Thursday, November 3, 2011

Berita baik hari nie

Tataula tapi lately ni keadaan kerja betul-betul terbawa sampai mimpi-mimpi. Hubungan yang tak baik dengan bos la apa lagi. Mungkin sebab itu aku sampai pitam semalam sebab kenyataannya aku memang asyik memikirkan meeting dengan bos sekarang ditambah dengan isu-isu lain. Semalam aku bangun pukul 4 dan memaksa diri untuk tidak tidur semata-mata aku takut terbangun lewat dan lewat sampai ofis. Teruk macam tu sekali.
Tadi colleagu aku datang dan bergossip lagi. Kitorang berdua mengaku yang sebenarnya tak suka nak bergossip lagi-lagi tentang bos. Tapi tak boleh elak dan berharap agar semua dosa-dosa ni dapat dihentikan. Dan kitorang bersetuju ianya akan berakhir kalau dapat bos baru. Dan Allah telah mendengarnya. Masuk je ofis dapat email tentang movement di tempat kerja. Dan doa seolah-olah dimakbul bila bos kitorang akan bertukar ke post yang lain. Sebenarnya dia bukanla teruk sangat tapi dia tak professional itu yang aku boleh cakap.

Minggu lepas kami ke Kota Kinabalu, Sabah. Pengalaman pertama menaiki pesawat Air Asia. Pengalaman pertama untuk Fahri menaiki pesawat. Faris kali kedua sebab dia pernah ikut aku outstation ke KL-KK-Kuching-Miri-KL. Satu pengembaraan yang amat menyeronokkan bersama Faris yang kurang setahun masa tu. Anak-anak syukur tak banyak karenah ketika berjalan. Malah aku rasa berjalan bersama suami dan anak-anak adalah perkara yang amat menggembirakan dan membahagiakan.
Sebab tu bila orang selalu tanya kenapa aku tak bawa suami/keluarga bila outstation, memang aku rasa elok tak bawak dari bawak. Sebabnya bila sang wanita yang bekerja, suami terpaksa jaga anak-anak sendirian. Dan aku takkan boleh concentrate di bilik meeting mengenangkan keluarga ada di bilik hotel. Fitrahnya bagi wanita, keluarga adalah keutamaan jadi bila terpaksa bekerja sambil membawa keluarga sudah pasti aku tak boleh mengutamakan kerja. Tambahan pula, meeting oversea bukanla kerja yang ringan. Aku akan terperuk di bilik meeting 9-6/7 kadang-kadang. Otak sentiasa ligat memikirkan agenda mesyuarat. Masa rehat yang diberikan cukup-cukup untuk makan, solat dan pump susu. Itulah kenyataannya. Kami cuma ada masa berjalan-jalan pada hari sampai dan sebelum pulang dan juga semasa excursion time. Selalunya akan ada masa diperuntukkan setengah hari untuk short trip menaiki bas.

Penerbangan kami dari LCCT 12.55 dan alhamdullilah memang punctual. Ejal yang hantar kami. Okayla.. some intresting point :


  • Aku dapat satu seat sebab duduk dengan Fakhri, tapi rupa-rupa H dan Faris duduk berdua je di row 3 orang apasallah aku tak dapat seat dgn diorang sekali.

  • Waktu balik aku dapat hot seat, malah no 2. Tapi sebab tak order makanan ambil bau je la.

  • Faris berlari keriangan ke sana-sini semasa di dalam kapal terbang. Memang ikut ibu yang suka jakun dan teruja.

  • Anak-anakku memang jenis yang mudah membuang, jadi boleh bayangkanla kalau travel kerap kali kena ke toilet. H kata dia terpaksa basuh Faris di sinki tandas kapal terbang. Heehehe, nasib baik H memang ambil alih tugas-tugas membasuh.

  • Sampai di KK, kami dibawa ke hotel dengan van Army. BIL kan pegawai tentera jadi ramaila anak buahnya di mana-mana.

  • Kereta BIL rosak di tengah jalan tau-taula jalan di Sabah takdalah canggih macam di KL, again nasib baik BIL tentera. Truk army datang menyelamat keadaan.

  • Kami ke pulau Manukan dengan takda persalinan langsung apatah lagi baju mandi sebab plan yang tiba-tiba. Nasib baik ada baju salin budak2 sorang sehelai.

  • Jadi aku berendam dengan seluar jeans je aku kan memang jenis belasah je. Kalau H memang idaklaa.. dia mana nak kotor-kotor atau selekeh.

  • Tapi, sebab matahari memang panas seolah di atas kepala, copek je jeans aku ni kering.

  • Pulau Manukan amatla cantik seolah waktu terhenti di sana.

  • Kami menaiki speedboat fuyooo ngeri aku rasa ni adalah salah satu fear factor aku la.. Takut ooo naik speedboat. Dahla kena dokong anak pulak. Drebar speedboat tu pulak budak-budak lagi. uiii tak terbayangla keadaan-keadaan ngeri.

  • Kami naik boat dnegan pak arab dan sepasang anak-beranak dari Jepun. Diorang ni memang peramah, pak arab memangla peramah kalau jumpa sedara seIslam cuma masalahnya dia tak sedar yang dia tu bawak escort girl. Hampeehz.

  • MIL pandai menawar. MIL dapat beli mutiara dengan harga murah-murah gile.. jeles I, itu memang kelebihan MIL. MIL sangat sporting dan baik hati orangnya. Saya sayang MIL saya.

  • KK adalah salah satu tmepat yang boleh pergi berkali-kali. Tak puas rasanya. LAgipun masih tak dapat ke Kundasang dan air panas Poring.

  • H sambut bday di KK tapi langsung takda kek or kad. Maaf ya H, keadaan kewangan yang amat teruk lately buat banyak rancangan tak menjadi.

  • Harap-harap H murah rezeki dan bertambah maju dalam niaganya.. Amin.

  • Anak-anak membesar dengan cepat selepas bercuti. Fakhri dah tau kapal terbangbila dengar bunyi aeroplane. Dah boleh makan sendiri dan guna sudu garpu. Faris pun makan sendiri, pandai ke toilet dengan jayanya.

  • Sangat menunggu untuk percutian yang selepas ini.

Okayla. Nanti aku akan upload gambar-gambar terkini.

No comments: