Cuti-cuti pulau : Pangkor
Pangkor, kalau tak dapat pegi Langkawi, pegi Pangkor pun jadilah. Tapi, tak lengkap seseorang tu kalau tak pergi Pangkor kan. Tapi, aku sebagai orang yang kuat berjalan nie, memang tak pernah pergi Pangkor. Pernahlah dulu masa outward bound school dua kali kat Lumut tu. Tapi tu cuma singgah di kampung nelayan pangkor tu je utk lunch. Singgah? nak kemana and naik apa... masa OBS tu, kami berkayak dari Lumut ke Teluk Batik menyusur pulau Pangkor sejauh 25km. Masa OBS pertama, kumpulan kami tak dapat sampai ke Teluk Batik on time dan terpaksa singgah di salah satu pulau untuk bermalam. Pulau tu cuma ada telaga yang kering jek, dulu-dulu bolehla hidup ala-ala survivor, tapi sekarang nie aduhaiii.. paling tidak pun kena tidor di hotel 3 bintang. Berlagaknya, taklah cuma kalau ada bajet tu bolehla dapatkan sedikit keselesaan. Tapi, tido khemah tu rasa-rasanya mmg dah tak sanggup, sakit badan! Sama jugakla, dulu berkayak meredah lautan dan bersaing dengan kapal-kapal besar tak rasa takut, sekarang nie dalam swimming pool pun rasa panic semacam. Ada kaitan dengan sifat kot. Penakut dan insecure. Bila tak berpijak tanah atau berpegang pada apa-apa, rasa takut yang amat sangat.
Kereta I walaupun hari-hari jalan jauh, tapi jarang jalan jauh untuk bercuti. Tapi kali nie kebetulan tempat yang dituju lebih senang melalui jalan persisiran pantai, maka lebih jimat bawa kereta sendiri. Perjalanan kami melalaui Sijangkang-Kapar-Kuala Selangor-Tanjung Karang-Sungai Besar-Sabak Bernam-Teluk Intan-Setiawan- Lekir (wajib taruh nie)-Lumut.
Banyak hikmahnya join trip ke Pangkor nie. Walaupun aku nie geju yang pasif, tapi event demi event ada jugak bertambah kawan baru. Walau tak ramai, sorang dua pasti ada yang menambah perimeter bulatan kawan aku (circle of friends) hehe. Gue kan pemalu.
Cerita penuh hanya boleh diabadikan dalam kenangan dan gambar-gambar, tak mungkin terungkap segalanya disini. Gambar pun tak banyak, keadaan kamera yang agak uzur buat aku rasa malas nak klik klik.
Pinjam buku di librari KL. Bila asyik baca novel creative dan Alaf, lupa pada novel-novel sastera. Dulu, publisher kegemaran pasti K publishing, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Marwilis. Novelis kesukaan pulak ialah Khadijah Hashim, Khairuddin ayip, Othman Puteh dan Azizi Hj Abdullah. Sebenarnya sampai sekarang karya diroang tetap menjadi pilihan, cuma dah jarang berjumpa. Mungkin hanya boleh jumpa di perpustakaan. Pinjam buku Mencari Azizah karya Khadijah Hashim, memang menarik cerita tentang Azizah yang melanjutkan pelajaran di States sambil mencari ayahnya. Teringat balik zaman berkampung di Columbus dulu. Sejibik. Kerja sambilan sebab nak cari duit utk beli corelle dan vision, pelajar Msia yang suka travel.. Last-last sekarang vision aku berabuk dalam almari tak guna pun. Cuba bygkan kalau duit USD tu dulu convert kepada RM dan simpan dlm ASB 6 tahun. Peer pressure lah masa tu. Nway, balik kepada novel, novel dulu-dulu tak payah nak dialog speaking pun, tetap menarik dan boleh difahami. Satu perkara aku tak suka pada novel sekarang nie, suka sangat speaking.. Dialog mesti nak cakap London, dahla kadang-kadang grammar tak betul.
oh.. Pagi jumaat lepas aku terlanggar kucing di rumah. Aku tak perasan ada anak kucing bawah kereta, padahal aku dah panaskan enjin lama, tapi kucing tu masih tak beralih. Bila aku dah drive keluar, terdengar bunyi decitan.. aduhh, nasib baik bukan Suzzy, kalau suzzy, mahu aku berkabung seminggu.
Patutlah beberapa hari di minggu lepas aku terasa ngantuk amat sangat dan setiap malam aku tetido tanpa memakai krim malam. Nak demam rupanya, mesti sebab suka mandi lewat malam dahla cuaca sejuk. Tobat lepas nie taknak dah mandi malam. Aku pentingkan kesihatan, sebab tu kan salah satu nikmat yang kita boleh dapat sendiri. Maksud aku, kecuali jodoh yang lain aku boleh usahakan.
1 comment:
ko dah baik demam dah, aku tak copy paste lg projek sotong kering tu, tapi gambar aku dah upload...
kalau nak mandi malam jgn lupa mandi air suam....
take care... bila aku nak bayar hutang ko yek... hehe berapa semua ek?
Post a Comment