Tuesday, September 6, 2005

ABC ABC marilah kawan-kawan pergi sekolah

Malam merdeka rasa agak sedih tengok konsert yang besar-besaran. Sampai ke pagi agaknya sebab bila Pak Lah balik dari Dataran MErdeka, konsert baru mula. Nampak ramai anak-anak kecik dan orang tua, iskh tak penat ke diorang tu. Sedangkan ustaz kat radio asyik mengingatkan, bila kita lalai dengan hiburan, masa tu la musuh kat luar senang datang pada kita.

Perarakan merdeka kali ni mmg seronok. Meriah ngan gelagat anak-anak kecil. Cute jek. Dulu masa sekolah selalu jeles tengok geng-geng kadet dapat masuk perbarisan hari kebangsaan. Takpela, mungkin satu hari dapat merasa.

Aku pernah cerita pasal seseorang yang aku cari sekian lama. Sejak aku pegi US (tuhla, padan muka.. dah pegi baru nak cari sapa suh!) sampaila ke hari ni. And guess waht, selepas 13 tahun, baru kami berjumpa kembali. Hehehe, tak dapat nak gambarkan saat tu. Masa first time tengok muka dia tu, aku macam terdiam sekejap and taknak lepaskan pandang. Kami jumpa dalam keadaaan yang sangat berbeza, aku yg vogue like ever (heege perasan), dia yang soaked in wet and dirts in construction site (bukanlaa abang bangla ye). Tapi, perasaan yang sama macam masa aku form 3 dulu dan dia form 5. Of course, things happened for a reason. Mesti ada sesuatu yang tuhan sediakan utk kami, sampai it takes 13 years to finally, we become frens. Memang sudah janji tuhan kan, puas aku cari dia.. aku jumpa dia ketika dia dah berkeluarga dan berkerjaya baik. And aku pun happy with my life. Things will be complicated if we met in other situation. Anyway, aku rasa lega coz aku dah minta maaf pada dia. Terbayar satu hutang aku.

High school sweetheart

Cerita minggu lepas nie yang tak sempat upload.

No comments: