Tak begitu banyak ole-oleh yang aku bawa dari tanah suci, tapi erti kunjungan ke sana amat besar bagi diri ini. Kalau dulu, aku tak penah amik endah pengertian haji dan umrah atau kenapa orang berulang kali mengunjungi tanah suci, tapi sekarang aku meninggalkan hati aku di rumah Allah itu dan berharap utk ke sana lagi.
Dan aku bukanla insan yang terbaik utk berbangga dgn catatan ini. It is juz my very own personal experience. Hanya sedikit pengalaman utk diabadikan sebagai kenangan seumur hidup. Bukan untuk menunjuk-nunjuk or anything. Malah semua fakta dan cerita adalah pendapat peribadi.
Tiada kata-kata yang tepat utk menggambarkan perasaan aku di sana, cuma aku cuba himpunkan dlm makna : bahagia, tenang, lengkap, gembira, syukur, insaf, dekat padaNya dan rasul SAW, sabar, dugaan, kuat.
Sebelum ke sana pun terasa banyak sangat dugaan yang datang. Hingga ke saat akhir bila penerbangan terpaksa di tangguhkan lagi dan kunjungan terpaksa disingkatkan kepada 10 hari. Tapi ada hikmahnya, dapat naik MAS dan 10 hari laa yang terbaik utk kami. Dengan membawa 2 orang warga emas dan tiada muhrim lelaki, aktiviti di tanah suci memang amat memcabar kesabaran kami. Emak aku memang seorang yang agak fussy and jiran sebelah rumah yang kami anggap nenek telah berusia dalam 80an tahun. Juz imagine. Kakak aku pulak jenis yang tak pernah duduk sekeluarga dgn kami sejak memasuki asrama pada umur 13 thn, so dia jarang berurusan dgn orang-orang tua
Penerbangan kami dgn pesawat Boeing 777, pada 6 Jun itu very smooth, memang MAS undoubtly mempunyai kakitangan terbaik di dunia. Kami sampai di Lapangan Terbangan Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah tepat pada masanya, jam 5.30 pagi dgn matahari sudah menerangi bumi arab. Pemandangan pertama aku tak tumpah seperti pertama kali menjejak kaki ke tanah arab di Dubai dulu, keliling yang luas mata memandang tanpa pepohon hijau atau bangunan-bangunan mencakar langit. Yang ada cuma gunung-gunung batu dan padang pasir agaknya.
Rombongan kami cuma 11 orang, 3 keluarga, keluarga aku, keluarga Hj Ramli yang loaded tapi sangat baik hati dan bertindak sebagai muhrim kami dan Hj Muslim dan isterinya dari Kepala Batas. Kami disambut oleh agen di sana, Taufik dan mutawwif (pemimpin ibadat) kami, ustaz Ali dan rakannya Hassan. Kebanyak mutawwif ialah pelajar indonesia atau Thailand di Mekah, tak ketinggalan Ustaz Ali yang berasal dari Surabaya dan baru 3.5 thn di Mekah. Orangnya sgt remaja dan gila-gila, tapi berilmu. Kami pun bertolak ke Madinah Al-Munawarrah menaiki bas. PErjalanan mengambil masa 8 jam.
Highway ke Madinah walaupun tak secanggih hwy di Msia tapi masih di standard yang tinggi. Kami singgah di beberapa R&R, jgn bayangkan R&R kat Msia sebab R&R sana ada masjid, rumah penginapan (istirahat), restoran dan tandas. Bayangkan bangunan bentuk kotak yang selama ini kita tengok kat Iraq tu. Udara mmg sangat panas, tp panas kering so tak berpeluh pun. Hwy cuma dipisahkan dgn wayar kabel bukan divider canggih macam kat msia, maybe sebab kalau terbabas pun takdelah jatuh gaung pun. Kiri kanan sume padang pasir, kadang-kadang ternampak pengembala kambing dan unta. Jambatan bukan menghuungkan sungai tapi lembah pasir supaya hwy tetap lurus. Driver pak arab hmmm jangan ceritalah, kalau orang selalu labelkan orang Msia bad drivers, diorang worst tapi tak membahayakan kot sbb tak banyak kemalangan.
Menurut Ustaz Ali, ada 5 faedah yang mesti dibawa pulang oleh setiap orang yang bermusafir:
Kami tiba di bandar Madinah dalam jam 3 ptg. Madinah bandar yang moden. Madinah juga adalah Tanah Haram, kalau Mekah adalah tanah Haram utk Nabi Ibrahim AS, manakala Madinah ialah Tanah Haram bagi Nabi Muhammad SAW. Tanah Haram maksudnya kawasan yang dikenakan beberapa syarat seperti tak bleh bunuh haiwan atau musnahkan pokok, dan jugak tak boleh berbuat jahat seperti mengambil hak orang lain (my interpretation not accurate).
Madinah jugak bandar yang sibuk dgn kegiatan pentadbiran dan perniagaan. Satu papan tanda yang menarik perhatian aku di sini ialah " Madinah, a place to stop smoking". Kami menginap di Hotel Madinah Manazelli yang terletak di pintu gerbang Umar Al-Khattab if I am not mistaken Masjib Nabawi. Masjid Nabawi ialah secantik-cantik masjid di bumi nie. Jadual solat di Madinah ialah : Subuh 4.08 am, Zohor 12.20 pm, Asar 3.40 pm, Maghrib 7.05 pm dan Isyak 8.35 pm.
Kami mengunjungi :
1. Masjid Quba (masjid yang pertama di dirikan Rasul SAW semasa berhijrah ke Madinah), 2. Masjid Qiblatun (2 kiblat, bila Rasul SAW solat mengadap Masjidil Aqsa, Allah perintahkan tukar ke Kaabah),
3. Masjid al-Ghamamah (awan)
4. Masjid Al-syams (matahari) sbb masjid ini akan kena matahari dulu
5. Masjid al-fath (kemenangan) tempat turunnya surah Al-Fath
6. Masjid Bani Quraizah - suku kaum yahudi yang dikenakan kepungan
7. Pasar Tamar - Kurma yang terbaik, Kurma Ajwa/kurma Nabi SAW diriwayatkan orang kafir memberi Nabi AW sebiji kurma yang telah dimasak 3 hari dan menyuruh Nabi SAW menanam biji kurma tersebut lalu berbuah jika Nabi Muhammad SAW ialah benar. Dan bila Rasul SAW menanam biji kurma tersebut, kurma tersebut terus tumbuh dan berbuah dan dinamakan kurma ajwa.
8. Raudhah - tempat di antar mimbar Nabi SAW dan Makam Nabi SAW adalah taman syurga. Menurut ustaz ali, semasa nyawa Nabi SAW hendak diambil oleh malaikat, Nabi SAW membuat satu permintaan, dan Malaikat jibrail menyuruh Nabi SAW menoleh ke kanan di mana tempat itu menjadi raudhah.
Waktu lawatan ke Raudhah utk wanita dari jam 7-11 pagi dan 1-3 petang. So, aku mmg tak lepaskan peluang walaupun cuma dapat ke sebahagian dari Raudhah. Tiap kali tu memang sesak sangat dgn orang-orang lain, tapi ada beberapa kali aku berkesempatan soalt berhampiran tiang Aisyah. Bersebelahan makam Rasul SAW, ialah makam Saidina Abu Bakar As Siddik AS dan makan Saidina Umar Al-Khattab AS.
9. Jabal Uhud, bukit yang Rasul SAW namakan Uhud disebabkan bukit tu satu-satunya terpisah dari bukit-bukit lain yang biasanya bersambung di Madinah. Dan perkuburan syahid-syahid peperangan uhud terutamanya Saidina Hamzah AS.
10. Khandak tempat peperangan khandak yang parit dibina sebagai kubu.
11. Tempat perang Badar yang tentera Islam Cuma 300 orang telah mencapai kejayaan terhadap tentera musyrikin yang 3000 org.
Penduduk Madinah sangat moden dan jadi amalan diroang utk mengabiskan masa di masjid baik lelaki mahupun wanita. Ruang masjid sentiasa dipenuhi dgn diroang (since aku cuma access ke bahagian wanita kan) vertadarus, kelas mengaji atau berehat dgn keluarga. Tiap petang, kawasan masjid jadi tempat perjumpaan sambil solat jemaah. Lepas jek solat Isyak, sang suami akan menunggu keluarga di kawasan pintu Bab al-nisa (pintu utk kaum wanita). Sweet jek pemandangan tu).
Orang arab ni mungkin coz mazhab diorang agak fleksibel berbanding kita, diroang tak kisah bawak anak-anak sekali solat di masjid. So, tiap kali solat ada yang sempat betulkan anak and all. Dan jugak, suara anak-anak dan tangisan mmg kedengaran setiap masa. Tapi masa hari Khamis malam Jumaat, (hari yang mulia dan banyak orang bersedekah), suara-suara tu tak kedengaran langsung, sunyi sepi dan tenang. Wallahualam. Orang arab nie jugak walaupun betutup kecuali sepasang mata, tapi sebenarnya amat bergaya, tapi agak kasar.. kelakar diroang nie main campak2 jek kasut/ barang-barang and duduk pun perghhhh kalah Hang Jebat. Tapi, diroang nie sangat pemurah. Kalau bawak apa-apa mesti disedekahkan. Kadang-kadang aku Cuma terpandang jek diroang makan, dah aku pun dibagi makanan sekali kekekek. Ada this girl nie, tetiba jek bagi kitorang satu kitab sunnah rasullullah.. tapi dalam bahasa Arab. InsyaAllah, satu hari nanti aku nak belajar bahasa Arab.
Ada satu kawasan berpokok (kebanyak tempat lain takde pokok) yang dipelihara sbb dikatakan di situ ialah tempat Saidina Abu Bakar As Siddik di lantik menjadi khalifah dan pokok-pokok tersebut adalah saksinya (andai pokok berkata-kata.. ). Kat Madinah ada banyak shopping Mall yang penuh dgn brand-brand terkenal, Bodyshop, Mango, CK etc. Kalaulaa aku pegi ngan muhrim, sah-sah aku akan ke sana. Tapi sebba kami sume perempuan, pergerakan kami agak terbatas. Tapi, takpela.. sbb even duduk di masjid Nabawi dan membaca Al-quran/solat pun rasa macam cepat sangat masa berlalu.
Tapi, system telekomunikasi kat Madinah especially agakkk kureng. Satu public phone pun tak jumpa, kalau tak boleh gak guna Ring Ring Card. Dahla tetiba jek I dunna why my International Roaming takleh nak call out/sms tho I could receive SMS/call. Tension betul. Rate panggilan kat wartel pulak seminit RM2.50 mahal gilos.
Waktu di Madinah 15 minit lambat dari Mekah. Dan kami bertolak dari Madinah ke Mekah pada hari jumaat selepas Solat Jumaat di masjid Nabawi. Kami lengkap berpakaian ihram sebab kami akan berniat umrah di Zulhulayfah di masjid Bir Ali.
1 comment:
Correction, hotel Madinah Manazelli terletak berhadapan pintu masuk Bab As-Salam Masjid Nabawi.
Post a Comment