Tuesday, May 3, 2005

BAth and Body Shup

Kalau kat US, kedai utk barang-barang mandian dan wangian nie mmg fofular. Dah jadi obsession utk mengumpul sabun wangi, showe gel, lotion wangi, body spray, scrub, candle dan macam-macam lagi. Aku pun sama, masa aku balik sini, aku bawak splastik besar barang-barang tu. Yelah, masa tu ingatkan balik Msia terus nak kawin hahahah. Alih-alih sampai sekarang aku masih simpan sabun wangi yang dah digigit tikus dan ciklipas kots. Dan realitinya, aku lebih senang dan lebih jimat menggunakan sabun Protex.

Kat Msia, kedai barangan ini baru nak berkembang. Bermula dari Body Shup, Mork and Spenser dan sekarang ada pulak Crabtree and Evelin la. Tapi, aku penah beli sebatang jek lipstick dari M&S tu, dan aku mmg guna lip balm Body Shup tu. Tadi kat KLCC, Body shup ada sale kat center court. Satu perkara tentang body Shup nie kadang-kadang bila sale memang ada stuff dia yang semurah RM10.00. So, tadi aku pun dah tergoda dgn shower gel yang cuma RM9.90 tapi ntah bila aku akan pakai tu. Yang benci tu, minah-minah body shup yang pakai pareo dan t-shirt putih nie dah berjaya meracun aku shopping sampai RM100. Isskhhh, membazir betul. lebih bagus kalau aku belikan emak aku purse baru yang berjenama. Hadiah utk ibu kan lebih bererti.

Ada berblogging semasa weekend di laptop, tapi seperti biasa malas nak online. Takda cerita menarik, melainkan tahun nie byk tak dapt tengok awards presentation mcm APM, AIM dan Sri Angkasa. Pakcik SMS and nak jumpa tapi aku dah ada hal persatuan. Kenapa masih sayang lagi ye dan ingat sedangkan perhubungan penuh dgn penipuan, pengkhianatan dan dendam.

No comments: