Monday, September 10, 2012

Kes pembuangan bayi terkawal?

Baca surat khabar hari Sabtu atau Ahad, seorang pegawai tertinggi JKM menyatakan yang kes pembuangan bayi di negara ini masih dalam keadaan terkawal. Heyy, kau biar betul. Kau kerja JKM kau sepatutnya tahu betapa teruknya masalah sosial yang berlaku sekarang ni. Ke kau masih rasakan kerja kau relaks. Aku expect orang yang kerja JKM adalah orang yang paling teruk kerja sekarang dengan macam-macam masalah melanda dengan orang kehilangan upaya dan kurang mampu yang rasa semakin bertambah sekarang ni. Aku rasa tak perlulah orang Islam ke bukan, tapi sebagai manusia aku just tak boleh nak keluarkan statement yang masalah sosial atau pembuangan bayi masih terkawal. Walaupun seorang yang di buang dalam setahun tapi itu adalah satu kes yang sangat berat. Bukan sahaja kita bercakap tentang nyawa manusia malah tentang apa yang berlaku di sebalik pembuangan bayi itu.  Apa yang berlaku? Maksiat yang berleluasa, lelaki dan perempuan yang tak tahu menjaga kehormatan diri. Come on la, kehormatan diri tak perlu jadi orang Islam, sesiapa pun secara logiknya tahu apa yang baik dan buruk untuk diri dia. Dan sebalik maksiat ni menunjukkan iman yang lemah, penerapan agama yang lemah, didikan yang tidak sempurna, sistem pembelajaran, penguatkuasaan undang-undang, kepentingan komersil melebihi kepentingan aspek keselamatan atau undang-undang contohnya uptown-uptown yang bersepah sedangkan malam sepatutnya kita duduk di rumah. Macam-macamlah, parents yang tak ambil tahu keadaan anak mungkin juga sebab pemakanan. Teori domino untuk masalah sosial lebih teruk dan sangat besar kesannya dari teori domino untuk kejadian tsunami ke contohnya. Apa yang aku dapat simpulkan betullah dunia hari ini dah kembali ke zaman jahiliah. <-- ewah pandai-pandai je aku ni, tapi ini pandangan peribadi aku.

tukar topik pregnancy. Ya Allah hari ni kaki bengkak sebengkak-bengkaknya sampai nak pakai kasut pun sempit. Ntah kenapa, samada semalam banyak berjalan ataupun taktaula sebab apa.

No comments: