Satu demi satu orang yang ku kenali dan kaum keluarga pergi meninggalkan dunia ini. Dan kesemua mereka pergi dalam usia yang masih muda. Hari Sabtu lepas, kami dikejutkan dengan kematian sepupu H, Radif. Boleh baca berita tentang kematiannya di http://www.tv9.com.my/beritatv9/tajuk_utama/Seorang_Lelaki_Maut_Terbabit_Kemalangan_5_Kenderaan.html#.Um3mgvml6js
Sejujurnya walaupun aku kurang mengenali beliau, tetapi aku tetap boleh berborak dengan beliau bila berjumpa semasa raya, kenduri kahwin dan perjumpaan keluarga. Beliau seorang yang sangat peramah. Isterinya seroang yang sangat lemah lembut, mempunyai 4 orang anak perempuan yang bongsu masih bayi berusia 9 bulan. Jenazah beliau sampai dalam jam 11 pm dari Alor Star, apa yang paling menyedihkan pada masa jenazah beliau sampai, pada masa itulah anak bayinya menangis tanpa henti yang si kakak memang dah menangis dengan kuat. Kami semua dapat mendengar tangisan kakak. Si isteri meracau dan sangat lemah hingga tubuhnya bergoyang-goyang. Sedih sangat masa tu. Kami semua turut menangis disebabkan rasa sedih dan sebak yang teramat sangat. Jenazah diturunkan dan memberi peluang pada kaum keluarga untuk tatapan terakhir. Selepas tu terus dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Rasa terkejut sangat dengar berita ni. Macamana agaknya masa si isteri dapat berita. Ya Allah, aku asyik membayangkan kalaulah berlaku pada diriku. Takutnya.. Ya Allah, aku tak mampu nak lalui dugaan sebegitu. Apatah lagi anak-anak emmang sangat rapat dengan ayahnya. Sama macam Radif, anak-anak beliau memang rapat dengan beliau.
Namun, apa yang berlaku ni dengan pemergian kakak seofis ku, kakak iparku, rakan-rakan sekerja yang ku kenali membuatkan aku berfikir yang kematian akan berlaku bila-bila masa tak semestinya pada usia tua. Aku perlu bersedia mental dan fizikal. Apa yang tak mampu aku bayangkan ialah anak-anak yang kehilangan ibu bapa, tempat berlindung.
Sama keadaannya semasa kenduri akikah Ayie baru-baru ini, kami menjemput anak-anak yatim dari rumah perlindungan berdekatan. Alahai rasa sebak sangat melihat mereka ada yang semuda usia 2 tahun. Yang pasti, Allah lebih menyayangi hambanya yang telah pergi dulu.
No comments:
Post a Comment