Hakikat Sebuah Cinta
Pujangga menyatakan oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita
Aku mmg suka lagu-lagu kumpulan IKLIM. Kadang-kadang pelik memikirkan kenapa artis-artis kat Msia yang bersuara emas, terjebak dalam dadah pulak. Selain dari Jamal, Salem, dan kebanyakan artis rock, hero pojaanku, Eman pun sama. Sedangkan Eman memang seorang aktor yang bagus. Aku suka sangat tengok dia dan kak Ogy.
Kalaulah P Ramlee masih hidup dan masih menghasilkan filem, aku percaya pasti arwah lebih hebat dari Steven Spielberg atau James Cameron atau Oliver Twist. P Ramlee sangat versatile, dari romantik, komedi, perang, sedih, agama semua dia boleh buat dgn hampir sempurna. Siapa yang tak suka tengok filem P Ramlee angkat tangan?
Aku dah baik dgn emak, mmg baik pun, cuma saat ini aku rindu sangat pada emak, dan tak sabar nak balik jumpa emak. Rasa macam nak beri kebahagiaan dan kemewahan pada emak. Rasa macam nak peluk emak setiap masa.
Tengah risau yang amat sangat nie. Tadi dapat call dari Kotamas, ada plak dia kata nama aku tak termasuk dalam list rombongan umrah tu. Aduhai, padahal aku dah register nama aku, emak,nakwa dan nenek kemi awal-awal lagi. Aku tak kisah kalau aku tak dapat pegi, tapi aku betul-betul taknak menghampakan harapan emak dan nenek. Hj Roslan kata dia akan confirm balik hari isnin nie utk tambah seat, sbb orang yang lain semua dah serah duit dan pasport. Aduhai, Ya Allah, semoga ada rezeki kami ke sana. Semoga ada rezeki nenek kemi ke sana. sebab nenek belum ke sana lagi, dan nenek dah 78 tahun. Ya Allah, makbulkanlaa doa ku. Terimalah kami menjadi tetamu Mu bersama rombongan ini. Amin...
No comments:
Post a Comment