Friday, June 1, 2012

business minded, whos right? seller or customer

Dah lama sangat tak blog sebab mungkin kesibukan kerja. Sekarang pun di ofis sering tak sempat nak surf internet sangat pun. FB pun jarang dah follow sampai kalau aku update pun takda orang komen haha.

Aku nak cerita pasal akhir-akhir ni asyik terkena dengan orang berbisnes. Aku pun taktau siapa yang salah, aku ke atau peniaga. Orang kata customer is always right tapi dalam kes aku ni nampaknya peniaga lebih berkuasa.

Kes 1 :
Masa anak saudara aku kahwin baru-baru ni, aku ada menempah cupcake dan muffin (cupcake ada icing tapi muffin cuma cupcake yang takda icing je pun) dari kedai kek di Damai ni. Memang dah selalu order dengan dia, walaupun harga memang agak mahal tapi disebabkan kedai melayu dan halal aku tak kisah. Mulanya aku nak order apam polkadot tapi aku tau mungkin dah terlambat. Hari Jumaat baru order nak hari sabtu/ahad. JAdi memang dia kata dia tak boleh buat apam polkadot. Okay takpalah, tapi dia offer cupcake. Aku pun okay sebab selalunya aku memang customer yang flexible takdalah nak je apa yang aku nak. So, dia offer cupcake tu pun dok suggest yg aku rasa yang memang dia tengah nak buat cuma lebihkan je untuk aku. Hiasan pun dia yang suggest yang boleh menyenangkan dia. so fine, aku tak kisah pun . kenduri kat kampung orang tengok cupcake pun dah cantik tak perlu nak extravagan sangat. Aku order 30cupcake dan 50 muffin nanti H akan ambil Sabtu malam sebab dia kata Sabtu malam dah boleh ambil. Aku memang dah balik kampung, tapi H akan balik sabtu malam. Turn out masa Sabtu malam tu H cuma bawak15 biji cupcake sebab ada satu kotak tertinggal. Dan muffin tu disebabkan ianya ialah kek cawan yang nak diletak icing jadi its so flat, takda mengembung pun atasnya. aku tak sure la memang muffin macamtu ke tapi setahu aku kalau muffin mestilah mengembung kan. MAksud aku mesti letak aduan tu banyak sikit utk kek tu naik melebihi acuan. Aku memang geram, memang Saida (owner kedai kek tu) ada misscall byk kali kebetulan hp aku tertinggal pada  H pasal lagi satu kotak yang tertinggla. Okayla takpa, salah aku jugak. Tapi yang menambahkan bengang bila aku call dia balik macam nak taknak je cakap. Jangankan nak minta maaf apatah lagi nak bagi diskaun ke. Malah aku balik Damai hari ISnin tapi dia takda pun effort nak bagi. Nasib baik Rabu tu ada hari Guru di sekolah so Selasa aku ambik cupcake yang tertinggal untguk bawak pada hari Guru. And again jangan harapla staff kedai tu nak say sorry or say something nice bila aku tanya kenapa muffin flat setahu aku muffin gebu je. Dia cakap memang macam tu. Malas dah aku nak cakap lebih. Dahla kedai dia tu pun aku dh pelik sebab ada satu notis yang bagitau customer yang takda vaksin something jangan request nak masuk dapur dalam bahasa yang aku rasa keras.
Maaflah Sweetheart Bakery lepas ni aku dah taknak lagi datang kedai awak. Dalam kes ni aku ada banyak pilihan bakery. Saya memang kecewa dengan layanan yang diberikan.

Kes 2.
Yang ni aku taktau nak buat apa lepas ni sebab aku memang bergantung pada cleaner untuk datang bersihkan rumah sebulan sekali. tapi huhuu aku sudah bergaduh dengan itu cleaner company dowwh. Ceritanya aku ada book cleaner untuk datang dan dia boleh datang sabtu petang jm 4. Masa tu Faris ada kelas berenang, dan tanpa disangka H pulak pekerja kedainya cuti emergency.  Bengang gila sebab dah suruh H hantar Faris so that aku boleh tunggu cleaner. Alih-alih H pun tak hantar Faris dan cleaner pun datang sebba "masih tak siap kerja di tempat lain". Aku dahla emmang tengah membara je haritu. Aku pun jawab yang aku dah taknak ambil cleaner dia company tu. Makanya weekend tu aku pun menye'scrub' 3 bilik air, mop tingkat atas bawah, berus halaman luar.. huhuhuhu.. Nangisss I. Dahla mood tengah bengang. Bagaimanakah agaknya nasib selepas ni? Mana nak cari cleaner ni woiiii.. PAdahal selama ini hubungan aku dengan Cleaning Svc memang bagus. Diroang pun sangat flexible. Tapi dgn ego yang customer sentiasa betul adakah aku perlu ambil lagi cleaner diorang. Dalam kes ini aku tak banyak pilihan malah hampir takda pilihan.

No comments: