat 8 je pun.. turun 2 tgkt dari ofis. Apsal la dia tak call pulak.

Dan aku memang tak sabar-sabar World Cup copat2 habis takpe.. legaaa. Finally, kitornagnya freeze period pun berakhir. Tm dapat tender provide submarine cable utk World Cup nya transmission ke area US, HK and europe. Jadi, memanglaa very der high priority dan kena alert kalau ada apa2 fault. Nak pegi mana-mana pun tak senang, kalau malam-malam dapat call ofis tu rasa adoiii lomaaahhhh...
Btw, aku rasa sebagai rakyat malaysia aku sokong je mana-mana pasukan yang menang lepas negara asia kalah, negara africa kalah... kekekek.. boleh gitu. Final ni aku sokong Belanda lah.
H ada ajak gak pegi kedaii mamak, bukan taknak bang.. compare ngan H, aku nie lagilaa sukkaaaa makan2 kat luar lagi-lagi lepak mamak. Selalu aku yg ajak pun. Tapi sedarla diri anak baru 5 bulan. Duduk je laa rumah.

Fakhri dan Faris.. alahai.. Total bliss. Adik memang sangat cool dan sangat pemerhati. Orang yang dia paling suka dan kagum ialah abangnya, Faris. Dia akan observe semua pergerakan faris. Dan kalau dia menangis teruk pun, bila Faris agah je terus gelak. Lain pulak Faris, adik kadangkalanya adalah orang yg paling dia jeles.
Alhamdulillah dapat fully BF harap2 sampai 2 tahun dan bila2. PErsediaan buat stok awal betul-betul menyenangkan sebab tak risau sangat stok susu tak cukup dan bila tak risau, susu pun jadi lebih banyak. Lagi sebulan adik akan mula solid food. Another challenge utk buat solid food adik tiap-tiap malam pulak. Fruit puree atau nasi lenyek. SEronok tapi akan tambah kerja di dapur. HArap-harap dapat cope up.

Looking forward for weekend, trip to Seremban. Hehe, seremban je pun tapi tuhla sebagai orang yg kampung cuma kat Klang, kalau dapat lalu PLUS highway tu memang seronok sangatla. Siap berenti RnR wajib, walaupun cuma ke SEremban. Feeling balik kampung laa tu... Target holiday hujung tahun ni ke Selatan.. JB. Another road trip..cant wait.

Friday, June 25, 2010

I really miss writing blog

Birthday Ayie 3yr. Sepupu sepapat.Makan ikan bakar yang best kat Tg Dawai. Belakang tu Pantai Merdeka. Dan ada jeti utk naik bot dari Tg Dawai ke Pantai Merdeka dan Kota Kuala Muda dan Kuala Muda, penang. Sebab kalau lalu jalan darat jauh. Jadi naik bot sekejap je. Seronok sangat pegi tempat2 nie.

Makcik gemuk memang dah ramai sangat tegur ayooo risaunyaaaaa. Tapi bila makan malam tak hengat yang tau perut memang lapar (culprit kes kegemukan aku nie memang sah2 makan lewat malam sbb masak sendiri dan tunggu h balik). Adik yg betul2 enjoy the travel. Adik kalau jalan memang takde masalah sbb masa dalam perut pun dah ke sana sini. Faris pun so far okay. Yg penting selesa dan kenyang. Tengahari mesti tukarkan pampers baju semua. Makanan kena always ada utk Faris. Baju pun sempoi2 yg selesa.


Anak gue yg sangat hero drama(as mak dia drama queen). Penuh character si abang sorang nie and unpredictable. Adik so far nampak cool sikit. Faris memang keluar2 pun dah pandai nangis je.




Faris dan Cipul di Aquaria. Elok pegi Aquaria time anak2 belum sekolah ya.. free. Tapi rugi patut pegi rabu jam 3 boleh tengok fish feeding.

Dah sebulan lebih tak update. Can't believe it. Tapi seriously memang sangat kelam kelibut sekarang nie dengan kerja, anak-anak, rumah (heh, dah pasrah dgn keadaanya anjung bersepah, yard pokok dah tak terjaga, kering2 tanaman aku hihi) dan komitmen lain.

Aku pun tak ingat apa yang berlaku sejak aku update blog last time ya. Cuma maybe aku nak cerita pasal aktiviti kembara kami.

Aquaria, KLCC
Dapat bonus, jadi bawak family dan nephew, cipul (Faris panggil Cipul) pegi aquaria. Tu pun dah petang, nasib baik bukak lagi sampai jam 8.00 malam. Oh ya, Masa tu Faris seminggu taknak makan minum sebab nak tumbuh gigi geraham. Dia sakit gusi, air liur basi yang adoiii taktahannya bau. Aku siap bawak pegi dentist (kena caj RM10 heheh). Cranky nya memang trade mark Faris la. Menjerit, campak barang, tendang, merajuk.. adoiii mcmana nak ubah ya. Tu yg bawak pegi Aquaria utk mengubat gundah gulana anak bujang sorang ni. Alih-alih kat Aquaria pun taknak jalan sendiri asyik nak dokong. eheheh takpalaah ayahnya ada. Tapi good thing is lepas balik Aquaria tu mood dia jadi baik. Cipul duduk rumah kitorang masa tu. Hmm, Faris buli Cipul lagi adalah. Pakcik tu dahla jenis yang tak ganas, nie Faris asyik tendang laa naik kuda, ekeke.. sampai menangis Cipul nya.

Kembara Sungai Petani
Asalnya nak pegi ke Sungai Klah-Ipoh, alih-alih MIL ajak ke Melaka tengok baby. Tak jadi jugak, so amik kesempatan pegi outstation di Kuala Muda dan terus lepak Sg Petani. Bertolak Khamis malam ke Swiss Inn Sg Petani. JAm 2 pagi baru sampai, haru betul. Dan berhenti ala-ala 7 perhentian tu sbb H ngantuk. Aku nak tido pun tak berani gak, tapi ada gak tertido la. Esoknya pegi stesen kabel Kuala Muda. Abis je keje pegi Pantai Merdeka. Seronok rupanya PAntai Merdeka nie, lama sangat kitornag kat sini sbb Faris and Adik enjoy betul. Adik tido manjang and ceria je. Faris pun sama. Paling suka lepak kat playground dia atas padang rumput. Memang best.

Oh ya, kebetulan sebelum kembara nie aku baru abis baca novel ARA, SAKA tentang bekas komunis yang tinggal di Padang Serai Sg petani. Jadi mcm terbawa2 pulak bila ke sana. Rasa macam aku live up the novel. Dahla novel tu memang sangat best pun.

Lewat petang gak kitorang tinggalkan pantai Merdeka, ingat nak jenguk Kota Kuala Muda tapi kesian kat adik. So, terus balik hotel. MAlamnya keluar dinner kat Radix FC. Memang dah lama sangat teringin nak try RFC nie dan turn out not bad. Aku suka mashed potato. Ayam organic lagi. Playground dia lagi best dari KFC or Mekd (sejak ada anak2 kadang2 ke Mekd gak eventho aku tak suka Mekd). And herbaprima pengeluar RFC nie ada dimana2 di SP. Aku kagum dgn SP yang sangat membangun dan moden. Ada shopping mall semua.

Esoknya relak2 bagi Faris berendam kat swimming pool dan lepas tu check out. JAlan2 ke Lembah Bujang dan Tanjung Dawai.

Adoii apsal boring betul tulisan aku nie.