Saturday, April 20, 2013

Private Emotion on my Kochi journey


Private Emotion

It’s a private emotion, that fills u tonite as the silence come between us, and the music comes alive’.. Kalau tak silap aku macamtuhla lirik lagu Ricky Martin. Dulu masa kat US memang selalu dengar lagu dia dan sedap-sedap. Dah lama tak dengar tiba-tiba masa breakfast di restoran Bubble, Gateway Taj Hotel Ernakulam pasang pulak lagu ni. Terus jadi feeling.

Yang mana describe perasaan aku sepanjang berada di India. Its an emotional journey. Emotional sebab inilah tempat kelahiran dan kampung bapaku. Selama ini aku Cuma ada saudara-mara sebelah emak aku dan tak pernah kenal saudara-mara sebelah bapak. Dan selama itu jugalah aku berkata pada diri aku yang satu hari nanti aku mesti menjejakkan kaki ke kampung halaman bapaku. Dan semuanya takdir Allah yang paling sempurna bila aku ada urusan kerja di Cochin (sebenarnya aku request pada TATA tahun lepas masa TM host meeting utk dia host di Kerala). Dan jadual penerbangan memang beri masa yang cukup untuk aku menziarah, abang ipar yang selalu contact pun tengah cuti sebab anaknya bertunang, anak dia yang berada di Dubai pun balik. Dan masa Jasmi balik Dubai pula aku habis meeting jadi aku sempat jumpa dia sebelum hantar ke airport. Manakala isteri India bapak aku aka mak tiri aku baru balik umrah. 

Selama ni semasa bapak masih hidup, memang kami sering tengok gambar keluarga dan kampung halaman di Kerala. Ladang padi dan tanaman di halaman rumah, gambar bapak di depan rumah, gambar keluarga dan gambar abang iparku - Siddique yang juga suami kakakku Maimoona. Siddique kerja di Dubai, adik lelaki belah sini, Moideen kerja di Abu Dhabi. Orang India atau mungkin Kerala memang merantau tinggalkan anak isteri. Lepas tu, diorang bawak banyak duit untuk bina rumah yang cantik, sekolahkan anak di sekolah Inggeris dan ambil insuran kesihatan untuk ke hospital swasta. Adik-beradik dan saudara mara lelaki semua merantau. Yang tinggal isteri-isteri, ibu dan anak-anak. Macam bapak sebab dia pun ada isteri di Malaysia jadi rumah emak india takdalah cantik sangat. Tak dapat bayangkan macamana agaknya berjauhan dengan suami dan ayah. Macam kakak-kakak sini bila aku sampai je semua tanya kalau aku ada bawak gambar bapak. Ya Allah, kesiannyalah diorang. Aku dapat rasa yang diorang mesti rindukan bapak. Bapak habiskan hampir kesemua masa di Malaysia.  Tapi emak aku kahwin dengan bapak pun sebab terpaksa. Tapi semuanya telah berlalu. Mungkin lebih senang aku ceritakan dalam bentuk point :
  1. Mother india baru balik Umrah pagi khamis tu lagi satu kebetulan.
  2. Kerala in general mempunyai kemudahan yang sangat baik dari segi pengangkutan – bas yang banyak dan accessible to all places basically tunggu depan rumah je, tuk-tuk ferrari, teksi, kereta sewa dan sekarang Metro tengah dalam pembinaan. Kemudahan internet yang murah equivalent for streamyx RM25 je, air kat rumah pump sendiri dari kolam yang sangat dalam. Ngeri tapi mengikut kata Siddique tak pernah berlaku kemalangan jatuh telaga.
  3. Roadway system is a thumb up. Jalan dia dalam bentuk maze semua ada jalan bukannya sejajar macam Malaysia. Jalan tu semua bertar dan driver suka ikut short cut dari lalu highway. Susah aku explain sebab dia macam maze tu, simpang bukan simpang empat tapi boleh jadi simpang lima atau lebih pilih jelah jalan mana yang nak lalu. Rumah semua tepi jalan ni dan bas lalu semua jalan.
  4. Rumah semua batu, cantik dan bersih I tell u. Memang segan weii, halaman bersih, bilik air bersih, dapur bersih.. rumah simple takda interior design hebat-hebat tapi banyak bilik, kipas dan beraircond. Dan diorang suka bercucuk tanam dan tanam bunga. Halaman memang cantik.
  5. India is self sustained country termasuklah setiap rumah. Ada beras sendiri (diorang banyak sawah padi yang upah orang utk usahakan) so setiap rumah ada berguni-guni beras, ada pokok kelapa dan kukur kelapa sendiri, kayu utk kayu api, punca air sendiri dan uniknya dari punca air tu siap ada pancuran untuk pokok di halaman.
  6. Diorang masih masak guna kayu api walaupun ada dapur gas dan dapur kayu api diorang moden guna jubin.
  7. Again India is self sustained country sebab susah sangat nak jumpa barang import. Kenderaan dibuat oleh TATA dan Mahindra, kalau ada pun Suzuki. Lori, bas semua TATA. Stesen minyak Indian oil dan Bharat oil. Seluar jeans Cuma di pakai oleh orang muda yang duduk di Cochin kalau area kampong memang takdalah orang pakai seluar jeans. Barang-barang souvenir, groceries semua made in India. Memang puas hati beli souvenir. Pekerja asing langsung takda sebab diorang sendiri banyak tenaga buruh. Perabot rumah semua made in India siap almari dari besi lagi. Cuma electrical appliants banyak LG, Panasonic etc. Restoran KFC atau McDonald langsung tak kelihatan. Diroang punya makanan seharian adalah roti canai, tosai dan beriyani. Kari, kari kari tapi soddapppp.. Tak heran pun nak makan coklat ke apa ke.
  8. Sistem pemanduan memang unik tapi aku rasa ada baiknya. Diroang ni stail berhenti suka hati mana nak berhenti, boleh je berhenti tengah2 jalan untuk tanya orang,  tak perlu map/GPS sebab direction is available by one greet away tanya je sesapa memang semua akan tolong bagi direction, belok suka hati tetiba belok, sikit-sikit hon. Tapi disebabkan semua-semua ni eksiden jarang berlaku dan tak perlu traffic light pun. Pelik ya agaknya bila dah asyik dengar hon, kau dah tak rasa yang hon tu sesuatu yg irritating. 
  9. Catatan di atas ditaip semasa aku menunggu penerbangan balik ke Malaysia di Chennai International Airport. Dan catatan selepas ni ditaip semasa aku bertugas di bilik gerakan PRU, no work stuff so take the opportunity to write blog. Chennai Airport ataupun lebih dikenali sebagai Madras adalah airport di mana bapak aku dulu mendarat dari Kuala Lumpur. Langkah pertama turun dari kapal terbang membawa aku menjejaki pengalaman bapak. Tapi bapak dulu akan ambil keretapi selama 10 jam kalau tak silap untuk ke Kerala. 
  10. Its so funny that men in India are wearing kain pelekat juz everywhere they go. Driver yang bawak aku ke kampung halaman pun pakai kain pelekat. diorang selesa dengan cara tu. 
  11. Masa sampai dalam perjalanan ke hotel, ada pembukaan shopping mall baru di bandar Kochi dan adegan yang sama seperti dalam filem tamil, semua umat manusia akan berpusu-pusu menuju ke shopping mall untuk tengok dan rasai pembukaan shopping mall. Semuanya samada berkereta compact (diornag suka kereta compact macam kancil tu) atau bermotor yang macam jaki jipang tu. Dan untuk pemandu motor je wajib pakai topi keledar, penumpang tak wajib. 
  12. Kat Malaysia makan kat hotel tak pernahnya pakai tangan tapi kat Kochi dengan nikmatnya aku makan pakai tangan sebab orang India makan macamtu dan memang disediakan bekas untuk basuh tangan. Dahla makan beriani yang sangat nyuummmy sedappp.. esp beriani kambing. 
  13. Aku tak berapa suka masakan India di Malaysia tapi di sana lauk pauk memang sedap baik yogurt, salad (Sayur dalam sos yogurt), sos ketumbar, kelapa, dalca tu semua memang terbaik. 
  14. Restoran mamak kat India bersih i tell u, berbeza dengan kat sini... malu sikit woii. 
  15. Keluarga aku di sana atau mungkin masyarakat sana kurang mementingkan dekorasi rumah. Cuma basic dan seadanya takdalah macam kita yang kadang-kadang berlebihan menghias rumah. Tapi diorang suka tanam bunga. 

1 comment:

sha said...

Bestnyer, dapat merasai pengalaman dan makanan... hheehe aku kan suka makan, lebih2 kari, mcmanalah rasa kari yg sedap kat sana tu...

bariah