Friday, August 16, 2013

Cobaan

Tahun ini adalah tahun kehilangan, tahun ini adalah tahun dugaan. Aku kehilangan orang-orang yang rapat dengan ku, kucing kesayangan dan barang-barang berharga. Tahun yang diduga dengan pelbagai peristiwa. Tetapi insyaAllah tahun ini juga adalah tahun perubahan, hijrah yang insyaAllah membawa kebaikan. Mungkin betul seperti yang berlaku pada zaman dakwah Rasulullah, untuk menjadi lebih baik ada banyak dugaannya.

Pada saat ini apa yang aku paling kesal dan rasa sedih adalah tanggapan seorang kawan. Betullah, kawan di tempat kerja hanyalah kawan profesional, mereka takkan menjadi kawan yang sebenar. Mereka hanyalah kawan ketika waktu bekerja, ketika perlu menyiapkan tugas. Banyak sangat situasi yang membuktikan kenyataan ini. Siapa yang faham malamku lebih beharga untuk keluarga khasnya anak-anak daripada terpaksa menyiapkan MAPS? Kalau kabel putus dan circuit failure tu aku boleh fahamla. Tapi ni juz untuk completekan maps so that the GM can be proudly say, "my division has completed the MAPS".  Siapa yang faham aku yang kedua-kedua laptop dan netbook dan aku dalam kesusahan jadi memang ada sikit masalah untuk menyiapkan kerja. I mean, i lose all the files and thankful i have a backup until april/may this year. and aku sering bekerja di station. Tapi tak semua orangkan senang-senang nak beli laptop baru, beli gadget itu ini. Aku cuma menanyakan hak setiap pekerja untuk mendapat kemudahan paling asas iaitu laptop. Tapi ianya telah disalah ertikan sebagai ohhh kita asyik nak claim hak kita, tapi kita lupa kita sering guna kemudahan pejabat. Demi Allah, sejak akhir-akhir ni aku telah menetapkan niatku bekerja demi Allah dan aku mula mengurangkan penggunaan barang ofis untuk keperluan peribadi. Ini adalah peringatan untuk aku lebih jujur dalam kerja. Ya masih banyak khilaf yang aku lakukan di tempat kerja. Aku masih mengunakan telefon ofis, printer, scanner & photocopy machine untuk urusan peribadi.

Selain dari ini aku rasa sedih sebab semakin mangament menekankan EEI (employee engagement program), semakin kuat sebenarnya tekanan kerja dan semakin jauh dari  menjaga kebajikan staff. Jamuan itu ini yang perlu dibuat collection, competition untuk menyiapkan MAPS and things like that, the pressure to perform KI instead of praisal (nama pun initiative bukanke sepatutnya di puji dan di sokong, tp yang sering aku dapat tekanan demi tekanan). Mungkin ini adalah petanda untuk aku berhijrah ke tempat lain. Kalaulah aku boleh berhenti di company sekarang, aku teringin sangat bekerja di tempat yang aku suka seperti perpustakaan, publishig company (Telaga biru dokek je dengan rumah), badan kebajikan, rumah perlindungan, mengajar tiusyen. Tapi, aku tak boleh lagi tinggalkan kerja sekarang.

Kehilangan Kucingku Suzzy
Patutlah hari raya kali ni terasa sangat syahdu, Selalunya hari raya adalah hari yang paling menggembirakan. Tetapi kali ni emang takda mood untuk preparation, sehari sebelum raya takda mood untuk mengemas dan menghias rumah, dimalam raya ketika takbir bermula aku menangis mengenangkan orang-rang yang telah pergi. Siapa sangka di raya kedua, kucingku Suzzy mulai terlantar uzur disebabkan sakit tua. Dan kesihatan Suzzy terus menurun sejak itu. Dan yang lebih sedih, Suzzy terlantar di depan kami semua. Suzzy memangla kucing yang tak pernah keluar jauh dari rumah. Kami saksikan didepan mata kami dari Suzzy masih boleh respon ketika dipanggil, dari dia masih boleh mengubah kedudukan tidurnya, dari matanya mulai buta dan kehilangan deria rasa dan hidu. Sehingga akhirnya dia kehilangan deria dengarnya bila kami pegang pun dia dah tak response. Alangkah sedihnya saat itu. Suzzy adalah sebahagian keluarga.Suzzy telah banyak berjasa, dia menyelamatkan abangku dari ular, dia tangkap tikus walaupun tak makan. Suzzy adalah kucing kesyangan kami semua. Semoga kami dapat berjumpa Suzzy di syurga, dan oleh sebab itu, aku mesti berusaha untuk menghampiri syurga. 

No comments: