Wednesday, January 2, 2013

Anugerah masjid terbersih

jatuh kepada Masjid Umar Al Khattab di Bukit Damansara. Seriously aku tak jumpa secebis sampah pun. Tandasnya memang tip top bersih dan flushnya jenis elok. Biasa kita jumpa flush kat masjid jenis murah lepas tu cepat rosak.

Aku terfikir adakah taraf pemikiran atau duit yang menyebabkan masjid itu bersih. Maksud aku mungkin sebab orang kelas atasan lebih tahu kepentingan menjaga kebersihan, malah mereka ada standard dan etika hidup yang kebersihan adalah salah satunya. Ataupun disebabkan mereka ada banyak duit so mereka boleh upahkan perkhidmatan pembersihan yang sangat bagus.

Walauapapun bagi aku semua orang perlu me.jaga kebersohan, apatah lagi ssbagai muslim. Malulah sikit negara bukan muslim lago bersih dari negara muslim. Sedangkan kebersihan sebahagian dari iman.


No comments: