Life changes when u least expect it. Sebab tu kita wajib percaya pada qada dan qadar tuhan kan. Tak penah sangka walaupun sering mengharap, tapi itulah takdirnya, aku akhiri zaman singlehood. Jadi isteri kepada H yang aku kenal baru 2/3 bulan, jadi menantu pada mak rukayah yang glamer gak tu, makcik kepada anak2 sedara baru... dan segala-galanya berubah. Aku dah tak lagi tinggal di kampung dgn emak.
Yet, so far... very good. Aku nak tulis coret-coret dari wedding aritu:
1. Mula cuti hanya pada hari khamis, kenduri panggil sinoman (rewang) dibuat.
2. Kemas bilik all out pada hari khamis. Nakwa and family balik malam rabu tu.
3. Jumaat, paksa H hantar aku dan kakak (atika) pun ikut utk lukis inai india dan beli bunga di petaling st, H solat jumaat di masjid PJ old town, aku and kakak makan mcD.
4. Oh ya.. gie scaling gigi and set rambut on thursday tu ngan atika.
5. Bariah and nor datang jumaat malam tolong isi telur.
6. Bikyah sekeluarga datang khamis malam tolong buat bunga manggar.
7. Pakai inai mekah yang emak bawak dari mekah malam sabtu tu dahla dah jam 1, ngantuk yang amat. Alih2 bangun tak merah pun. Gelabah betul, nasib baik kak ipar belikan henna india and ikin tolong pakaikan. Dah tau teknik berinai yang betul, dok bersandar kat dinding, kaki letak atas bantal. Tu pun tak merah sangat.
8. Tak rasa pun sup tulang lembu yang disembelih tu. In fact, tak rasa lemper and koci yang mmg favourite and must-eat kuih.. in fact, aku cuma makan 2 pinggan kot dalam masa 3 hari kenduri tu. Kejam, tak sapa pun nak serve makanan kat pengantin nie.
9. Sibuk gubah white, pink and red roses yang beli kat petaling st tu. Puas hati and petang tu dok buat bunga pegang, nelly yang tolong.. cantik..
10. Dayang-dayang ialah Atika, Nelly cousin and berry.
11. Kak G and adik datang masa malam nikah, tq korang.
12. Kesian kat Berry yang aku dok mintak tolong itu ini.. tq fren, really love u.
13. Photographer, yasa hubby kak nani bestfren.
14. Khemah and pelamin oleh udin the nephew. Dapat kerusi baru... 3x tukar konsep kaler pelamin. Mula-mula ingatkan kaler theme salah... adoiii..
15. Depress masa petang khamis tu sampai menangis2.
16. H lafaz akad dua kali.. hehehe..
17. Tapak kaki aku hitam and kena tegur (yelah.. dok buat keje itu ini, lupa nak basuh kaki masa nak akad nikah tu).
18. Pasukan kompang ialah abang ipar aku.
19. Mak andam nikah dan bertandang SIL h (biras aku), kak abby.
20. Pak imam tunggu pengantin masa nikah, biasalah lagi dekat umah lagi lambat.
21. Pengapit atika syaza and mazli anak cik saadiah cousin H.
22. H kena balik umah dia malam first nite tu yelah sbb umah dia majlis esoknya so mesti ramai dah yang kondangan malam tu. Dia kata dia tido umah, aku pun okay jek.. alih2 mak dia suh balik umah gue.. hehehe..
23. Rombangan H datang awal masa bersanding dan kompang and makan beradap tak ready lagi.
24. rombongan H cuma 6 org, (tgh sibuk rewang pastu malam tu sume dah dtg). Sedih gak aku memula tu.
25. Emak suh buat roset 50 keping, aku cuma buat 30 and mmg tak cukup so nakwa beli roset lain dan juga bunga telur tambahan.
26. Pokok kelapa depan umah kena tebang sbb tak boleh pasang khemah.
27. Aku simpan sume wrapper hadiah coz boleh guna untuk alas almari ke or balut kotak2.
28. Now aku dok kat Bandar Sri Damansara away from mother, families and suzzy.
29. Aku start develop habit takleh tido malam. Bukannya apa, aku takleh lelap mata.. dunno why.
30. Perut dah buncit and dah tak se-fit dulu, quit gym already.
Tak banyak yang aku tahu sbb aku yang jadi pengantin, apa yang berlaku di luar taktau pun. NWay, alhamdulillah semuanya selamat. HArap-harap tak banyak salah dan silap pd majlis tu. Terima kasih pada semua yang memeriahkan majlis aku.
4 comments:
hehe aku pun banyak menda nak citer kat blog tapi tak sempat nak tulis... cuma aku nak bagitahu ko aku dah join class taekwando kat bukit tinggi ngan anak2 buah... best sangat2..
takleh tido malam yek? ehem... ehem
woit.. bukan sbb tu. ada satu malam tu.. aku terjaga kul 1, and kul 5 baru dpt tido.. aku gie baca novel dlm bilik (h pun tak sedar aku takde kots).
Good luck in ur tae kwan do.. yang penting, jgn quit tau.. teruskan.
eh takder org serve ko mkn masa kenduri ari tu yek... lain kali ko suruh jer aku... ko kan ratu sehari... ko boleh apa suruh2 org.. takpelah benda dah past & dah selamat pun...
terima kasih diatas doa ko tu aku pun berdoa utk kebahagiaan ko gak.. hehe i miss u tu
nic, sorry bebeno tak dapat turut sama memeriahkan majlis awak, berebut-rebut sedara mara kenduri terkejar-kejar ke sana sani... maklum time tu memang musim org kawen. anyway tahniah. selamat menjalani hidup baru. moga berkekalan selama hayat. yang terbaik untukmu selalu.... :)
Post a Comment