20 tahun yang lalu, 1985
Darjah dua, dilantik jadi penolong ketua kelas yang bertanggungjawab hantar buku kedatangan ke pejabat. Tapi, aku taktau kat mana pejabat. Guru Kelas, Cikgu Rosnah, cikgu English, Cikgu.. err takinagt, tp aku berubat dgn suami dia tahun ini. Heheh. Cikgu math, Cikgu Ali yang garang, tp agak gatal. Seperti biasa, masa lower standard, pertengahan tahu mesti dapat nombor teruk, tp akhir tahun aku top 2. Dapat adik lagi, lelaki kali nie, Mohd Faizal. Masa emak lahirkan faizal, kedua2 parents aku kat hospital, emak nak bersalin, bapak kena gastrik. SEdih sangat masa tu. Tapi, aku sayang sangat faizal. Akulah yg tukang mandikan, pakaikan baju etc. Maybe sebab tu kami rapat sekarang.
15 tahun yang lalu, 1990
Tingkatan satu. Dapat 5A dlm UPSR, nak sangat masuk asrama, terpengaruh dgn buku Enid Blyton. Tapi, tak dapat. Puas bapak usahakan untuk aku masuk asrama. Aku pun dok telefon mcm2 sekolah (heheh, i don't know how i did that), tapi tetap hampa. Memula rasa benci kena masuk SMKTPG. Sek yang penuh dgn reputasi buruk. Tak suka sesi petang, dgn bas sekolah yang sadin lepas tu kalau ada polis, kena lalu jln jauh utk elak polis. Penah cuba naik basikal, tp ada kot dlm 5KM, gilos! F1 je dah jadi prefect, glamer. Bermula episod cinta monyet, dari seorang ke seorang. Memang aku tak nafikan aku punya ramai bf masa sekolah, tapi dalam study aku tetap no 1.
Tapi, turned out SMKTPG years was the best thing in my life. Saat aku kenal kawan, sahabat, pelajaran, cinta, cerita cina, artis, muzik everything.
10 Tahun lalu, 1995
Bapak meninggal dunia, seminggu lepas SPM 94. Tahun 95, dapat tawaran A-Level Petronnas dan Tekom. Pilih Telekom sebab Petronnas terus ke UK. Kursus Induksi Tekom di Taiping, bermulalah episod baru dalam hidup aku. Bermulanya hidup aku dibiayai oleh Tekom. Berjumpa kawan-kawan yang pandai-pandai dan hebat. BErjumpa sahabat sejati, Ana dan Kak Nani. Berkenalan dgn Faizull. Mula belajar tentang gaya hidup elit, masuk ke Sunway College, berkawan dgn anak-anak lord. Kursus Inggeris di Centre of Modern Language, Pelabuhan Klang. Dah pandai makan beretika, hasil kursus Table Ettiquette.
5 tahun lalu, 2000
Grad in ECE dari the OSU, USA, Spring 2000. The only budak melayu yang grad time tu sbb tak sanggup nak tunggu lagi lama, pakwe dah tunggu kat Msia. Celebrated first valentine dgn hadiah coklat dan musical box. Balik Msia for good. Jumpa Hunt and adik dia dan bagi hadiah menwear STructure kat dia and perfume Beautiful Estee Lauder utk Zana. MTP course Tekom. 1.8.00 - bermulalah dunia keje aku. Dan hubungan dgn Hunt mula retak-retak. Oktober 00 - peristiwa depan British Council, Penang. Dec 00 - Putus secara rasmi, dan aku bertukar menjadi seorang yang kecewa dan rendah diri.
3 tahun lalu, 2002
Byk hikmah dari kekecewaan dgn Hunt tu. Walaupun, takde perkara besar yang membanggakan berlaku, tp byk jugak perkara baru dalam hidup aku. Join kelas erobik, sukarelawan Yayasan Salam, persatuan bekas pelajar, dan yang plaing best, mulakan my Strawberryglazed blog.
Jugak, mula kenal pakcik.
Tak ingat banyak perkara sebab tak byk yang menarik pun.
2003
Emak pegi haji, alhamdulillah. Dapat pampasan rumah dan bina semula rumah emak, di kelilingi pokok rambutan, mangga, buah nona dan jiran yang baik.
Tahun lepas, 2004
New resolution that what last year was! Final decision with pakcik to accept him as fren tho badly hurt. Careearwise, naik gred alhamdulillah. Lead the office for 2 months during my boss and colleague absence due to haj and maternity. Join gym and feelin great. Made some big plan for 2005. Enjoying freedom as single woman in every way.
Tahun ni, 2005
Accomplish all plans - Tunaikan umrah, sambung belajar dan berkenalan dgn Gigi. Alhamdulillah. Oh ya, embracing technology with GPRS, WiFi, Bluetooth hheh with my new nokiya 7610. Yelah, selama ni hamba kan buta technologi sket.
Tahun depan, 2006
Kawin (Amin!), hampir menyiapkan master, beli rumah insyaAllah, tukar kerja dan pegi bercuti. Amin, semoga Allah permudahkan.
Lagi 10 tahun, 2015
Wow, wawasan 2020 lagi 5 thn je. Macamana agaknya Malaysia masa tu? Mungkinkah aku dah ada PhD atau masih seorang pensyarah ataupun, menjadi ahli politik??? (politik, takde minat tapi peluang utk aku agak luas). Impian aku masa tu, ada anak kembar baru nak sekolah (kawin lambatla katakan), suami yang ada bisnes sendiri yang stabil, rumah yang selesa... dan merancang utk menunaikan haji. Oh ya, kereta dah tukar Hondaa, but for now I juz love everything I have including my aging Wira.
Inspired by a number of blogs I read ie:
Muz, Kaezrin, etc yang aku tak ingat dah (writing nie dah terperap dlm notepad for sometimes before uploaded arinie
1 comment:
Chewah.. terkenang kembali zaman 90an nampak. Tiba2 aku teringat masa aku darjah 2 lak, kena cubit oleh Cikgu Sabariah sebab aku suka cakap dlm class, sekarang ni bila nampak cikgu tu balik aku malu sendiri... Kwang2 padahal entah cikgu tu ingat tak.. ;)
Post a Comment