Thursday, May 27, 2004

House of Pain

Banyak betul kes kesakitan berlaku dlm keluarga aku akhir-akhir nie. Sebelum tu, nak cerita sket psl kejadian yang berlaku di One Utama New Wings nya parking lot. Masa tu, we all dah nak keluar (me and kak Aisyah), tp kak Aisyah nak makan sket roti yang dibeli tu. So, sort of kitorang ingat nak melepak laa dulu kat dlm kereta. Tp tetiba plak ada satu kereta tunggu kitorang, kereta BMW yg dipandu oleh perempuan cina. Perempuan cina tu very de stupid, Sorry to say laa (teringat Kori dulu suka sgt ckp sorry to say), bkn nak bias pd perempuan cina atau bersifat perkauman, tp kdg2 nampak pattern dia mcm tu. Yang perempuan nie dah tau dia tunggu kita, patutnya dia ketepi laa sket so that kereta2 elakang dia boleh lalu. Tp mmg dasar ego, or dia dasar perempuan yg suka dera maid kot.. Dia tak ketepi pun. Dahla kereta dia tu besar kedabak. And dia stay situ for which I think it would be easier for her to enter the parking lot. KEreta kat belakang dok hon dia, yg dia pun ada hon kitorang few times. Konon nak halau kita cepat2. Eeei.. Betul-betul gilaa laa minah tu. Apa salahnya dia ketepi dan bagi kereta belakang lalu. Dan kitroang pun bknla melepak, tp yelah kenala panaskan enjin, ready itu ini.. Akhirnya, bila kitorang keluar jek dia terus masuk parking dan kereta belakang pun boleh lalu. Teruk betul! Aku benci manusia yang macam tu. Mentang-mentang dia bawak BMW. Tp, its true kan. Imej sgt memainkan peranan. Aku sendiri pun kdg2 bila atas jalan raya, aku rasa aku boleh potong kancil dan takut nak potong BMW. Tp Merc lain cerita sbb Merc selalunya yang bawak org2 veteran dan diorang bawak penuh bersopan santun.

Isnin tu book off, dah janji ngan Kak Shil nak tgk PHSM, tp balik jek dr KJI emak mengadu yang dia pitam tak boleh bangun. Rupanya dari malam lagi, geram betul kat abang apsal dia tak terpikir nak terus bawak emak pegi klinik. Aku risau, dan pagi tu gak aku gak yg call doktor mintak doktor dtg umah. Doktor tu penaung persatuan yg aku join tu, dan dia calon PAS masa last election (note: I voted him kekeke) dan dia ex-roomate MB Selangor masa kat UM. Tp, aku mmg suka personaliti dia yang merendah diri. Aku buat semua kerja rumah, mengemas, membasuh, memop, memasak (perghhh... once in a yellow moon).. Nampaknya even aku takde kat rumah, tak sape pun kisah utk buat kerja rumah. Aku mmg penat yg amat sgt.

Esoknya pulak, Abg Zul pulak sakit perut. Ejal bawak pegi urut, bawak gie HTAR, bawak gie klinik Westport. Dan dinihari tu.. dlm kul 1.30am.. Aku bangun sbb nak ke toilet. Aku nak alihkan kipas sbb nak bukak suiz lampu. Jeng Jeng, dlm gelap gulita tu aku dah termasukkan jari kelingking kannan aku ke dalm kipas kelajuan 3. Kuku dah terpotong separuh. Dah mandikan jari dgn minyak gamat, aku suh gak Ejal antar pegi klinik. Aduuh, nasib baik tak putus jari. Klu tak camnelaa mak mertua nak sarungkan cincin berlian solitaire platinum nanti (taktaula lagi mak mertua mana yg bertuah dpt aku sbg menantu perempuan yang rajin, bersopan santun dan pandai masak... hehehehhe).

Aku berdoa semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan ke atas keluarga aku. Rasanya takut klu ada sesapa yg sakit. Dahla pak olong abg zul sakit kat kepala, Wan pun terseliuh kaki. Abg Man pulak konon2nya sakit batu karang lagi.. yelah tu! Aku taknaklaa kehilangan sesapa buat masa nie. Aku tak kuat nak menghadapinya.

No comments: