Thursday, May 13, 2004

The scenery is always green on the other side

Juz come back from ILDAS and Ive already missed the place Sila baca miss the ustaz . hehe..
Sebenarnya pegi menghantar bebudak tingkatan dua ke kursus motivasi 'Pendedahan Alam Remaja' di Institut Latihan dan Dakwah Selangor, ILDAS SgAir Tawar, Sabak Bernam. Alang-alang aku pun tak penah ke sana, so amiklaa peluang utk melihat tempat orang. Dah sgt mengkagumkan sbb tempat orang tu sgt indah dan tenang. Tapi bab jalan yg masih dlm pembinaan tu sgtlah tak menarik. Aku berada di ILDAS selama 3 hari. 3 hari yang penuh dgn ilmu pengetahuan dan pengalaman. Shopping baju dan tudung di Sungai Besar, memborong kerepek (kerepek ubi, kerepek keladi, kerepek bawang, rempeyek, tumpi, masalodeh, kerepek tempe, dll) di kilang kampung. Balik tu sempat lagi borong keladi, keledek dan ikan masin. Sebenarnya yang berkursus bebudak, tp aku pun tumpanglaa sekaki. Banyak gak ilmu yang aku dpt, esp bila penceramah dan faci semua ustaz2 hensem lepasan timur tengah. kekeke..

Jalan ke Sungai Air Tawar tu mmg takde papan tanda lagi, jgnkan pulak lampu. Sampaikan masa malam selasa tu dah tersasar sampai ke Hutan Melintang. Nasib baiklaaa ada kawan. Klu sorang rasanya dah tuju balai polis suh diorang antar.. tu pun ntah2 lagi tak selamat. Dalam dunia yang sekarang nie, dah tak boleh nak percaya pd sesiapa. Semua orang berpotensi utk buat jahat. Oh ya, kat sana jugak tak de signal phone kecuali Celcom 019, tapikan Celcom 013&019 boleh buat domestic roaming, so.. tukar jek network 013 ke 019 and u will have full bar coverage.

Kepada Zudin, maaf tak dpt nak contact ko masa tu. Sbb,aku mengangkut budak2 sekolah sekali dlm kereta aku. Susah pulak nak kemana-mana. Sepatutnya diorang naik van, tp last minute van rosak. InsyaAllah next time.


Ok, nak share sikit ilmu yang aku dapat. Well, maybe ramai yg dah tau.. tapi sajelah.. share.

Rahsia Angka Tujuh dlm Islam

    Allah menghiasi Udara dgn tujuh lapisan langit. "Dan Kami bina di atas kamu tujuh lapisan langit yang kukuh. Dan Sesugguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintan di langit, dan Kami telah menghiasinya bagi orang-orang yang memandanganya" Surah Al-Hijr:16


    Allah mencipta 7 lapis bumi. "Allahlah yang menciptakan 7 lapis langit dan seperti jua bumi" Al-Luqman:27


    Allah menhiasi neraka dgn 7 peringkat iaitu, Jahannam, Sa'iir, Saqar, Jahiim, Huthamah, Ladhaa dan Hawiyah. "Neraka itu mempunyai 7 pintu, tiap-tiap pintu adalah ditetapkan untuk golongan tertentu di neraka". Al-Luqman:27


    Allah menghiasi Al-Quran dgn 7 surah yang panjang dan 7 ayat pembuka kitab. "Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepada kamu 7 ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung". Al-Hijr:87


    Allah hiasi manusia dgn 7 anggota badan iaitu, 2 tangan, 2 kaki, 2 lutut, dan 1 wajah. Dan Kemudian menghiasi pula dgn 7 peribadatan iaitu 2 tangan dgn doa, 2 kaki dgn berkhidmat, 2 lutut dgn duduk dan muka dgn sujud."Dan sujudlah dan dekatkanla dirimu dgn tuhan". Al-Alaq:19


    Allah menghiasi umu manusia dgn 7 peringkat. Lahir - Radhi, Fathim, Kuhul dan Syaikh. Dan menghiasinya dgn 7 kalimah Laa ilaaha Illalaah Muhammad Rasuulullah. "Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimah taqwa dan adalah mereka berhak dgn kalimat taqwa itu dan patut memilikinya. " Al-Fath:26


    Allah menghiasi dunia dgn 7 negeri besar: Hindustan, Hijaz, Bashrah, Badiyah dan Kufah, Iraq, Syam Khurasan sampai ke Balakd, Rom dan Armenia, Yajuj dan Majuj, dan China dan Turkistan.
    Kemudian Allah menghiasi dgn tujuh hari dan memuliakannya dgn seorang nabi. Nabi Musa a.s dgn sabtu, Isa dgn Ahad, Nabi Daud a.s dgn Isnin, Nabi Sulaiman a.s dgn Selasa, Nabi Ya'qub a.s dgn rabu, Nabi Adam a.s dgn Khamis dan Nabi Muhammad SAW dgn Jumaat.

No comments: