Wednesday, July 6, 2011

Berita pagi

Setiap pagi di dalam kereta mendengar berita radio yang sungguh menyakitkan. Bukan sakit badan tapi menyakitkan jiwa dan perasaan. Contohnya berita pagi ni:
1. Stadium Merdeka tidak benarkan perhimpunan bersih diadakan di situ
2. Kementerian B&S pun tak benarkan di stadium bukit Jalil..
U know what, mana kebebasan yang dilaung-laungkan tu, apatah lagi demokrasi. Aku bukan nak menyokong bersih, tapi kalau orang minta buat secara aman tak dapat (why not beri kebenaran dan letak polis mearata2) dan lepas tu disekat semua cara supaya tak boleh langsung acara tu diadakan, bukanke ini lagi mengundang pergolakan.

3. Budak darjah 4 mati terkurung dalam kereta ibunya
Aku memang eeii geram betul apalah bodoh sangat manusia yang jadi emak ni. Ya, aku faham kadang-kadnag kita tak boleh nak elak. Anak aku sendiri penah terperangkap dalam kereta (Faris kunci kereta dan aku hampir nak pecakan tingkap syukur H managed to open the door), aku pun tak berani komen lebih sebab aku tak boleh nak pastikan anak-anak aku selamat setiap masa. But, please.. please learn something from quite a number of previous accidents..

Bila baca berita yang sebenarnya aku rasa memang betul-betul kemalangan dan bukan salah ibu. Kecuaian ya kadang-kadnag kita pun takleh elak. Ya Allah lindungilah kami semua.

4. Budak umur 4 bulan mati tersedak susu di pusat asuhan
Ya Allah tolongla.. kenapa kenapa kenapa satu demi satu tetap berlaku. Kenapa pusat-pusat taknak amik iktibar dan lebih tegas dalam perkara ni. Jangan tinggal baby minum sendiri, thats juz it. Bila berita macam ni asyik berlaku, aku rasa dah bukan kemalangan tapi memangla orang Malaysia ni tak penah amik iktibar, so ignorance dan tak bertanggungjawab.

5. Budak 2 tahun jatuh dari eskalator dan maut
Yang ni mungkin betul-betul kemalangan, cuma kalau masih 2 tahun berjalan pun masih bertatih dokongla anak tu especially bila naik eskalator.

Tak pernah rasanya dengar berita yang menarik bila pagi mesti berita tragedi.
Dan pagi tadi ada kemalangan di NKVE membabit teksi. Bila tengok je teksi aku rasa teksi kat Malaysia ada satu pesenla.. Pesen yang diorang rasa jalan tu diorang punya dan agenda diorang je paling utama, so orang lain heiii pegi kau aku nak jalan ni.. Aku nak cepat hantar penumpang ni.. Aku memang ada tanggapan yang "hmmm, teksssiii". Sebab teksi nie dahla buruk, taktauke nak jaga teksi tu sedangkan itu punca rezeki kau. KAu tau tak, teksi kat negara lain - mungkin negara maju semuanya cantik dan di jaga dgn baik. Tapi teksi kat Malaysia, selagi boleh lenjang, lenjan sampai habis. Selagi boleh langgar apa-apa, langgar je asal kau boleh jalan. Sikit-sikit hon kalau ada kereta lain yang menghalang pergerakan kau.. Bukan setakat tu, malah teksi la yang suka menyelit suka potong suka-suki, suka himpit-himpit.. Kau ingat bila kau buat macam tu orang doakan keburukan untuk kau, berkat ke rezeki kau nanti.

No comments: