Dah lama tak beli novel sebab novel-novel yang ada masih belum dibaca. Kesempatan yang sering diabaikan sebenarnya. Boleh je baca novel bila-bila, lagi-lagi sekarang makin kerap pulak panggil cleaner kemas rumah adakah aku yang semakin malas? Patutla berat bertambah walaupun kurangkan makan nasi dan berjogging setiap ahad. Walau apapun, sekarang aku tengah baca 3 buah buku, satu di rumah, satu di ofis semasa pump dan satu di tempat lain2 seperti kereta ke, kedai.. Buku yang ke 3 adalah novel Prof Hamka, Tenggelamnya Kapal Vjan der Wicjk. Aku pernah beli novel ni dulu dan sempat baca separuh sebelum novel tu dicuri atau ada orang pinjam langsung tak pulang semula.
Novel ke 2 yang aku baca semasa pump nukilan penulis baru.
No comments:
Post a Comment