Thursday, May 5, 2005

Biar Lambat Asal Selamat

di tulis pada 1/5/05
Tak suka hendak bercerita tentang umur dan jodoh. Bukannya tak suka subjek itu, cuma malas memikirkan setiap masa. Adakalanya pasti memikirkan, tapi tak mahulah sampai mengenepikan aktiviti lain. Walaubagaimanapun, itulah persoalan yang sering diajukan. Tak kisah, biasalah tu. Takpe, nak rekodkan apa rasanya menjalani peringkat ini supaya satu hari nanti dapat dijadikan kenangan.

Semalam bangun lambat, memang hari-hari pun lambat, jam 7 lambatlah tu. Hari bekerja pun macam tu jugak. Bangun awal dan bertolak awal ke ofis pun akan tetap sampai ofis selepas jam 9, itulah yang membuatkan diri jadi bosan. Memang alasan! Boleh bangun awal, kalau ke TTC atau meeting akan bangun awal, kalau ke ofis je minda telah diset bangun jam 7. Tapi semalam memang lambat bangun, jam 10 pun tak larat nak buka mata. Sebabnya tidur lambat. Itu lagi satu masalah, selagi belum jam 12, mata tak boleh lelap. Kalau hari cuti lagi melarat.
Dapat SMS pakcik, katanya, "itulah, bangun lambat patut tak dapat jodoh lagi". Aduh, bisanya! Tapi, takde jodoh lagi, bolehla bangun lewat. Tak sapa yang nak marah. Emak pun takkan bising sbb lewat bangun pun kerja-kerja rumah tetap akan beres. Tak perlulah nak balas SMS tu dan mengatakan yang selalunya jam 9 telah siap sarapan dan joging mendaki bukit. Waktu blog ini dituliskan sudah balik joging, sapu sampah dan berkemas.

Sekarang musim perkahwinan, sekarang juga kekerapan soalan jodoh lebih tinggi dari hari-hari biasa. Kawan-kawan bercerita tentang itu. Kelakar, soalan itu bukan lagi kerisauan tapi alah bisa tegal biasa. PEringkat risau telah berlalu. Sekarang peringkat memenuhi keperluan diri dan memajukan diri. Serius! Pasti akan fikir juga pasal jodoh, macamana hendak bertemu jodoh? MEndaftar di laman mencari jodoh mungkin. Tak sanggup pula nak bayar. Sebagai jalan terakhir akan dipertimbangkan. Semoga doa sehari-hari ditambah dengan doa di tanah suci nanti akan mujarab. Oh ya, kawan-kawan mula berjalan ke luar negara, ada yang atas tiket tugasan, ada yang perbelanjaan sendiri. Hebat kawan-kawan sekarang. Diri dan Bariah pun sedang mencari tiket Air Asia yang murah, ke Manila mungkin? Perlu kumpul duit!

Berbalik pada tadi, perbezaan antara kami dan orang yang berkahwin adalah sex. Opps, maaf. Tulisan ini mungkin menyinggung, tapi ini pendapat peribadi. Anggapla secara terbuka ya. Banyak lagi bezanya kot. Tak merasa di alam itu, tak tahu lagi. Tapi satu tajuk yang dibaca mengatakan ramai perempuan lambat kahwin sensitif disebabkan tiada sex. Ahh, mungkin betul. Tapi anggapan itu sempit dan tidak boleh dipakailah. Sebagai manusia memang perlukan sex, tapi sebagai hamba Allah pasti boleh hidup tanpa sex. Tak perlulah diulaskan.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sedang berlangsung. Sejak balik ke tanah air pada tahun 2000 dan bekerja di pusat bandar KL, tak penah ketinggalan. Satu acara yang paling di sukai. Satu tempat yang paling seronok di lawati. Kelihatan acara tahun ini lebih memuaskan hati. HArga tumbang (bukan runtuhla), freebies, dan barang-barang yang menarik. Dua kali bertandang ke sana. Suka sebab boleh tengok bahan bacaan yang jarang di jumpai. Tapi bulan Mei dah berjanji utk menyiapkan diri ke tanah suci nanti. Dah taknak merewang dan membaca bahan-bahan bacaan keduniaan. Janji ya!

Kepadamu Kekasih aku berserah,
kerana ku tahu Kau lebih mengerti,
apa yang dilukis
di wajah aku ini
apa yang tersirat
di hati bersama amali

Kepada Mu kekasih
aku bertanya
apakah Kau akan menerimaku kembali
atau harus menghitung lagi
segala jasa dan bakti
atau harus mencampak ke sisi
segala harga diri

Hanya padaMu kekasih
aku tinggalkan
jawapan yang belum ku temukan
yang bakal aku nantikan
bila malam menjemputku
lena beradu

KepadaMu kekasih
aku serahkan
jiwa dan raga
jua segalanya
apakah Kau akan menerima penyerahan
apakah Kau akan menerimaku
dalam keadaan begini

1 comment:

Nic said...

KepadaMu kekasih - M Nasir dan dalam CD tin aku, dinyanyikan oleh M Nasir, Hattan & Jamal