snail mail
Masa hari jadi aku yang lepas, aku dpt kad utk ambik pos berdaftar. Betul-betul jatuh pada hari ulangtahun kelahiran aku. AKu amat gembira, aku mengangankan pasti pos berdaftar itu adalah hadiah daripada seseorang. Mungkin pakcik, aku was-was tapi aku tetap berfikiran positif. Tak sabar aku nak mintak tolong abang ipar aku ambikkan pos tu. Yg posmen nie pun satu, apsal la tak tinggal jek kat rumah, macamla rumah aku takde orang. Asyik-asyik tinggalkan kad, kita bukannya kerja kat sini senang-senang nak pegi pejabat pos. dahla nak pegi pejabat pos tu kena tempuh 3 lampu isyarat dan u-turn yang sejauh 3KM.
Tapi, rupa-rupanya pos berdaftar tu ialah surat saman yang pertama aku terima, saman sebab melanggar had laju 90KMH dan aku bawak 103 KMH. Sangat sarkastik kan. Terima surat saman pada hari jadi. Memang takde dah orang nak bagi aku hadiah hari jadi utk selama-lamanya. Oleh itu, jangan lagi dah bermimpi.
Dan beberapa minggu lepas aku dpt lagi kad utk ambik pos laju. Aku rasa amat malas, aku tau samada satu lagi surat saman (manatau walaupun lepas tu aku cukup berhati-hati dgn kelajuan di jalan raya, samada aku bawak kurang dari 100KMH or aku bawak pd 120KMH, at least klu kena saman pun puas hati). Ataupun, aku rasa mesti salah satu daripada kad kredit yang sekarang nie aku asyik dapat jek. Yelah, aku tau laa aku nie pengguna kad kredit yang bagus, guna banyak dan bayar pun banyak. Semua syarikat kad kredit asyik bagi aku kad kredit diorang. Masa kat US, aku memang ada beribu-ribu lemon kad kredit. Tapi sekarang pun aku ada 4 kad kredit, AMEX aku dah batalkan, MBF aku tak penah guna, VISA aku nak guna, tp bila ada problem sekali sampai sekarang aku tak penah guna dah. So, aku setia dgn MASTERCARD yang aku pun taktau apa keistimewaannya kecuali itulah penyelamat aku ketika aku takde duit dan pnjimat masa di pam minyak. Oleh itu, aku tak kisah pun pasal kad pos laju aku tu, sampa!
ilah pagi tadi bila aku cuti dan pegi pejabat pos nak ambik, diorang kata diorang dah pulangkan pos laju tu pada penghantar nya. Aduh, geramnya dah laa panasa terik tengahari dan aku tak makan lagi. Dan macamana kalau pos laju tu mmg hadiah dari seseorang?? Cuma angan-angan kosong.
***** written on last Wednesday, but juz got time to upload ******
1 comment:
ermm... ntah-ntah hadiah from someone special kot! ;)
Post a Comment