Tuesday, May 31, 2005

Dugaanku

Adakah ini dugaan sebelum aku mengunjungi rumah tuhan nanti? Adakah ini kifarah atas segala perbuatanku? Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui. Rasanya sejak sebulan selepas aku mendaftar utk menunaikan umrah, dugaan demi dugaan terus datang. Mula-mula dengan kehilangan passport kakak, cermin kereta pecah, demam panas yang berlarutan, mencari agensi umrah yang baru, konflik panggilan boss semasa aku berada di bank utk menyediakan bank draft pembayaran umrah dan yang terbaru, amaran tentang my punctuality.

Perjalanan aku di Tekom banyak sangat onaknya. Sedari aku menerima surat perjanjian sampaila sekarang. Masa lepas SPM aku diduga dengan kematian ayah. Dan sejak itu rasanya aku terus berdikari tanpa minta sesen pun dari keluarga. Sudah rezeki, aku mendapat tawaran biasiswa yang bagus. Dan pada masatu aku dapat tawaran dari 2 korporat ternama di Malaysia, Petronus dan Telekum. Petronus offer study di UK terus dan Telekum offer study di UK dgn A-level di Msia. Rasa bangga dan bersyukur sebab aku bukanla anak orang yang berpelajaran pun, bapak cuma imigran India yang telah menjadi warganegara Msia manakala emak seorang wanita buta huruf. Adik beradik yang lain tak mencecah ke universiti pun. Sebab keadaan kami yang baru kehilangan bapa dan kesihatan eamk yang kurang baik, aku memilih utk belajar di Msia dulu. And di situlah bermula episod bersama Tekom.

Percayalah berada di tekom bukan sesuatu yang mudah. Tekanan dan syarat-syarat yang kadang-kadang tak tertanggung dibuatnya. Semasa belajar dan sekarang sudah bekerja. Dulu masa belajar, diherdik perkara biasa, ditekan dgn kemungkinan biasa di tarik, dipotong memang lumrah. Kemudahan di tarik pun penah. First time amik A-level yang dipendekkan dari 2 tahun ke setahun dan kertas dari exam board yang susah, aku dapat 11 dari markah penuh 15. Tapi syarat yang dikenakan mesti 12. Dan aku kena amik lagi sekali walaupun cuma beza 1 markah. Kali kedua aku dapat 15, aku kena pegi US dalam masa 5 hari. Aku yang tak pernah menaiki kapal terbang akan pegi sorang ke universiti yang semester dah bermula seminggu (kelas di US mula on the first day, and I miss the entrance test etc). Masa tu, tak tertanggung rasanya dugaan tu, hampir di langgar bas di sana.

Dan ntah kenapa bila masuk bekerja, aku masih diduga dengan hebat. Aku masuk ke tempat yang takde post sampai setiap hari aku mintak pada boss utk beri aku kerja. Aku terpaksa belajar dgn orang bawahan yang sangat berpengalaman sampai aku terpaksa lupakan aku nie boss diorang demi ilmu. Aku mendapat boss yang tak penah ada exec dan yang naik dari bawah (takde degree). Tambahan pula boss kurang mesra dgn perempuan apatah lagi aku yang bertaraf anak. Sesungguhnya aku amat putus asa dgn keadaan tu, lagi-lagi walaupun betapa bagus keja yang aku buat, aku hanyalah bertaraf average. Aku mengendalikan meeting, aku menggerakkan kelab dan jadi penganjur utk beberapa aktiviti, aku balik lambat, aku datang ke ofis masa weekend, aku buat keja2 admin and finance yang bukan job scope aku, aku aka secretary of the unit, aku ganti boss dan colleague semasa mereka cuti serentak 2 bulan, normallah tu.. I don't mind. Malah aku rasa sangat sedikit yang aku lakukan. Tapi, aku banyak kelemahan. Aku sering lewat ke ofis. Sampai jam 9 adalah okay bagi mereka yang kerja di KL, tapi tidak 9.15. Tapi, itulaa aku, aku sampai ofis lewat dari mereka. Maka itulah kesalahan aku yang takkan dimaafkan walaupun dengan kerja2 tambahan yang aku buat. Kini aku tanggung akibatnya. My careear is at stake. Rumah aku mmg jauh dari ofis, normally i takes me 1.5 hr to go to ofis, so next monday elok aku keluar pukul 6.30. So that kalaupun jem, aku masih boleh sampai pukul 8. Aku bukan sengaja taknak pindah, dah 3 kali aku suarakan hajat pada emak. Tapi tiap kali mak akan menitiskan air mata. Aku tak suka cerita mende-mende macamnie pada orang, aku bukan nak cipta alasan. Tapi tuhla, akibatnya orang pandang negatif pada aku.

Dunia keja di tempat aku sekarang seperti reality show. Kalau kita menyerlah, kita akan samada buang atau dibuang. Seharusnya kita mengambil sikap low profile, senyap jek so that dapat kekal sehingga final walaupun kita takkan memenangi apa-apa anugerah. Dan satu perkara yang aku belajar, di tempat kerja walau baik macamanapun don't u ever trust other people. Orang takkan membantu orang lain sebaliknya orang akan tarik orang lain utk turun ke bawah.
And yang penting kena datan on time, tak kisahla walaupun lepas tu nak keluar ke bank, bila-bila nak balik awal, kuar minum sejam, loafing around infront of pc and not doing work etc. Don't be so nice to workmates.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu Ya Allah. Aku takut akan kemurkaanMu. Limpahkan rahmatMu padaku. Semoga aku akan selamat dibidang kerja aku sekarang.

2 comments:

AuntieYan said...

Banyak bersabar...dugaan datang dan pergi......semoga selamat menjalankan ibadah umrah.

Anonymous said...

saya ada banyak dengar ttg ujian sebegini di tempat kerja. Minta doa banyak. Tapi I should think, you should let your boss know about your situation. And ask for flexible hours. Wallahu'alam. Or why don't u bring your mum to stay with you at neared place. 1.5 hour is really a long distance... Make a lot of du'a, that either your mum or your boss understand this... You need to let others know about this...