Monday, May 6, 2013

Post PRU13 syndrom

Terasa sedih, loser, depressed memang ada juga sikit. Aku mengharap perubahan, tapi nampaknya belum dapat lagi merasainya. Mungkin seperti kisah penaklukan Constantinople yang Rasul SAW bersabda hanya Raja yang baik, dengan tentera yang baik dan rakyat yang baik yang akan dapat menakluk Constantinople. Begitulah juga di Malaysia, sudah pasti kekalahan ini menunjukkan masih ada ketidakupayaan dan kelemahan yang perlu diatasi. InsyaAllah, era kebangkitan Islam tetap akan berlaku. Oh, apa kaitan dengan kebangkitan Islam? 

Selama 5 tahun di Selangor di bawah kerajaan PR, dan kampung aku sendiri diwakili oleh PAS aku dapat alami perbezaan dengan era sebelum itu di bawah BN. Selama 5 tahun ini, aku rasa kesedaran aku terhadap agama agak meningkat insyaAllah. Aku bukanlah baik sangat tapi aku pasti ingin jadi lebih baik. Ada beberapa peristiwa yang membuka mata kearah keagaamaan seperti majlis sambutan tahun baru, konsert nasyid di Dataran Shah Alam ni kami ada pergi, karnival masjid, ceramah-ceramah oleh penceramah terkemuka dan program seperti Cinta Masjid. 

Masa DSAI di tangkap, aku sedang berada di Lapangan Terbang Chiang Kai Shek if Im not mistaken on the way balik ke US. Aku baca dari headline suratkhabar di lapangan terbang. Dan selepas itu, aku taktau apa yang sebenarnya terjadi disebabkan masa tu portal dan web dari Malaysia pun tak banyak. Aku mula baca Mahafiraun tu agak lamaaaa selepas tu. Jumaat lepas aku ke pesta buku dan aku beli sebuah biografi tentang Kak Wan. Sangat menarik, aku rasa dari pemerhatian kasar pun boleh bezakan macamana keluarga DSAI kan. So, aku taktau kenapa mesti aku tidak menyokong beliau. Apatah lagi selepas baca biografi tu. 

Berkenaan isu Cina Tsunami, OMG seriously aku terkejut and tak sangka yang Najib boleh lantang menyebut pasal isu perkauman. Ya, aku rasa ianya amat berbaur perkauman kalau kau sebut, Cina, melayu, india.. berulang-ulang. Apa yang kau nak sebenarnya, nak kita sebagai individu jangan berkawan dengan kaum lain macamtu? Always bersyakwasangka terhadap kaum lain? Memperjuangkan Islam kononnya, tapi adakah melayu kita ni benar-benar Islamic dan boleh menjadi contoh? Boleh tak kalau stop it all and anggaplah kita semua ni adalah bangsa Malaysia. Yang membezakan ialah agama. Dan dalam mana-mana agama pun akan mengajar penganutnya berbuat baik, apatah lagi sebagai orang Islam. 

Tengok dari trend kawan-kawan di fb, apa yang aku boleh rumuskan. Orang yang duduk kat Sijangkang, tak perlu bayar tol banyak-banyak, harga barang masih affordable, masih boleh dapat barang kampung, atau yang memang satu keluarga orang kuat bn diorang akan berpihak ke bn. Okay, aku terima malah aku boleh lagi menerima provokasi yang sangat hebat dari penyokong bn. Tapi, hari ni je status kebanyakkan berubah berbunyi perkauman, cina menang melayu kalah. ayoyo abihtu india macamana? Bukanke DAP yang menang tu pun melawan MCA? Dan melayu yang kalah tu disebabkan perpecahan undi antara PAS dan PKR, malah analisis membuktikan yang pengundi bukan memilih bangsa calon wakil mereka tetapi parti politik. 

Dan aku, dan kebanyakkan penyokong PR adalah dari golongan middle class dilemma. BR1M tak dapat, tapi cukai kena bayar. Tol bayar hari-hari dan hari-hari aku berfikir nak bakar tol LDP tu sebab menyebabkan kesesakkan. Dan aku lebih memihak kepada janji-janji memastikan keselamatan, pengisian rohani, membasmi rasuah... walaupun manifesto bukan janji, tapi at least ada usaha ke arah itu. 

Ya, hari ni aku say it out loud, aku adalah penyokong perubahan. 

1 comment:

Anonymous said...

pet insurance for dogs Consideration should be given to which policy bests provides for the pet owners needs and wants. There are lots of organizations who won't provide you with coverage should you previously had a medical condition before you sign with them, or they will likely charge you signifcantly a lot more.