Ya Allah, lamanya tak tulis blog dan sebenarnya
rasa rindu sangat nak tulis blog dan ada banyak sangat cerita. Tapi kekangan
kerja dan kesibukan mengurus rumahtangga mengatasi segala-galanya.
Sekarang aku berada di
Palm Beach Resort & Spa Labuan. Beginilah, bila pegi outstation seorang
diri barulah aku berkesempatan menulis blog. Itupun sebab kali ni aku pegi
audit, kalau macam minggu lepas aku pegi meeting kabel memang packed sangat dan
langsung takda masa berehat. Makan breakfast pun cepat-cepat je memang tak
dapatlah nak rasa makanan kegemaran breakfast buffet spread macam toast with
butter and jam atau omelette.
Subhanallah, kali ni
semasa aku menaiki kapal terbang di udara buat pertama kali aku melihat kapal
terbang lain melintasi kapal terbang yang aku naiki. Bukan satu, malah dua.
Satunya di altitute yang lebih tinggi dan satu lagi altitude lebih rendah.
MasyaAllah, besarnya ilmu Allah yang mengatur perjalanan kapal-kapal terbang di
udara. Macamanalah agaknya logik itu dibuat kan. Hei, dulu aku sering berangan
kalau aku tak bekerja di TM, pasti aku akan minta kerja samada di lapangan
terbang atau di pelabuhan. Sebab aku amat ingin mengetahui sains disebalik
operasi lapangan terbang dan pelabuhan.
20/6/2013 – 341,
Promenade Hotel KK
Baru balik dari beli
bilis dan brooch mutiara. KK makes me shop til drop. Selalunya aku tak suka
shopping bila melancong, tapi ada tempat-tempatnya i juz cant resist. Aku suka
KK dan kalaula ada tempat selain Selangor yang aku nak tinggal, tempat itu
adalah KK. Orangnya yang peramah dan cakap lemah lembut. Pantai dan pulau yang
cantik dan seafood dan sayuran yang fresh. Sesuai utk orang seperti aku yang
tak sukakan ayam.
Ya Allah baru terima
mesej yang Kak Habsah, admin clerk di ofis aku seorang kakak, kawan dan staf yang
sangat baik telah kembali ke rahmatullah. Beliaulah kawan aku bila kami ke
ceramah, jamuan dan apa saja aktiviti di ofis. Beliaulah yang sering bungkuskan
lauk untuk aku. Beliaula yang uruskan tiket, petty cash, refreshment dan
macam-macam lagi tanpa had. Semoga beliau berbahagia di sana. Aku akan merindui
beliau.
Rasa takda mood nak
menulis tapi mungkin aku tak berpeluang utk menaip selepas ni disebabkan banyak
kerja telah menanti. Closing IA di BSQM Southern, IA di unit kami. Meeting yang
telah menunggu.
Things about Labuan :
- Aku rasakan Labuan adalah
destinasi percutian yang sangat menarik kalau betul dipromosikan sebabnya:
-
tiket kapal terbang yang boleh tahan murah. Boleh dapat
dalam RM200++ sahaja untuk dapatkan pengalaman naik kapal terbang 2 jam, KLIA
dan ada makanan (MAS).
-
Kereta sewa semurah RM50-60 sehari. Hotel yang cantik
mengadap laut yang belum tercemar dengan bilik yang agak besar. Kadar hotel
dalam RM200 semalam (Palm Beach atau Tiara).
-
Makan yang bolehla harganya dan seafood yang marvellous
mana jumpa ketam besar, sotong besar dan manis di semenanjung (Anjung Ketam
bawah RM100 utk ketam besar dan segar sekilo RM30 yo).
-
Banyak juga tempat menarik seperti Island hopping, tempat
bersejarah, taman burung, muzium perang.. okayla.
-
Tempat paling layback bila tengok orang lain yang relaks
je kita pun jadi tenang je.
-
Boleh shopping coklat yang murah (kedua murah selepas
Langkawi), Kopi tenom, bilis dan udang, kain satin sutera dan cotton dan jangan
lupa bawak balik udang segar atau ikan.
-
Boleh juga lebih adventurous ambil feri ke Brunei dalam
sejam atau ke KK dalam 3 jam. Atau ambil MAS Wings dengan menaiki ATR atau twin
otter ke daerah lain di Sabah dan Sarawak untuk tambang bawah RM100.
1 comment:
kagum dgn kwn2 yg masih active blogging ni..
Post a Comment