Monday, February 18, 2013

Heyy H2O

H2O tu taukan sapa big boss kementerian passport. Nak cerita tentang renew passport sebab setiap kali mesti ada masalah. Sekarang ni aku renew passport 2 tahun sekali sebab kerja pun. Kalau bukan sebab business meeting sudah pasti aku tidak akan keluar dari bumi Semenanjung Malaysia ni. Kali terakhir aku renew di Pusat Bandar Damansara okay masa tu imigresen masih ada di sana. Aku pun beratur untuk renew di kiosk, tak payahlah nak menambahkan beban kerja kakak kaunter kan. Beratur hampir sejam (PBD so panjanglah jugak queue), alih-alih tinggal lagi 2 orang gitu sistem pun down. Lalu kami pun semua kenalah buat secara manual. So, dari elok-elok nak pegi kerja aku pun ambik EL hihi sebab petang baru boleh collec  passport.

Kali ni pulak pegi balik PBD tapi rupanya dah pindah ke Jalan Duta, sabar je lah nasib baik parking tak payah bayar less than 1 hour. Kat Jalan Duta ada cerita menarik sebab bangunan Kementerian Dalam Negeri bangunan baru jadi  bukan kat area pejabat kerajaan tu. Dari info kat PBD bangunan tu sebelah masjid Wilayah, so aku pun round-round around masjid. Tapi nan hado. Jadi aku pun tanyalah pakcik pengawal di area masjid. Ada seorang pakcik tu punyalah helpful dan peramah pada pandangan pertama aku. Dia suruh aku ikut dia, dia akan bawak aku ke KDN dengan moto. Jadi aku ikut belakang dia. Dia bawak betul-betul sampai ke dalam kawasan KDN yang sesak dan suruh cari parking. Dalam hati aku, baiknya pakcik ni nanti aku sedekahla RM10 kat dia. Rupanya hampezz, berenti je terus dia cakap, "10, 10,10". Aku ingat apa tingkat 10 ke, rupanya dia minta RM10 sebagai upah. Geram pulak aku. Yelah, bukannya jauh dan aku bukan berniat nak suruh dia bawak aku mula-mula tanya tu aku juz minta dia bagi direction sebab dah dekat pun. Betullah orang KL ni memang suka ambil kesempatan. Bayangkang kalau dalam sehari 10orang yang dia tunjuk arah senang-senang je dapat RM100. Dan KDN dan kerajaan amnya puhleezzla janganlah cemari imej dengan mende2 macam ni. Isi borang bayar, ambil gambar bayar lebih mahal. Semuanya jenis yang mengepau je. Nak buat tu pulak pakcik makcik tua nak pegi umrah. Tapi aku pun pelik apsal semua orang bertumpu di Jalan Duta diorang duduk area situ ke? Aku bajet tak ramai tapi makkooiii beratur sampai ke luar bangunan tak sanggup aku nak join. So, aku pun chow pegi ofis. Apa-apa pun lepas ni kena be careful kalau ada orang baik hati sangat nak tunjuk jalan.

Lepas tu aku cuba pulak nak renew online tapi forever dapat mesej, "aktiviti tidak dapat diteruskan sila ke kaunter berdekatan". Hmmm, eloklah tu promosi je lebih tapi tak boleh guna. So tipikal laah online services. Jadi pagi tadi aku pun ke imigresen kelana jaya, kioks takda orang amannya. Aku siap bagitau officer yang in charge last time aku renew kat kioks sistem problem so terpaksa pegi manual. Alih2 elok je aku siap renew less than 10 minutes kat kioks tu rupanya sistem pun problem gak. Aku cuma boleh collect passport Khamis  (2 hari) instead of siap dalam sejam.

Sabar je lah dengan perkhidmatan kerajaan. Namapun pihak berkuasa so kita ikut je lah semua karenah dan masalah yang dihadapi. Tak sabar pulak aku nak tukar kerajaan. Saja nak tengok siapa yang boleh paling komanpun suit requirement aku untuk hidup lebih senang, selesa, harga barang yang murah, harga kereta rumah yang affordabale. Rasa selamat di negara sendiri dan pengisian program tv, acara nasional yang lebih islamik. Say no more to hiburan, konsert tak tentu hala. Undi itu rahsia.

No comments: