Thursday, September 22, 2005

Sawadi Kap

Hari ni buat test call dengan CAT Thailand. CAT ni kiranya second tier telco kat Thailand. Kadang-kadang rasa pelik bila berurusan dengan telco asing sebab jarang bertemu dengan engineer perempuan. Malah, masa di US dulu cuma berapa kerat jek classmate perempuan. Ada memangla ada, tapi tak seramai di sini. Tapi, bila kat Msia hampir merata-rata orang perempuan ambik engineering. Yang kelakarnya bila buat test call nie, heiii kalau kena counterpart yang suka flirt tu... aduhhh, letih juga nak melayan. Kena jaga jugak nama baik Tekom ni.

Hari Isnin lepas, 19.09.2005 selepas, hmm.. aku pun dah tak ingat. Jap cek organizer lama. Wow, kali terakhir berjumpa pakcik adalah 22.11.2002.Tapi semuanya bukan lagi mcm dulu. Pertemuan kali ini bermaksud persahabatan. Aku seronok akhirnya dapat bertemu. Termakbul doa aku di tanah suci haritu. Alhamdulillah. Semoga pakcik bahagia dan sihat sejahtera selalu. Semoga tak lama lagi pakcik dapat menjadi tetamu Allah. Parameter: Kak Izni, Berry, Bukit Raja, Restoran Khalifah, Nasi Beriyani, puasa, Charlie & choc factory.

Dua hari seminar Mobile Wireless Security, dan handset Emon masuk ke dalam toilet bowl. Sabar jekla adik sorang nie.
Esok kena standby utk GP Motor. Boleh book off, sebab cuti dah sikit nie book off berkira sket. Dulu tak kisah pun nak ambik book off. Tapi, boleh ke nak study utk test Intro to Tele nie.

Kenapa cuaca panas dan sejuk saling bertukar ganti nie, jangan sampai demam dahla. sEbab aku ingin merasai musim bunga yang indah.

No comments: