Wednesday, April 29, 2009

Berbahagialah bapak dan emak di sana

Mum passed away at 0235 hr, 25 April 2009.Banyak sangat perkara yang ingin aku catatkan sebagai kenangan tapi aku juz tak mampu nak mereka ayat yang terbaik. Best entry on my Emak. Bila search blog, hampir dalam semua post ada mention tentang emak.

Ya, semua orang pun macam tu. Tak dinafikan. Dan ini adalah cara aku untuk menggambarkan istimewanya emak dalam hidup aku.

Alah menetapkan rancangan pemergian emak dengan tepat dan sempurna.
1. Emak pindahkan semua simpanan tabung haji ke ASB Ejal pada hujung tahun lepas.
2. Emak dah bagitau Ejal akan warisi rumah emak.
3. Adik, Nina balik dari Sarawak dan kembali menetap di sini. Ludin baru je balik dari Sabah 2 minggu lepas setelah 2 bulan di sana.
4. Emak kemas rumah sendiri akhir-akhir ni walaupun aku dah minta jiran, Kak Ida utk kemas. Tak sempat kak ida nak datang.
5. Emak tak terus tempah kain yang diberikan oleh Waheed, pakistan yang jual kain and memang sangat baik dgn kitorang pada Berry. Padahal berry dah berapa kali datang rumah. SEtiap kali aku tanya emak, "Emak, bariah datang tu nak tempahkan tak bajunya". Mak akan jawab dia tak sempat cari baju contoh dan aku pun tak bother nak carikan padahal banyak je baju emak dalam almari.
6. Sejak kebelakangan ini aku selalu minta mak masakkan makanan kegemaran aku tiap kali balik ie: sardin, telur sambal,telur tumis, asam pedas terubuk, terubuk bakar, tempe masak tumis, tumis betik, ikan kering tenggiri, nasi goreng...
7. Kes lauk sardin, emak masak sardin... aku balik petang ingat nak makan malam tu lepas kenduri, nakijah (kakak aku) suh tunggu lauk kenduri.. tapi lambat. So aku tumis telur dulu sbb emak dah nak makan. Alih-alih sardin gone padahal dah tinggal kuah.. 'makcik tu' amik. Aku bengang gila dan membebel. Emak nak masakkan tapi aku cakap tak payah. masa nie hari Ahad, Faris pulak demam malam tu.. Aku balik sendiri H takde, Ejal and Abang Zul kerja. So aku ajak Nakijah kul 3 pagi ke Pantai Klang. Esoknya, faris terus urut dgn Wak Saadah. Second berurut hari Rabu yang aku tekad mesti pegi jugak. Hari Rabunya aku balik (lepas mak call tanya balik ke tak seperti biasa), tengok-tengok emak masak Sardin. Itulah Sardin terakhir mak yang dapat aku rasa (dlm bulan 3 kots).
8. Emak akan call berkali-kali kalau aku cakap nak balik tapi lewat sampai kadang-kadang aku malas nak amik. Ini antara kejahatan aku, now H cakap balik pada aku, "itulah, dulu mak call taknak amik, sekarand dah takde sapa nak call".
9. Aku balik dalam no 7 tu sbb kawankan emak, Ejal pegi Rompin memancing. Seronok betul, aku paling suka pagi-pagi bangun tido lepak dgn emak depan tv sambil tengok luar. emak akan breakfast dgn oat dan susu.Petang pun sama, lepak depan rumah Abng Zul sambil bagi mamam Faris.
10. Aku berpantang sebulan kat rumah emak dan seminggu masa keguguran, bila balik KL aku nangis dalam perjalanan. Malah tiap kali balik KL aku mesti sedih dan teringat-ingat emak. Nasib baiklaa tak ikut kata hati nak pindah rumah masa single dulu.
11. Hari Ahad lepas, ssebelum emak takde ahad terkahir kami lepak-lepak dgn kak izah, kak nor, abang zul, ejal, ipul, faris dan kawan-kawan ejal. Nie laa geng melepak tiap petang. Kami borak-borak cerita dah lama tak buat makan-makan, last sekali masak bday Faris. Rasanya kami memang suka dan kerap buat makan-makan ie:kenduri, tahlil, marhaban, bawak ke surau. Emak cakap dia nak buat tahlil untuk kawan-kawan perempuan. Siapa sangka Ahad lepas sehari selepas pemergian emak kami buat tahlil kawan-kwan perempuan (kawan emak yang request).
12. Bulan nie gaji aku start kena potong utk housing loan dan bulan ni aku dah tak payah bagi emak.. hmm, emak nie macam tahu-tahu je aku dok pikir pasal pembelanjaan cukup ke tak bila gaji kena potong. yelah, sebenarnya tak kisah pun tp ada juga terfikir.
13. Sejak tahun 2000-2006 kami sempat berterwakih bersama di surau dan aku mmg sering ikut emak ke pengajian (dan tidur ketika pengajian!!! tahlil aritu pun aku tido). Aku akan bonceng emak, atau emak pegi dulu dan aku datang lambat.. emak akan reservekan tempat utk aku disebelah dia. Ya Allah, itulah saat paling bahagia dan cium dan peluk emak setiap kali lepas solat. Kami akan terawikh sampai 22 rakaat dan minum kopi lepas tu. Aku mesti bawak setupperware kopi balik. Emak pun tiap kali ke surau malam jumaat mesti bawakkan aku kopi.. yupp aku suka sangat kopi surau. akhir-ahkir nie penah berborak dgn emak pasal kopi surau. Emak kena strok lepas seminggu raya 2006, dan aku kawin dec 2006. Maksudnya itulah terawkhir terakhir kami di surau. Masa aku tunang emak sihat, masa aku kawin emak bertongkat. Dan Emak sihat selepas itu cuma mmg nampak tua dan sakit.. aku sering merenung muka emak dan berfikir tuanya emak aku. Padahal Emak baru 65, MIL lagi tua. Mungkin pengalaman membuatkan emak nampak lebih tua.
14. Kawan-kawan rapat emak yang lebih muda dan bertenaga ramai yang dajh pergi dulu. Cik Jah Yahani kawan yang menumpangkan emak ke kelas-kelas pengajian meninggal pada tahun lepas sebab kanser hati.
15. Aku dan emak selalu pegi ke ceramah2.. ahhh kalau ingin diceritakan aktiviti yang aku lakukan dgn emak memang endless list. makan di giant, kadang-kadang aku saja amik cuti utk ajak emak ke giant atau mydin. Masa ipul belum sekolah lagi best.. dia ikut sekali sampai ada sekali tertinggal di lif mydin. Terus jadi trauma dgn lif.
16. Ajak emak ke rumah nakwa (kakak 3rd) di kapar lepas ofis.. makan-makan, borak-borak.
17. Ajak emak ke aktiviti yang aku takde kawan ie: wedding kawan-kawan.
18. Sempat munyikan emak utk jiran yang baru bersalin (lama dah tapi asyik tangguh-tangguh tu pun sampai emak bebel2).
19. Aku mesti tanya emak kalau cerita yang aku tak sempat tengok ending ie: cerekarama (aku tetido), sinetron liontin.
20. Emak tak boleh miss sinetron intan sampai aku bengkek je sbb tengah tengok cerita lain pun emak alih.. heheh..
21. Emak boleh menulis ie: no telefon dan aku ada simpan beberapa tulisan emak sebagai kenangan (mum was illiterate).
22. Emak dah tak suka diambil gambar sejak kena strok dan aku pun sibuk amik gambar faris sampai tak amik gambar emak.
23. Emak bersusah payah masak utk kawan-kwawn yang datang masa berpatnagkan faris dulu walaupun aku cakap tak payah. Tapi tuhlaaa.. emak buat jugak walaupun penat2.
23. Emak pegang dan pangku Faris dgn kerap sbb tu lah agaknya emak agak rapat dgn fAris. Faris pun tahu Nenek takde. dulu kalau tanya "nenek mana" Faris akan tengok ke arah katil, now takde dah.
24. Sempat bawak emak dan nak ijah and ipul dudul di Grand Season masa TM Nite. Emak suka betul time tu. H pun ntah kenapa sanggup carikan Nasi LEmak Ayam kampung untuk emak walaupun gerai agak jauh. Faris suka sangat masa tu.
25. Emak langsung tak penah mention pasal tinggalan barang kemas, cuma dia seallu cakap barang kemas itu adalah untuk dia bila dia susah. Kami jual dan masukkan ke dana surau kecuali ada dua gelang dan cincin emak aku akan beli sebagai kenangan yang amat terindah.
26. Emak siap basuh baju masa hari terakhir di rumah... tak tinggalkan baju kotor. Tapi dia makan bubur... (tak sihat). Kak Asmanah orang terakhir berborak dgn emak masa mengurut.
27. Emak cakap dia tak sihat,gegernya panas, nafasnya macam sesak, sendinya sakit masa aku balik, tapi aku buat tatau.. aku menyesal... yeee.. ini di antara things yang aku jahat.. tak endah kesihatan ibu. '
28. Aku miscarriage, bayangkan kalau aku masih mengandung mesti bebannya lebih berat untuk menghadapi kenyataan ini.

Hmmmm.. banyak lagi... Emak, aku betul-betul merindu ibu. Terbayang-bayang pergerakannya, suara, rupanya.. takkan hilang. SEperti aku rindukan bapa... Semoga emak dapat berjumpa bapak (jumpa tak ya) di sana.. dan aku bayangkan diroang tengah borak-borak, cerita pasal anak-anak dan cucu-cucu. Aku ingin mimpikan emak satu hari nanti tapi bukan sekarang kerana aku masih lemah...

Takde banyak yang aku terkilan sebab rasanya emak agak senang di penghujung hidupnya.. emak dapat travel ke merata negeri tengok cucu-cucu membesar dan sentiasa ditemani anak-anak. Cuma, kalaula Abang baik dgn emak.. mungkinkah usia emak akan lebih panjang.........

5 comments:

ninoZ said...

takziah nic..
semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yg beriman di sana....
aminnnn...

me still ingat pulut serimuka n sambal goreng masakan your mother yg sungguh sedap..

eh..bila miscarriage?

sha said...

banyakkan bersabar... aku pun terasa amat kehilangannya, padahal masa aku datang rumah ko masa yang nak gi munyi rmh nor tu, aku mamng nak masuk jumpa mak ko, tapi mak ko solat.. jadi tak jumpa mak ko time tu...
aku terkilan sikit sebab dari time ko kenduri nak bawak nenek aku jumpa mak ko tapi aku tak bawak...
sorry....

aku akan ada sentiasa di sisi jika ko nak mengadu apa2...

Eilla said...

kak nic first nat nak ucapkan takziah pada kak nic.sedih kita baca kak nic punyer notes and serious im damn jelaous sebb kak nic byk activites kak nic buat with ur mom utk dikenang rather than me.im not that close to my mum compare to u.there;s big gap between me and my mother since i was child.she always ignored me and maybe almost forgot that i'm one of her daugther.so saya membesar dgn sendiri depan mata mak.but i never forget to wish her a happines every year during mother's day and her birthday.every hour in my pray.so i hope my mum akan sedar tentang kewujudan saya so i can spent all the time i have with her before i lose her.

cik puan daun said...

takziah kak.. :(

*kite menangis la pulak.. :(*

Nic said...

Kak Nadia,
Akak.. heheh.. sambal goreng tu mmglaa my fav boleh simpan lama kalau mak buat sbb sayang nak abiskan..

miscarriage last feb/march kots.. kan kena chix pox tu yang maybe takde rezeki..

Berry.. rumah aku usnyi jek sekarang.. kalau balik rasa ikshhhhhh... undescribable.. aku akan pegi setiap ceruk dan ingat balik kenangan mak aku..

Nat.. fikir jeklaa buat yang terbaik semasa hayatnya masih ada..walaupun emak tak persaan, insyaAllah Allah akan beri balasan baik..

Daun.. kitorang nak pegi amik perempuan simpanan sambil muyi pun tak tersempat.. iqbal pun dah oegi sekolah (nursery )