Children in my family
Adik bongsu aku dah bujang, tapi manja sangat. Semua pun kita yg uruskan. cAri keje pun kalau boleh kita dah sediakan dia terus datang keje. Geram jugak sebab tengok dia takda wawasan langsung. Walaupun, basically dia memang malas buat keje rumah, tapi okayla.. klu disuruh 5x dia akan buat gak. Itupun setakat bersihkan kipas, lap tingkap. Nak suruh menyapu, mimpi jek la. Kalau barang-barang, SMS kita suh beli. Nasib baikla kakak dia nie gaji banyak (banyakla bagi orang yg bukan hidup senang), shampoo, minyak rambut, hatta jajan pun kita belikan. Takpela, aku pun taknak usik duit dia, and yet once in few bluemoon, dia ada belanja burger. Kira dah best tu. Bapak meninggal dunia masa Ejal umur 9thn. Still too small to know everything. Dari seorang baby boy yang sangat bapak manjakan, dia kena berdikari. Jangan sesapa berani kacau adik bujang aku tu.
NTah kenapa lately nie temper aku agak naik. Especially bila dengan budak-budak kat rumah tu. I dunno why I became angry each time they ask me for things. And aku jadi bosan dan letih, bila balik tengok rumah bersepah. Cuti sekolah, mmg anak-anak sedara semua kat rumah. Lepas tu, dengan sorang-sorang mintak itu ini, aku malas nak layan. akibatnya aku dah mula tinggikan suara. Isskh, I dont like myself like this. I must remember to control my temper.
Dan aku ingin menulis satu kenangan khas untuk seorang makcik yang penah berjiran dengan aku. Penah tulis pasal dia dulu. Bik Kamah. 10Tahun dulu, kitorang berjiran. Anak dia yang lelaki sebaya dengan aku, duduk sebelah aku di kelas. Keluarga bik kamah dan keluarga aku memang rapat. Even lepas kitorang pindah pun kami tetap ziarah menziarahi. Dulu mmg ada cerita-cerita utk menjodohkan aku dgn anak dia. Bik kamah setiap kali jumpa aku mesti peluk macam anak sendiri. SEbab tu aku rasa rapat dgn dia. Cuma lepas anak dia kawin (yelah, aku kan lebih tere dari dia, so dia taknaklah), aku jadi segan nak jmpa bik kamah. Akibatnya, bila dgr dia sakit breast cancer pun aku tak melawat. Aku nak melawat, tapi aku rasa segan dan malu. Dan akhirnya, pada hari raya lepas kami dapat berita bik kamah telah kembali ke rahmatullah. Rasa kesal sebab tak dapat jumpa dia. memang salah aku. Nampak sangat aku terusik dengan berita perkahwinan anak dia tu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang yang beriman. Amin.
No comments:
Post a Comment