Sunday, July 3, 2011

Lappy dan Jiran baru

Lappy ku rosak lagi, untuk kali ke tiga. Dan kali ini sangat tragedi, tak sanggup aku nak cerita. Kawasan rumah aku betul-betul hotcake sekarang, boleh kata dah takda rumah yang masih kosong, semua tengah renovate untuk diduduki. Rumah sebelah pun tengah renovate, rumah belakang yang 2 1/2 tingkat pun dah di pecah sana sini tataula nak buat banglo macamana lagi. Tinggal tiang je rumah belakang tu dinding semua pecah nak ganti dinding baru.. hmm, banyak duit kan. Apsal la tak beli je rumah baru yg lagi besar ya. Rumah sebelah owner nya cinna. Pagar nya dah bukan pagar lagi dah jadi tembok besar China sebab tinggi agak2 dalam 2-3 meter kot dan solid. Kalau sebelum ni bolehla nampak jiran yang lagi satu dan nampakla pemandangan sebelah kanan, sekarnag mengadap tembok je la.. Elok gak, boleh kitornag decorate taman kecil tu dan belakang pun sekarang dah jadi tembok. Kalau sebelum ni borak-borak dengan jiran sebelah dan boleh dengar suara jiran yang sebelahnya sekarang nie dah nampak dinding je la. Takpe,boleh aku gantung kuali kat dinding belakang. Pelik ya kaum satu nie aku perhatikan kalau kat kawasan rumah aku ada yang pagar biasa-biasa je tapi emmang ada yang pagar setinggi langit sampai tataula tak gelap ke dalam rumah tu dengan awning lagi. Ada buat aktiviti haram ke diroang ni. Yelah macam jiran aku tu biz card dia event manager, sah-sah kelab malam.

Apa-apa pun, aku harap aku akan duduk situ sampai bersara, lepas tu aku nak buat rumah kampung. Sib baik H ada tanah kat kampung kekeke..

No comments: