Bila ramai anak ni makan kat food court memang paling susah. Nak kena beli satu-satu dari gerai yang berlainan memang mencabar kesabaran.
Tapi berbeza dengan food court di komplek sungai buloh, the store. Food court di sini takdala sesak sangat dan gerai-gerai melingkungi bulatan meja-meja makan jadi senang nak beli makanan. Dan makanannya serious i tell u sedaappp. Favourite kami semestinya yee mee sizzling, nasi padang dan ala thai. Tapi westernnya pun sedap wlaupun bukan bahan-bahan premium. Nasi goreng cina dan tomyam paling suka makan. Dan timun nasi ayam dipotong flat gitu so crucnchy.
Komplek sungai bulog ni memangla takda class dibandingkan dengan shopping complex lain tapi dia ada tarikan tersendiri. Bangunannya buruk tapi toilet dan surau terjaga. Dia macam jalan tar untuk sungai buloh jadi boleh cari tudung, baju-baju harga murah, brooch all that. Dia ada kedai utj peralatan sekolah uniform ko-ko, kedai islamik, kedai kasut jenama tak terkenal tapi sedap di pakai, baju harian kanak-kanak yang paling murah di the store berbanding jusco atau tesco, kfc, mcd dan big apple, kedai jam utk tukar bateri, kedai henpon ala2 low yatt, kedai kain dan langsir, kereta yang budak2 suka naik dan bermacam lagi. Free parking some more.
Kesimpulannya im totally loving it. Cuma satu yang tak best, TAKDA BABY ROOM.
No comments:
Post a Comment