Ya, aku rasa blog ni dah jadi blog membebel dan mengkritik pulak sebab aku rasa makin banyak je perkara yang aku kritik sekarang ni. Iskkh, aku kena lebih rasional ataupun memang bila pregnant semua deria jadi lebih sensitif termasuk deria pemikiran haha.
1. Aku nak cerita balik pasal masalah sosial, ada artikel dalam surat khabar dari hospital TAR di Klang. Jiran aku di kampung ialah seorang nurse di jabatan O&G, jadi kalau kitorang jumpa memang takda cerita lain selain cerita kelahiran anak-anak luar nikah yang dia kendalikan. Memang betullah apa yang dilaporkan dalam artikel tu setiap hari ada satu kelahiran anak luar nikah. Sedih kan, bila dengar cerita nurse sendiri lagi sedih. Aku emmang tak boleh nak dengar tapi curious la pulak. Malam tadi aku kan tak boleh tidur sebab siang tu aku MC dan tidur straight petang, so aku pun browse-browse la Youtube. Kadang-kadang aku meamng suka browse topik macam berita-berita orang melayu (people & blog gitu laa), so aku search Melayu, bukan Melayuboleh atau melayu berani ke apa. Mak oiiii terguzat I, seriusly aku tak sangka video yang keluar tu memang mengalah hard pornn. Patutla kalau budak-budak sekolah sekarang senang sangat access ke mende-mende macam tu dan banyak sangat report yang video di ambil masa terlanjur dan kes-kes macam tu. SEriously,video omputih pun macam susah jumpa (i mean, selalunya kena blok kan video-video 18sx ni) tapi yang melayu punya yang bersepah. Ngeri. I mean yelah syokla tengok tapi ngeri membayangkan betapa senangnya diorang ni buat perkara macam tu. Dan dalam masa tu aku terfikir juga betapa orang yang dah kahwin ni takdalah setiap masa rasa best dan rasa kadang-kadang it takes time, mood and all lots of thing to get the feeling, tapi bila baca kes-kes kat surat khabar dan tengok video eh eh senangnya dan sekejapnya. I mean, tak sakit ke??
hahahha... I am reading too much of Harian Metro.
2. Traffic jam dan construction
Hmm, Kat Malaysia ni traffic jam bukanlah berkurangan tapi cuma beralih tempat je. Sebabnya adalah never ending construction. Selagi ada tanah kosong, selagi tu laa ada je kau nak buat projek ntah hapa-hapa. Dulu TTDI jem sebab construction untuk terowong ke Kepong, sekarang terowong dah siap masih jem sebab construction untuk MRT. Sama macam tanah area rumah kitorang, lereng bukit pun semua dah kena tarah untuk buat kondo dan perumahan. I hate it. I love the fact that my current area is surrounded by small forest, by trees but it will not last long anymore. Lepas ni makin jem la Damansara Damai sebab projek perumahan naik merata tempat. Semua sebab akan ada MRT. Okayla the positif side bolehla aku naik MRT ke ofis kots nanti.
3. Di duga dari segi kesihatan
LAst few nights aku tengok Soal Wanita di tv Alhijrah. Suka sangat tengok Natasha Hudson yang dah bertudung. Tetamu jemputan ialah En Abil yang menjaga isterinya yang koma di sebabkan brain damage semasa serangan asma. Ya Allah, insaf sangat. Aku juz tak mampu nak diduga seperti tu, i mean kalaulah ada di kalangan keluarga aku yang sakit kritikal aku juz tak boleh cope up. Takut rasanya. Biarlah kami tak mewah sekarang ni di duga dari segi kewangan tapi janganlah diduga dari segi kesihatan.
okayla.. nak balik dah.
No comments:
Post a Comment