Monday, May 31, 2004

Syair dr tempat pengajian ibu

Keinsafan

Ingatla kamu kepada tuhan, Janganla leka minum dan makan
Amal ibadat mahulah dikumpulkan, Dosa maksiat hendaklah dijauhkan
Wahai pemuda serta pemudi, Harapan bangsa tiang negara
Janganla leka berhias diri, Ilmu pengetahuan segera dicari
Seorang diri diliang lahad , Barulah ingat nak buat ibadat
Sedekah puasa sembahyang dan zakat ,Tapi semuanya sudah terlambat
Bila merasa tersangat seksa, Barulah teringat kembali ke dunia
Tetapi tiada apa gunanya, Kerana sudah pergi ke sana
Wahai kaum muslimin muslimat, Dunia ini hampirlah kiamat
Janganla asyik membuat maksiat, Sebelum mati kita bertaubat
Mayat terbujur di dalam kubur, Daging dan tulang hancur lebur
Diatas dunia ia bertakbur, Kepada tuhan ia tidak bersyukur
Wahai saudara serta saudari, Pahalanya banyak tidak terperi
Mencari keuntungan diri sendiri, Banyakkanla perangai rendahkanla diri
Banyak orang mengejar kesenangan, Siang dan malam berangan-angan
Harta dan pangkat ada ditangan, Di akhirat kelak sesal berpanjangan
Kepada anak-anak utamakan pelajaran, Penuhi dada dgn ilmu pengetahuan
Pelajaran agama janganla ditinggalkan, Siang dan malam berilah teguran
Kepada Allah janganlah berhenti,Menjunjung titah berbuat bakti
Perkerjaan jahat janganlah dihampiri, Terbakar kulit dijilat api
Bilalah tiba ajal dan mati, Tinggalkan anak, saudara dan saudari
Air mata mengalir ke pipi, Tiadalah boleh diminta kembali
Di dalam kubur gelap gelita, Kerana tiada lampu pelita
Datangla lipan, ular dan kala, Lalu disengatnya tersangatla bisa
Malaikat datang bertalu-talu, Membawa rantai, besi dan belenggu
Mayat diseksa terus dipalu, Tidakla dikira masa dan waktu
Ingatla tuan serta puan , Janganla terlampau mengejar kebendaan
Apabila mati semuanya ditinggalkan, Hanyalah dibawa amal kebajikan
Datangla pula perasaan sesal, Amalan solih tiada dibekal
Ajaran tuhan banyak ditinggalkan, Tahulah dia di dunia tak kekal
Di akhir zaman kebanyakkan manusia, Kepada akhirat banyak tidak percaya
Maupun miskin ataupun kaya, Kemewahan dunia ia terpedaya
Iblis dan syaitan sentiasa menggoda, Iman manusia terus dilanda
Dosa bertambah berlipat ganda, Marilah kita sentiasa berwaspada
Semangat Islam semakin kabur, Seluruh umatnya sangatla mundur
Pengetahuan agama sangatla kendur, Adat kelakuan tak boleh di tegur


Masa aku tgk Dimensi kat Astro, emak dtg bawak sehelai kertas kajang yang bertulisan jawi. Emak suruh aku baca sbb emak aku mmg buta huruf baik rumi mahupun jawi. Cuma emak boleh baca ayat Quran jek. Syair di atas diberi oleh guru agama Jumaat pagi emak. Aku yakin ia dikarang oleh guru agama tersebut, kecualilah kalau ada sesiapa yang terjumpa syair yang sama di mana-mana.

Weekend or weeks exactly was so sleepy and tiring. Driving around,groceries, shop hopping, weddings and all sort made me a sleepyhead.
I dun wanna be like this, no no no!



No comments: