Thursday, August 29, 2002

FrieNDs for EteRniTy


Coretan nie diambik dari Website Kak Nani,
Thanks a lot Kak Nani.. its really sweet and touching...





Tribute to Ana & Ema

I met them both during induction course April 1995. Thanks to telekom's sponsorship division of course. During the course, my roomate is Sara. She was the one who introduced me to Ana. or was it Ana introduced herself? hehehe... Ana sampai lambat kat Sekolah Latihan Telekom Taiping sebab surat tawaran sampai lambat ke rumah dia. Jadi dia dah miss sesi suaikenal. Sara schoolmate dia, jadi banyak benda dia rujuk balik dengan Sara. Disebabkan aku masa tu memang close dengan Sara, aku pun jadi close jugak dengan dia. Lagi pun Ana memang peramah dan hyperactive. Sebetulnya, kami kira on good terms with almost all girls, since kami 22 orang je out of seventy something peserta kursus.

Ema pulak, aku start bebetul baik dengan dia, masa OBS kat Lumut. Masa tu minggu ke-3 induction course. Masa icebreaking session, kami diminta menyusun ahli kumpulan mengikut tarikh lahir dan tidak dibenarkan bercakap. Dah lupa ada limit masa ataupun bertanding dengan kumpulan lain. Masa tu semua jadi terer sign language. Laju je menyusun diri sendiri. Masa tulah jugak Ema & Ana discover yang birthdate diorang sama. Lepas tu diorang dua-dua semakin rapat lah. Syok masatu, rasanya time induction course, OBS la paling best. Tapi masa tetengah OBS tu rasa tak best langsung. Penat sehhh.. cuma bila dikenang, boleh tersenyum balik. Banyak kenangan dengan diorang masa ni.. antaranya berlatih kayak, kayak, camping kat muara, makan dalam gelap, sesat masa jungle tracking etc.

Lepas tu kami ke port Klang pulak buang English Course. Time paling syok sebab belajar english je. Makan sedap pulak tu. Seems like we were given the chance to get to know each other better. Sayangnya aku tak sama kelas dengan diorang. Memang selain kat kelas, dok kat flat tu, dok borak-borak je lah. Tapi selain kelas, kami adalah jugak aktiviti lain macam debate, ada tazkirah setiap malam Jumaat, ada lagi yang aku dah lupa (cerita tujuh tahun lampau, banyak dah ingat-ingat lupa). Camne boleh rapat dengan diorang berdua? emm.. banyak reason, tapi sebab utamanya.. sama wavelength walaupun character kami agak berbeza. Ana paling becok & bising. Lagi satu Ana laser heheh.. kalo terkena kat batang hidung tu perghh la jugak, tapi aku suka sebab Ana tak takut nak cakap benda yang betul.. lepas tu sure aku akan fikir balik apa yang Ana cakap. Kalo mintak nasihat dengan dia, memang Ana akan straight forward je. Ema pulak, peramah & soft-spoken. A very good listener & a shoulder to cry on. Suara dia pun sedap heheh..

Bila kat Sunway, aku semakin rapat dengan diorang walaupun berlainan course & berlainan apartment. kadang-kadang gi tido kat apartment diorang. Selalu keluar sama-sama ke Subang parade atau pun Carrefour. Paling tak leh lupa, time pergi rewang KL sampai malam... bukannya beli apa pun, meronda je. Masa lepas keluar SunwayC, kira kami masing-masing di timpa ujian. Aku - kena sambung study kat France walau pun aku tanak. Rasanya apa yang aku hadapi kecik je berbanding dengan diorang. Rasanya going thru those not-so-good time membuatkan kami lebih rapat. Masa tu aku adalah dua tiga kali ulang alik kelantan-KL, jadi bolehlah jugak jumpa ema & Ana. Sebelum datang France September 1996, last time jumpa Ema, masa dia hantar aku ke bus stop. Malam sebelum tu kami dah bantai borak sampai tiga empat pagi. Masa tunggu bus tu, bus quite lambat sampai. Dok borak-borak dulu kejap. Bila nampak je bus datang, aku pandang ema & ema pandang aku. Aku dah start merah-merah mata dah. Sedih sangat masa tu.. Masa hug ema, air mata dah bercucuran laju je. Ema pun nangis jugak masa tu. Kat atas bus pun aku tak berenti jugak nangis. Sepanjang jalan Cheras-KLtu memang non-stop aku menangis sambil berdiri pulak tu. Do you still remember, Ema? Last jumpa Ana pulak, keesokan harinya. Masa tu Ana (dengan Syed & Gyma) hantar aku kat komuter station. Aku nak pergi Putra nak ambik bas balik kampung. Aku sedih jugak time tu, tapi Ana steady je. Lagi pun ada Syed tu yang malas nak feeling-feeling sangat.

Masa aku kat Béthune, surat-menyurat jelah menghubung tali persahabatan. Aku pun memang banyak masa nak tulis surat. Surat Ana biasanya pendek & straight to the point. Surat Ema panjang berjela kalau bukukan semua surat boleh jadi novel kot :). Best betul masa tu selalu dapat surat. Tapi kena rajin tulis lah, baru boleh dapat surat balasan. Sekarang pun aku seronok bila baca balik surat-surat lama tu. Membuatkan aku bersyukur hidup sekarang dah 'lega' reading all those hardship we've been through. We have benn through a LOT of things together, don't we? Then awal 1997, Ana sambung study ke Sydney & Ema ke OSU kat States. Bila aku dah ada pc, email lah pulak pengganti snail mail. Snail mail untuk bithdays & special occasion. Almost every week mesti ada satu mail. Cerita kami biasanya berkisar hal study, surroundings, friends & about guys lah. Tapi Ana berkecuali dalam hal ni. Aku & Ema quite mudah 'cair', tapi Ana heartless hehe.. Sampaikan kami berdua ada pernah cakap, alangkah senang sikit hidup kalau kami heatless jugak dari awal-awal. Lepas tu, kami jugak tak habis-habis usik Ana, yang kami berdua dok cerita-cerita pasal guys ni, entah-entah Ana yang kawin dulu. Which turned out to be true!!

Aku jumpa Ema balik, masa summer 1998. Ema ikut aku balik kampung. Best masa tu, sayangnya aku takde transport, terpaksa lah naik public transport. Ema first time jejakkan kaki ke sawah padi kat kampung aku. Ada lagi gambar kat sawah tu aku simpan. Ana pulak aku tak pernah jumpa sampailah dia habis study & start keja kat Cyberjaya. Masa tu aku balik cuti summer 2000. Ema pun habis study tahun tu jugak. Aku sorang je lah yang dok terkontang-kanting kat France lagi. Syok masa tu, keluar bertiga ke KLCC, lepak-lepak kat taman, kat surau. Shopping sikit-sikit. Ana still periang & kecoh macam dulu, cuma 'laser' dia tu dah berkurang. Heheheh. It was then that we brought something as a mark of our friendship. Kami beli baju baby, warna peach and each promised to put it on our first newborn. I still kept that cloth safely. Nampaknya Ana lah yang pertama berpeluang to keep her promise. She is now 6 month pregnant. Insya Allah, aku akan menyusul tahun depan.

To Ana & Ema, no words can describe how you both makes my life more meaningful. You both can always sense wether I'm happy or not. You both make my days brighter. You both are always there for me. I'm greateful that I have such wonderful friends.


No comments: