Monday, January 20, 2003

Its hard to let Mom go

Its Monday again, a beginning of another week in this year. No more a so called new year dah. And its me again, in pastel orange today, a baju kurung belong to Nakwa but mine now. Hmm, banyak yang aku nak cerita, and aku taktau nak ceritakan dengan baik dan menarik, even though aku try nak buat writing aku nie menarik, I just cant get the right flowery word.

Satu cerita kisah benar yang aku nak ceritakan hari ini is about Ibu.. and how much I miss my mother at this very moment. Banyaknya perkara yang nak aku ceritakan about my mother, kalau boleh semuanya aku nak luahkan sekaligus.. tapi, I will end up forget a lot of things, tapi aku try..

Emak dah selamat berangkat untuk menunaikan haji hari Ahad lepas. Kami bertolak dari umah kul 12.00 malam sabtu malam ahad tu. Aku ambik cuti hari Jumaat tu coz to be with Mom. Ramai sangat orang datang menziarah emak. Kiranya memang lebih dari hari raya, aku tak berenti buat air and hidangkan kuih. Nasib baik, aku nie rajin gak buat kuih and goreng empeng.. so, at least ade jugak kuih nak dihidangkan. Hari Sabtu malam makin ramai orang, sampai sesak umah aku. Hmm, tu baru ade sedara belah emak jek.. Kalau sedara belah bapak pun ada kat sini, memang tak muatla rumah gamaknya.

Sampai kat Kompleks Tabung Haji yang just a walk away dari umah Kori, hmm.. penah gie umah dia few times, tak masuk.. just samada ambik dia or jumpa kat luar.. very realkan, memang ramai orang.. Oklah, just aku cam sort of terkilan tengok some people yang tak hormat tempat tu. Adela bebrapa orang yang tak tutup aurat.. malah ade few girls nie ngan selambanya dok mendedah-dedah.. Aku hope parents diroang pegi haji dgn niat yang ikhlas, bukannya just for the sake of pegi ke Mekah.. tapi taktau apa tujuannya. Emak few days tu memang nampak sedih sangat, hmm.. aku pun turut sedih nengok mak aku. Tapi aku tau, sebenarnya emak happy.. cuma yelah, sedih untuk tinggalkan anak-anak, tapi dia happy.. itula impian dia selama nie. Emak check in pada jam 4.00 am.. Aku peluk mak dua kali, tak tertahan masa tu.. Memang nangis.. Teruk gak, even memula tu aku tak sedih and paling macho.. tapi rerupanya aku just pretending. Adik lagi teruk, memang seminggu lagi dia dok nangis jek. Atika pulak meraung.. kekekek, apa nak buat, being the only granddaughter in the family, dia memang manja sangat ngan emak. Bobo aka Shaiful plak dok cakap "Nenek nak naik kapal tebang". Tapi aku tau, mak akan ok.. sbb alhamdulillah.. dia dpt pegi ngan kawan-kawna dia.

Nak cerita tentang emak.. Hmm, semua orang ada ibu.. and semua ibu adalah istimewa. Semua orang akan admire ibu masing-masing and semua orang akan cakap yang parents diorang is the most special person in the world. Yupp, setuju tu.. and kat sini aku nak cerita kenapa emak aku tersangatla special. In fact, emak ada satu-satu yang aku paling sayang..Even, I am not being an angel .. aku akui aku selalu hurts emak, aku selalu terasa ngan emak.. aku selalu rasa emak salah, aku selalu geram kalau emak suh buat itu ini. aku selalu tak setuju ngan emak.. Tapi, still dlm semua jahat-jahat aku nie, emak jugak yang pertama aku cari kalau aku ada problem, kalau aku rasa susah..

My mother came from a actually not so difficult family, tapi.. ntah.. emak menjadi mungkin anak yang kurang disayangi kot. Kan selalunya dalam satu-satu family tu mesti ada sornag anak yang kurengg sketkan. So, emak dari adik beradik dia 12 orang tu.. emak sornag jek yang tak disekolahkan, and emak terpaksa gie menoreh, menebas, petik kopi and kutip nenas untuk bantu keluarga. Kalau dengar cerita emak menoreh, jatuh parit, kena parang, kena ganggu emmang aku sedih.. Emak kena masak, emak kena basuh baju.. sedangkan adik-beradik emak yang lain semau ke sekolah, gie tnegok wayang, masuk kumpulan nasyid, belajar mengaji.. Emak sorang jek yang tak glamer. Emak kena pukul ngan nenek kalau lambat masak. Arwah Nenek aku memang tersangat garang orangnya. Emak anak ke 5. Adik-beradik emak semua not bad, even tak sekaya or secemerlang orang lain.. tapi semuanya ada rumah besar, and semuanya glamer-glamer. Abang emak jadi imam utama di PElabuhan Klang, adik emak yang emak jaga and dok ngan emak dulu.. now jadi topman polis.. and semua ops ops tu dialah yang punya. And few others yang tak kurang harta. Tapi, emak ada apa?? Emak tak punya apa-apa.. Emak dikawinkan masa umur dia 17thn dengan orang yang agak tua.. Emak tak bahagia, lepas dpt Kak Nor emak minta cerai tanpa sebarang nafkah. Kak Nor ikut emak.

Lepas tu emak dikawinkan pulak ngan bapak.. seorang mamak yang punya kedai, yang punya kereta, elektrik untuk kesenangan adik beradik emak I guess. Sebab nenek tak suka kat bapak, nenek tak penah jejak umah kitorang sampai aku lahir. Emak tak suka bapak, tapi sekali lagi emak terpaksa.. Hidup emak memang susah even ngan bapak. Emak selalu dicaci cerca, well.. aku tau this is true coz kitorang pun selalu kena.. Yelah, anak keling kan.. Even bapak kaya, tapi bapak takda tanah.. bapak menyewa kedai.. And bapak selalu tinggalkan emak untuk balik India. Kalau bapak balik India emak cuma boleh ambik barang RM30 sebulan, and emak masa tu ada anak-anak kecik.. Nak Ijah, Abang and Nakwa. The reason kenapa Nak Ijah and Abang kurang rapat ngan bapak sebab bapak tinggalkan diorang masa diorang bayi. Tapi, lepas tu bapak dah jarang tinggalkan emak. And masa tu adik-adik emak duduk ngan emak sebab bapak dpt sekolahkan diorang. My mother is a true survivor.. Emak sangat tabah dan gigih mengharungi hidup dia. Bapak, being a mamak hmm, akui terpaksa akui.. but, aku pun mamak bread gak was a very fierce man, panas baran, belum lagi bab kedekut tu semua. Tapi aku tahu, emak sayang bapak.. aku pun rasa bersyukur dilahirkan dlm keluarga nie, aku lain dari orang lain.. Kitoranga dik beradik selalu jadi tumpuan kalau kemana-mana. Kalau tengok gambar ngan cousins2, kitoang nampak cantik ahaksss.. perasaann Setiap kali bapak tinggalkan emak, emak terpaksa kerja kat kedai untuk cari duit.. hmm, cannot remember semua cerita emak..

Tapi, dari apa yang aku boleh ingat masa aku kecik-kecik dulu, bapak decide untuk bukak satu kedai kat Bt 8. So, now.. kitorang terpisah. Emak ada kedai sendiri kat Jln Chempaka yang 3KM dari kedai bapak. Emak terpaksa jaga kitorang and jaga kedai sekali gus. Semua kedai-kedai nie sewa, so.. orang selalu hina kitorang sebab dok kat umah sewa. Yelah, bapak mana ada tanah kat sini. Emak pulak ade tanah sikit jek kat hutan. Tanah yang emak dpt kat tepi jalan tu dah di ambil abg emak.. Emak macam biasa, just mengalah. Emak and bapak memang garang ngan kitorang, puas kena rotan, kena celup dlm parit and kena kerengga. Hmm, abang.. sebab emak dok sibuk kat kedai kena polio masa dia kecik. Abang dibiarkan main hujan. Syukur abang sihat dan normal sekarang, cuma ada sikit kelainan pada mulut dan kaki. Kalau tak, mesti abang hensem macam bapak and macam ejal. Orang selalu ejek abang, orang selalu ejek aku sebab ade abang macam tu. Ahh, lantakla apa orang nak kata.
Kitorang dah biasa hidup tanpa bapak. Setiap 2/3 tahun bapak akan balik India, aku memanglaa meraung-raung tiap kali bapak check in kat Subang. Nakwa anak kesayangan bapak, sebab dia paling selalu tolong bapak kat kedai. Bapak nak abang warisi sifat buss minded dia, tapi abang melencong masuk ke bidang mekanik. Ade satu masa tu abang tertumpah air teh tarik kat atas buku penghutang bapak. Bapak marah. Bapak tampar and sepak abang. Abang merajuk. Tapi even bapak macam tu, dia sebenarnya sayang kat kitorang.. Bapak menangis masa abang masuk IKM kat PErak, bapak masukkan tepon semata-mata sebab senang abang nak call. Bapak berhabis macam-macam masa Kak Nor and Nak Ijah kawin. Bapak, macam emak.. sayang sangat kat Abang Zul, suami Nak Ijah. Tapi Abang Zul memang baik.. aku pun sayang dia, dia macam abang sendiri. Aku ngan adik yang dpt banyak bermanja ngan bapak. Sebabnya masa tu bapak dah kurang garang (sbb dah kurang tenaga kot, sbb dah mula ada penyakit). Bapak dah kurang rotan kitorang. Aku mesti ikut bapak tiap kali bapak nak kemana-mana. PEgi belanja kat Telok, gie tengok Nakwa kat SMSS, gie bank.. LAgipun masa tu bapak dah selalu balik kat umah. Ejal jek yang kurang sket sebab Bapak meninggal masa dia kecik. Tapi bapak paling happy masa ejal lahir. Sebab dia memang suka anak lelaki. Masa Emak sakit bersalinkan ejal, bapak pun masuk spital sebab gastrik. So, masa tu kelam kelibut sebab dua2 kat spital. Nasib baik masa tu abang dah ada lesen kereta.

Emak masih lagi struggle bila bapak tak dok sekali. Emak naik motor sejauh 6KM utk belanja kedai, emak antar makanan pada bapak tiap-tiap tengahari and malam. MAsa tu, aku selalu merungut sebab kena anatar makanan kat bapak sebelum ke sekolah ugama. Bayangkan, aku terpaksa naik beskal sejauh 3KM ke kedai bapak and pusing balik 1.6KM ke sekolah. Kalau aku taknak, emak akan rotan aku teruk-teruk. Adik untung, adik tak kena macam nie. Adik memang manja.. baju dia semua digosokkan. AKu, semua kena buat sendiri. Tapi yelah, bila adik ada, keadaan dah mula senang.. Kitorang dah pindah dok ngan bapak, bila bapak beli tanah untuk buat rumah kat Bt 8. Oh ye, sebelum tu masa bapak ada kedai kat Bt 8 tak jauh dari umah kitorang tu.. Kedai bapak sebelah umah aku sekarang nie.. Umah sekarang nie kire macam umah hantu. AKu sampai takut nak pandang kat umah tu. Sape sangka, last-last jadi umah aku pulak.

Kalau nak cerita, jawabnya tak cukuplaa blogger nie. Takpela, pendek-pendekkan. Tapi satu hari nanti nak cerita gak everything, semua pengalaman pahit manis keluarga aku. Hmm, Bapak start dpt gastrik and kencing manis masa umur dia 40++ thn. So, selalu dok ulang alik spital. Dah jadi umah kedua. Mana tak ye nye, bapak suka sangat minum teh tarik manis-manis. Kitorang punyalaa susah hati kalau bapak masuk spital. Emakla paling kesian. Mana nak jaga kedai. Masa tu pulak semua masih sekolah. Hmm, bak kata emak now.. masa tu buat makanan skit pun abis licin. Semua jenis yang kuat makan. Kalau ade kenduri tu sampai berebut. Tapi now nie, dapat lauk kenduri pun kekadang buat tak pandang jek kitorang. Dulu emak mmg masak sedap-sedap sebab bapak suka makan. Masakan emak lain dari orang lain, ngan kari dia, dalca, roti canai, sampaikan megi pun ala mamak. Kekekek.. Nasib baik aku tak pakai sari kat umah.

Emak, masa ngan bapak memang kurang sket pengetahuan agama. Bapak bukannya tak alim, tapi bapak kurang care kat kitorang. Yelah, dia takde.. sapa nak kisah kitorang solat ke tak kan. Aku rasa saat paling seronok masa kitroang dah start dok ngan bapak kat umah depan kat Bt 8. MAsa tu memang bahagia and kitorang pun dah senang ada umah sendiri. Orang pun dah takde nak mengata lagi. Tapi tak lama, bapak pulak meninggal.. And emakla orang paling sedih. Emak sedih sampai jatuh sakit. MAsa tu aku dah ke US. Emak skait teruk berbulan-bulan. Sampai takleh bangun. sAmpai doktor kata dah takde harapan. Lepas tu, umah kitorang pulak kena ambik ngan pemaju. Terpaksa pindah ke umah jepun yang dah usang dan rapuh cam biskut tu. Abang pulak ade sekali tu accident, tangan dia kena api. Umah nak ijah yang baru buat kena roboh sebab pakcik nak ambik tanah tu. MAcam-maca dugaan masa tu. Aku taktau mak sakit, aku tak rasa deritanya. Sampai sekarang bila diorang cerita sambil nangis, aku takde idea how bad was that. Tapi alhamdulillah, Allah maha berkuasa.. Emak sembuh. MAsa tu emak mula join semua aktiviti agama kat kampung.. Emak belajar mengaji. Sebelum tu, emak taktau baca jawi.. Oh, did I say that My mother is an illiterate person??

Aku, impian aku cuma satu selama nie.. nak balas jasa ibu bapa aku. Sebab aku tahu betapa susahnya hidup kitorang. AKu taknak mak susah payah jaga kedai. AKu nak bagi emak and adik-adik the best medicine bila diorang sakit, takdela dok telan panadol jek. AKu kesian tengok abang keje teruk-teruk siang malam untuk sara kitroang. Aku nak bapak aku dok umah and just relax. Oh ya, bapak sebenarnya seornag yang suka berjalan.. i mean, travel. Tapi since kitorang takde duit, so selalu bapak just ajak gie Morib. Tapi paling best sebab tiap kali malam raya kedua, bapak akan ajak ke Great wall. MAsa tu, great wall was the only supermarket kat Klang. So, masa tulaa aku dpt mintak pensil, kaler, teddy bear..
And sebab kenapa aku engine instead of medicine pun sebab aku nak keje awal. Hmm, Syukur sebab aku dpt scholarship and takyah mintak duit abang utk sambung belajar. SEriusly, masa tu kalau dpt local u... ntah macamana nak cari duit untuk bayar yuran before dpt loan.
And now... ALhamdulillah.. Walaupun tak mewah, tapi cukuplaa... And Emak dah pun dapat menunaikan impian dia selama nie. Aku rasa lega sebab dapat buat yang terbaik untuk emak. Aku just nak bahagiakan emak jek.. Setelah puas hidup susah. Emak tempat aku mengadu, kawan aku kemana-mana (gie beraya pun ajak emak), tempat aku mintak tolong sidai baju kalau tak semapt.. emak setia antar & ambik aku ke bus stop tanpa merungut even dia taknak bawak motor, despite aku selalu merajuk sebab emak lambat. Emak akan beri duit dia kalau aku takde duit.. Emak antar pelbagai makanan and majalah, baju masa aku kat states dulu.. Emak berkorban rancangan tv kesukaan dia sebab aku nak tengok cite omputih. Emak, walau apapun yang aku buat.. emak sentiasa menyokong and tak penah marah aku. Shes quite fussy, but it is all for the better. Aku tido ngan emak sebelum adik balik and dok kat umah. Aku tak sampai hati untuk tak makan masakan emak aku, well the fact is.. even aku dah kenyang ke tak, tiap kali balik umah aku mesti makan masakan emak. No wonder why I am getting fat huhh. I miss my mother.. Sekarang baru terasa ketiadaan mak. Emak tak penah gie jauh, the farthest is Muar.. Emak tak penah naik kenderaan selain bas, motor dan kereta.. Emak tak penah guna public phone, emak tak penah dok hotel.. emak tak penah gie uruskan sesuatu sorang.. Emak paling tak suka guna public toilet, emak tak penah makan guna sudu dan garpu, emak tak suka makanan selain masakan melayu, burger pun baru few years nie emak makan, emak tak penah pakai seluar panjang, emak tak penah pakai t-shirt.. Emak tak penah jejak KL, emak taktau apa itu ISA or Political freedom, emak taktau cakap english walau sepatah pun. My mother is a very conservative, old-fashioned, kampungan woman.. yet, my mother is the strongest and toughest person I ever find.


Arrghh, PC aku sangatlaa jahat ari nie. Dahla dok dpt email virus dari PG (I think her PC was full with virus.. too much of a chat), pastu ade unwanted pop up program, pastu dok hang dari tadi.. 4 kali restart ari nie..


No comments: