Tuesday, May 18, 2004

Projek basah, lencun, berlumut dan hitam

Hasil dari war games tu, aku rasa aku kena buanglaa sport brasserie aku tu sbb dah bertukar kaler putih jadi hitam. hehe.. T-shirt Levis buruk tu pun mmg kena jadi arwah, tp aku harap T-shirt Kafe Batu Keras tu masih boleh bertahan even juz jadi t-shirt basahan jekla nampaknya lepas nie. Tp, kenangan akan terpahat utuh di ingatan selamanya. Tu yang best tu. Rasa-rasa sejak dr masuk U dan keje nie, tak penah lagi kot release tension, release peluh, release sengal2 badan camtu sekali.. heheh. Tp, it worths it (style iklan Loreal heh).

Aku mmg suka aktiviti outdoor. Even sebenarnya aku nie takde bakat pun dlm apa2 bidang sukan, tp aku mmg suka bersukan dan tgk sukan. And aku suka aktiviti luar even sebenarnya aku nie jenis yg tak suka tido khemah, tandas tak proper, tak pakai krim malam, mandi juz 2/3 gayung and stuff2 mcm tu. Tp, taktaula.. somehow aku sll ikut aktiviti luar yg masa join tu mulalaahhh aku terasa nak cepat2 balik umah.. Masa tido khemah plak teringat katil empuk kat umah. Lepas mandi tu rasa tak selesa sbb tak dpt nak sapu losyen. Tp, bila dah berpeluh2 tu, rasa mmg bestt. Sebab rasa macam bangun sume urat-saraf dan otot-otot. Mulala rasa teruja mcm org makan ectasy (betulke? taktaula kesan pil ectasy tu mcmana, tp ada org kata klu tgh high, org potong tangan kita pun kita tak rasa).

Untuk Water confidence dan Kayak mmg penah buat dulu masa Outward Bound kat Lumut. Tp, aku mmg takut air. Bagilaaa Reward Fear Factor pun, aku tetap pengecut ngan air. Rasa mcm air tu nak telan aku jek. Tp Flying Fox dan War Games tu mmg baru. And aku mmg ultimately enjoy semua2 aktiviti tu. Mana tak nya, lepas 4 thn keje dan macam2 masalah dtg sbb aku dah jadi org dewasa, now buat pertama kali aku rasa mcm alive balik sbb sume masalah2 tu dah hanyut ngan lumpur yg aku buang masa basuh baju. hehehe.. Dahla aku yg dpt ambik air oren tu masa first round. Lawak kan. Aku rasa aku sll underestimate myself kot.

Now, on top of all.. I feel intensely enjoyed. Dah lama teringin nak berkayak lagi. Dan jugak, dpt kenal kawan-kawan Geju yg selama nie aku juz baca blog and posting diorang je. Mcm Kak Ungku yg very nice yg aku kenal dlm forum. Sebenarnya segan nak join. Aku nie low profile. Bkn low profile, tp mmg aku jenis yg segan nak approach org dulu, tp sllnya klu dah diapproach or terapproach, aku plak yg lebih-lebih. Lgpun dah tua2 nie mcm kurang sket spark sosialnya. Tp, mmg pengalaman dpt plak jumpa kawan seTekom.. sabar jelah.

Kdg2 kan.. rasa segan jugak ye. Org lain semua ambik gambar guna digicam. Bukan jek kat KLD, masa pegi ILDAS pun sama. Ustaz2 tu pun ade digicam canggih2 gitu. Semua ambik gambar juz tgk screen jek, takyah nak tukar2 position lensa. Tp, aku masih guna kamera analog aku tu. Hmm, taktaulaa bila aku nak beli kamera baru nie. Kamera Olympus aku tu mcm ada sentimental value. Dah 6 thn aku guna, sayang nak tukar. Mcm handphone tu the obvios reason aku tak tukar, obviosly sbb aku taknak beli sendiri. Tunggu rosak and tekom bagi new hp. kekekek.. Kedekutnyala. Takdela, its juz I dun feel the need to buy a new one lagi. HP still ok lagi, lagipun nak MMS pun taktau ngan sape. Mmg aku teringin nak upload gambar ke blog aku. Tp, network kat ofis teruk sgt, sakit jiwa dibuatnya. Nak upload sure lama. Kat umah pun aku takde byk masa utk online. TMNet kat Sijangkang pun now.. erghhhhh.. killing me softly. Benci betul!. Aku terasa mcm manusia yg berjiwa IT dan berkelayakan dlm bidang IT tp ada kekangan rangkaian komunikasi yang teruk.

Oh ye, berita tentang laptop. Akhirnya Kini Pasti mmg hardisk laptop Latitude E500 aku tu yg rosak. Tp, Dell punya customer service mmg best. Aku call jek, the next day terus diorang antar engineer utk tukar harddisk baru. Tho, aku dah buat sikit back up, tp nampaknya aku mcm dpt laptop baru balik lee.. kena buat itu ini. Ngada-ngada betul!

No comments: