Alaaa.. bencinya. Sekejap je dah abis raya. Baru je rasa hari pertama puasa. Masak apa ya hari pertama puasa tu, tak ingat.. Tahun ni aku buat strategi baru, kalau dulu sorang-sorang mmg sempat jek masak balik dari ofis. Tapi kali nie nak melayan Faris pun dah ambik masa. So, aku pun set target, masak main dish (ikan/ayam/daging) waktu malam, dan siap-siapkan sayur petang balik terus masuk kuali. Dan masak malam tu ialah selalunya jam 1/2/3 am sbb lepas buka bila tidokan Faris, aku pun tergolek dog sekali, malah H balik dari kedai pun aku tak sedar. Kalau sedar tu eloklah boleh buatkan dia air, solat jemaah isyak dan terawikh. Kalau tak memang hmmm burnla malam-malam Ramadhan ku begitu sahaja. Again, aku memang suka bulan Ramadhan dan salah satu sebabnya aku boleh datang kerja awal. Sedangkan bulan lain, arrghh tengok jekla hari ni aku dah mula datang lambat (dan bayar parking).
Hari Raya, one of the two happiest days in the year (another one is birthday). Tahun ni aku berazam nak bawa Faris sekali menunaikan solat Sunat Raya. Alhamdulillah, Faris memang senang diuruskan dan dia okay je kat surau. Dia pakai baju melayu kain kotton kuning yang Cik Ariah buatkan. memang adorable.
Tapi tak banyak rumah sangat dapat di ziarah tahun ni sbb rasa macam tak cukup masa dan byk rehat bila faris tido, tahulah si kecik tu kalau tido kena senyap2 tak boleh di angkut-angkut. Bapaknya pun sama asyik nak tido je, tensen waaa yang semangat asyik nak jalan ni.
Kitorang, aku dan h doklaa wish kan best kalau hari nie minggu lepas (Rabu, first day raya) and sikit2 alaaa.. raya dah abis. Hmmmmm.... SEronoknya hari raya. Semoga bertemu lagi lagi Ramadhan dan Syawal yang mendatang. Semoga semua ahli keluarga dikurniakan kesejahteraan untuk berkumpul di Syawal tahun depan.
Hari raya keempat kami ada perjumpaan keluarga di sebelah emak saya. Seronok sangat.. nanti aku upload gambar. Gambar dah ada dalam laptop tapi tak menyempat nak upload.
No comments:
Post a Comment