Friday, May 16, 2003

Ke padang Singkir

Miss my junal. Lama dah tak tulis jurnal. Bukannya apa, just emotional unstable. Iyeke? takla.. cuma takda masa. KAt umah nie malas nak guna PC sebab slow and kibod pun tak best. Yelah PC tahun 97. Pentium I, 32 Mb of RAM and Processor pun 330MHz kot. dah out of date kan. Tp masa aku beli dulu, kira canggih gak. Sekarang nie CD drive and A drive pun dah rosak. Aku pun malas nak betulkan. Nie pun monitor baru, hard disk baru.. kekekek. Apa nak buat, I am not a computer wiz.

Last Tues on the way to Klang bas stand, singgah jap kat kedai buku baru yang besar kat Jalan ape yek yang selepas Petaling Street tu. Yg ada kuil india besarrr tu. Kedai buku Popular, baru bukak so tengah sale. Bestttnyaaa.. Klu sale tu sampai hujung bulan nie sempatla beli another chick lit novel. Tapi novel melayu takde, actually aku nie jenis yang appreciate gak novel-novel melayu nie. Dah baca novel A Samad Said, Salina and ada satu tu apa ntah tak ingat. Usman Awang pun ada baca gak, Khadijah Hashim and Zaharah Nawawi tu memang faveret. Ade beli satu buku Faizal Tehrani and really like his style. Abdul Rahman Talib tu memang best la. Tengah cari novel Ranjau Sepanjang Zaman Shahnon Ahmad tu. Tengah tunggu Pesta buku kat PWTC. Alaa.. tp selalunya bukannya murah pun kat situ. Cuma oklaa boleh dpt macam-macam jenis buku. Tapikan.. dah lama aku cari buku kanak-kanak kegemaran masa kecik dulu.. Kat Popular tu baru aku jumpa. Siri buku 5 Sekawan Enid Blyton. Memang ada banyak kan siri buku 5 sekawan nie., tp yang nie yang Eddie, Dean, Mona, George and anjing diroang Tompok. Aku suka coz diorang suka pegi mengembara naik pedati.. pastu berkemah tepi tasik, minum air limau.. berenang kat lauB+ and George tu sepupu diroang. Disebabkan buku-buku dioranglaa aku sampai sekarang berangan nak ada rumah tepi pantai and picnic tepi tasik. And setiap kali minum air limau, aku terbayangkan cerita nie. There are 18 siries in this set. Dulu masa sekolah rendah aku dpt beli 3 buku, masa tu harga dia RM1.90. Semalam aku beli 5 buku.. harga dia dah jadi RM3.50. So, ada lagi 10 siri. And yup, aku masih keep reading those books. Besst sangat.

Sebenarnya selain dari Buku 5 sekawan nie, aku suka jugak baca siri Hardy Boys - Farouk and Johari kot ngan kawan diorang india tu.. tak ingat dah. Nancy Drews pun best. Dan ade lagi satu siri yang Patricia, Lim and sape ntah tak ingat. Buku-buku lain, Tidurla Intan (paling exlusive rasanya), Alfred Hitchcock, Enid Blyton kisah hostel tu. Mungkin coz dulu jadi pustakawan, tu yang fanatik sangat nak buku. Klu buku-buku english tu takdelaa sangat. Yelah, sekolah kampung. Dah lama sangat cari buku 5 Sekwan tu, puas tanya kat kedai buku. Sampai putus harapan. Tak sangkaaa sanagt jumpaa... Nak simpan sampai nanti ada anak-anak bole bagi pulak diorang baca..

Dah siap dah tanda kertas final my students. Oklaa not bad. Average is B+ kira teruk tu sebenarnya. Sebab grading dia dari A+. Tp oklaaa.. Tp sedih sebenarnya coz aku banyak bagi markah kesian. Kalau ikutkan skema jawapan memang teruklaa diroang. Cuma paling aku kesalkan it seems diroang takde tjawab. Yg HOD tu pun sama, I told my student in the last class yang aku akan pulang semua paper diorang ngan some additional note pada HOD diroang. So, diorang kena ambik kat HOD. And aku jugak dah bagitau HOD suh passkan those stuff pada diorang. Tapi turn out, sorang pun tak ambik kisah. LAst-last bila esok final, malam tu baru sibuj call tny pasal itu ini la,, ckp yang kertas diroang ada tp aku tak ambik markah laa.. macam2la.. ade satu group tu baru nak antar project paper.. tu pun macam nak taknak jek buat keje. Padahal masa tu dah 4 minggu dari last class. So, takkanlaa dlm masa 4 minggu tu diorang takleh nak ingat apa2 pasal mende yang diorang patut ambik and patut antar. Manja sangat ke, or dah tak kisah sangat pasal study coz diorang tu dah besar. Sorrylaa.. malas dah aku nak layan. Aku sikit punya concern, bagi extra notes, bagi tips, bagi exercise, bagi markah kesian banyak.. tp diroang sendiri taknak berusaha. Aku rasa markah yang diorang dpt tu tak berkualiti langsung, coz lab meniru, HW sah sah menyalin depan-depan aku lagi, exam meniru, project pun buat sambil lewa.. In fact, paper final tu punyalaa senang yang just perlukan sikit critical thinking, tp tu pun takleh buat. Ade sorang minah nie yang dari haritu dok rayu aku pertimbangkan exam dia.. hmm siap meniru lagi. Ayat sejibik-sejibik jek ngan notes. Tp i think orang lain tak kot, sbb memang nampak yg pandai tu memang boleh buat, and yang malas tu mmg dapat markah kesian jeklaaa..
So, aku jsut nak pesan to all students who are reading my jurnal, and to us also.. pls be responsible for what u are doing. Jangan nak mengharap pada orang lain jek, jangan nak tunggu sampai bulan jatuh ke riba jek coz takde mende yang free tanpa usaha sekarang nie. Ingatla tanggangjawab kita pada ibu bapa, pada keluarga, pada bangsa dan yang penting pada agama. klu kita malas, orang akan pijak kita, kalu kita malas.. kita akan kalah, kita akan lemah, kita akan ketinggalan. Dan jangan jadi seorang pelajar/pekerja/individu melayu yang malas. Jangan jadi diri kita salah seorang yg makan gaji buta, "alaahhh keje kerajaan. relax", "aalaa, duit PTPTN adaa", those typical malay paradigm kan..

No comments: