Wednesday, June 29, 2005

Mekah Al-Mukarramah
Perjalanan ke Mekah mengambil masa sekitar 6 jam. R&R hwy ke Mekah bertaraf lebih baik dari hwy ke Madinah mungkin sbb hwy ke Mekah lebih sibuk. Oh ya, kebanyakkan barang-barang di Saudi sama dgn brand yang selalu jumpa di US dulu. Contohnya, kereta nya yang jenis Chevrolet dan GMC (general motor company), shampoo Pert, sabun tide super (tide suber in arab p=ba), bibsi (pepsi) lagi popular dari coke, chips Lays (oh my fav).

Kami sampai ke Hotel Shaima Palace yang kurang best kalau dibandingkan hotel Madinah. Tapi in a way, rancangan TV dia lagi best-best, ada Al-Jazeera, Abu Dhabi (bebas sket tak mcm tv Saudi), ESPN, BBC dan Saudi. Waktu Subuh, Maghrib dan Isyak ada solat live dari Mekah dan Madinah. Aku sempat tengok tv for 2 days coz I got my period 2 days before going home. Tho, I took pills to stop menstrual cycle and solat hajat, it still come but late but, I thankful to god that I had chance to perform umrah twice. Doctor advised me to take extra dose if my menstrual come to stop it, I did follow the advice but yet, it didn’t stop. Kuasa tuhan lebih dari segalanya kan. So, I missed 2 days being in Masjidil Haram and I missed tawaf Wida (tawaf selamat tinggal).

My first impression on first time looked at Kaabah was, “Allahuakbar”. Menurut Ustaz Ali, even orang yang paling jahat pun bila memasuki kaabah akan dirahmati Allah. Ia adalah tempat sesiapa yang memasukinya akan rasa terlindung dan selamat dan bersih dari dosa. Tempat di mana doa akan dimakbulkan, dosa akan diampunkan dan kesusahan akan dimudahkan. Kami masuk ke Masjidil Haram melalui pintu Bab-Al Salam. Pemandangan Kaabah adalah yang tercantik di dunia yang membuatkan hati ingin berada disitu selama mungkin. Semua umat Islam dari seluruh pelusuk dunia bersatu di sini. Walaupun pelik bila tengok orang-orang Iran yang taksub dan menangis-nangis, orang-orang Negro dengan fesyen colorfulnya, orang-orang turki yang sudah moden, tapi semuanya Cuma menyebut nama Allah dan Rasul SAW.

Umrah pertama kami dipimpin oleh ustaz Ali, bermula dgn tawaf dan saei antara bukit Safa dan Marwah. Cuaca di Mekah walaupun panas, tapi ntah kenapa terasa dingin je dan sering jek angin lalu menyejukkan tubuh. Ustaz Ali, ada banyak malaikat di masjidil Haram, dan ada malaikat yang menjaga Hajarul Aswad. Ada tiga tingkat termasuk bumbung Masjidil Haram yang boleh memuatkan berjuta Muslim. Banyak cerita yang nak diceritakan tentang Mekah, mungkin satu hari nanti. Sekarang biar dulu cerita tentang pengalamanku sahaja.

Selesai umrah dan bertahlul (keluar dari ihram dgn bercukur atau memotong sedikit rambut), jam sudah hampir 2.30 pagi, kami tidak tidur tapi berjaga utk menunggu azan subuh. Aku penah terfikir sebelum ke tanah suci, bagaimana agaknya hendak menahan mata dari mengantuk sebab banyak ibadat perlu dilakukan dinihari, sedangkan kat Msia aku selalu subuh gajah. Tapi rupanya, tidak sukar utk berjaga malam di tanah suci. Malah mata seperti tidak mahu tidur. Rutin kami, bangun jam 3 pagi utk subuh, balik, sarapan dalam jam 5 pagi dan tidur jika tiada lawatan. Bangun semula jam 8 pagi dan terus ke masjid sambil menunggu zohor. Balik ke hotel dalam jam 2 ptg utk lunch, dan ke masjid semula dalam jam 3.30 utk Asar sampaila Isyak. Menurut cerita, orang Arab biasanya tido lepas subuh (dlm jam 4.30 pagi) dan mula bekerja jam 10 pagi. Makanan kami desediakan oleh catering pelajar-pelajar indon. Rakan-rakan ustaz Ali barangkali. Sungguh sedap sekali, I need to work harder at gym back here now. Orang arab suka makan yogurt, kismis, kurma, roti yang keras-keras tu, ayam panggang, jus buah, kekacang esp pistacio, hazel, gajus dan the one that I love the most, krim keju. I ate so much bread with cheese cream over there. Setiap waktu, ada saja orang-orang bersedekah terutama kepada musafir seperti kami. Kami dapat sepasang telekung (tapi bukan telekung kita, telekung diorang yang kain panjang utk pakai lilit2 tu), kaset-kaset dan makanan memang banyak sangat (I wished the give dalca sekali).

No comments: