Ada beberapa perkara yang aku harap sangat dapat di capai pada tahun baru ni. Tahun 2012 adakah dunia akan kiamat, entahla aku rasa walau kiamat pada esok hari kita akan tetap meneruskan kehidupan macam biasa. Lainla kita memang dah tahu esok kiamat sudah pasti dengan tak berlengah lagi kita akan balik rumah dan buat ibadah solat taubat berpuasa semua. Aku berharap busines H akan bertambah maju pada tahun ini dengan pertambahan kos hidup kami sekeluarga. Yelah, Faris dah pun sekolah, walaupun sekolah tadika tapi bayarannya je lebih mahal dari sekolah rendah. Dan sudah tentu ada perancangan untuk menambah ahli keluarga dengan umur aku pun yang semakin meningkat.
Tapi sebelum aku meluahkan lagi harapan untuk tahun ini aku nak meluahkan perasan yang aku dah tak boleh betulkan. Tataula macamana. Perasaan sakit hati dan menyampah dengan bos aku. Tolongla aku taknak rasa macam nie tapi aku juz memang tak boleh dah nak bertahan dengan dia. Cepatla dapat bos baru. Dia ni sangat sombong dan suka memandang rendah pada orang. Tapi aku paling tak suka sebab dia sombong, dia taknak memahami keadaan orang lain, dia tak pernah nak menyokong kita. Dan dia adalah sangat posmen tak setimpal dengan gaji yang di terima. Hiii ntahla. Kerja makan gaji macam ni lah. Cuma aku nak bekerja dengan ikhlas, Ya Allah sesungguh aku bekerja hanyalah kerana Mu.. kerana negara, kerana agama dan kerana bangsa. Semoga usahaku ini akan mendapat kebaikan dan Kau murahkan rezekiku Ya Tuhan.
No comments:
Post a Comment