Lamanya tak tulis blog. Semakin lama semakin sibuk atau semakin lama masa semakin cepat berlalu, atau pun semakin lama semakin malas. Tahun 2012 membawa sedikit ketakutan dalam diri, betulke tahun inilah penghujung dunia dan ada juga yang meramalkan bencana besar yang berlaku di pertengahan Ramadhan nanti. Ada logiknya kan, aku ada terfikir macamana kalau aku menghadapi bencana, macamana kalau terpisah dengan suami dan anak-anak. KAdang-kadang aku rasa aku boleh berjauhan dengan suami, tapi tidak dengan anak-anak.. Tapi aku juga tak bolehbayangkan untuk hidup tanpa H. Dan dengan anak-anak, aku sentiasa nak anak-anak sihat, selamat, gembira.. aku tak mahu anak-anak luka sedikit pun. Sebab tu bila baca berita kanak-kanak yang kurang bernasib baik Ya Allah, aku tak boleh baca sebenarnya sebab aku akan rasa sedih yang keterlaluan.
Dengan H pulak, aku selalu jugak bergaduh dengan H. Aku selalu nampak apa yang dia tak buat, padahal bukankah aku pun tak sempurna. Dan kat ofis pun aku tak sesuai dengan bos. Lalu aku berfikir jugak, adakah aku ini sebenarnya yang bermasalah. Tapi kes di ofis lain, sebab sebelum ni pun aku bekerja untuk bos-bos yang berlainan dan tak pernah pun ada masalah.
oh ya.. aku ada satu perkara yang aku asyik fikirkan. Pada cuti CNY aku buat majlis meraikan ulangtahun kelahiran anak-anak. KAdang-kadang taktaula adakah bila kita bagitau kita nak buat majlis hari lahir, seolah-olah kita minta orang datang bawa hadiah. JAdi kalau taknak orang bawa hadiah, jangan cakap majlis hari lahir. Tapi ya bergantung pada niat, dan niat aku cuma utk meraikan anak-anak, mengajak kawan-kawan dan keluarga datang berkumpul. Kalau dapat hadiah, ya pasti kami gembira dan kami mendoakan orang yang memberi akan lebih murah rezeki.
Red Velvet cake.. simple but juz nice from the only malay bakeryshop in Damansara Damai.
sepupu dan anak-anak diorang.. Sulas malam tu terus labour penangan nasi ambeng.
H and his brother who incidently flied out from KK.
The main menu nasi ambeng and laksa.
Dessert section
No comments:
Post a Comment