Tuesday, May 31, 2005

Major events in my life

Wah, setiap apa yang berlaku memang banyak hikmahnya. YAng seronoknya, aku rasa so far setiap kesusahan yang aku alami, tak lama kemudian pasti ada manisnya. Semalam, hari pertama selepas beberapa tahun, aku datang awal sebelum 8.30 ke pejabat. Aku bangun jam 5.45 sebab aku mekap jek dlm 15 mts, so aku keluar rumah 6.40 pagi. Aku nak terus begini, tapi aku takut sebab malam sure aku letih sangat-sangat. So macamana nak pegi gym nanti.

Oh ye, aku cuti gym sebulan. Nie lagilaa risau, takut kalau berat badan akan naik. Walaupun cuma 1 kg, tapi sengsara nak turunkan tu hanya tuhan yang tahu.

Semalam terima surat tawaran kemasukan ke program sarjana kejuruteraan di UM. Takooootttt!. Walaupun seronok, sbb aku memang berazam utk belajar ke peringkat yang tinggi. Tapi, sudah pasti sure banyak pengorbanan nanti. Kena sacrifise masa tengok tv, shopping, gym, weekend, kerja rumah, keja ofis. Mampu ke aku?

Hari sabtu nie InsyaAllah akan bertolak ke tanah arab utk mengunjungi dan beribadah di rumah Allah. PErgi bersama emak, Nakwa dan nenek kemi jiran sebelah rumah. Sampai dah sebulan nie asyik termimpi-mimpi menjadi tetamuNya. Semoga kunjungi kami akan diredhai oleh Yang Esa. Semoga kami akan selamat pergi dan pulang. SEmoga Allah akan mengurniakan umrah yang mabrur. Amin....

Nampaknya tahun nie berjalan dgn bagus. Walaupun banyak simpanan yang digunakan.. Kena lebih gigih mencari rezeki lepas nie. Dah takde budget kawin. So, nampaknya aku takkan kawin lagilaa tawun nie. Semoga ada rezeki ke jinjang pelamin tawun depan pulak. Kalau nak kawin tawun nie gak, bakal suami kena sponsor pihak aku sekali. Ehhh.. tapi aku boleh pinjam loan koperasi.. hehehe.. manatau dpt scholarship tekom, boleh simpan saving utk kawin.


Nak doa banyak-banyak di Tanah suci nanti.
Weekend nie my old flame, ikmal kawin.. perghh lega tak dpt pegi. Emak dia siap call menjemput. Tapi, dia pun tak jemput malulaa aku nak pegi. Tapi legoossss coz tak dpt pegi pun.

No comments: