Thursday, July 12, 2012

My lovely MIL

Tetiba pagi ni terfikir tentang mak mertuaku, seorang yang sangat beautiful, baik hati, positif, menjaga kesihatan dan kecantikan. Sememangnya beliau adalah contoh wanita yang boleh dijadikan idola. Walaupun adalah juga beberapa kekurangan tapi aku cuma nampak kelebihan beliau sahaja. Sebenarnya dari kecil aku memang biasa dan sering mendengar tentang beliau. Beliau agak rapat dengan ibuku apatah lagi sebenarnya beliau seorang mak andam malah satu-satunya makandam di kampung kami pada ketika dulu. Jadi  tak pelik kalau beliau memang sangat dikenali. Aku sekelas dengan anak perempuan bongsunya tapi Hanis  yang aku kenali bukanla seorang yang senang-senang nak keluar rumah apatah lagi nak berjalan-jalan naik basikal macam aku ni. Kalau nak main dengan dia memang kena ke rumah dia. Rumah dia dahla besar, segan oi.

Anak-anak MIL semuanya sekolah standard2. Semua sekolah kat Klang, Klang High School,Hishamuddin (H), MTD dan SMTAR.Tak mainla sekolah biasa macam aku dan kebanyakkan budak kampung lain. Pegi sekolah pun ada yang bawak bukan tunggu bas tepi jalan. Mungkin disebabkan berkahwin dengan pegawai tentera, keluarga MIL memang sangat berdisiplin. Dan jugak walaupun MIL seorang yang sangat berjimat tapi anak-anaknya mendapat keperluan yang agak mewah lebih dari budak-budak biasa. Contoh diroang memang ada motor atau kereta semasa zaman kolej. Aku rasa aku dengan H,H tu langsung tak pernah jejak komuter, malah kadang-kadang aku ajak naik komuter pun dia taknak. Lagi-lagi bas ntah2 perhentian bas pun dia taktahu kat mana.

MIL seorang yang aktif, beliau bukan saja mak andam tetapi pengajar terawal KEMAS, ahli jawatankuasa  masjid la, wanita UMNO la macam-macam lagi. Sampai sekarang pun memang beliau masih aktif. Tapi kalau tahu sejarah hidup MIL, memang kagum dengan ketabahan beliau.Maksud aku dugaan yang pernah beliau hadapi. Suami, arwah FIL sering bertugas di tempat jauh malah sering mengikuti misi luar negara. FIL pernah berulang alik naik motor dari Jangkang ke PD. Dan MIL memang tak pernah ikut FIL. MIL yang jaga anak-anak dengan pertolongan ibunya Mak Nyai. MIL kehilangan anak lelaki sulung disebabkan demam panas. Kalau dengar MIL cerita aku memang sedih, anaknya demam berhari-hari dan bila bawak ke hospital terus meninggal.Sedihnya.. Bukan saja anak sulong, malah pada MIL kehilangan FIL dan anak perempuan sulung dalam beza setahun je. Sampaikan  masa tu MIL jatuh sakit. Aku taktau macamana MIL boleh survive. 

Dalam semua dugaan tu aku paling kagum macamana MIL boleh didik anak-anak dengan hampir sempurna. Anak-anak dia semua baik-baik, sopan santun, pandai dan berdisiplin. Langsung takda cerita buruk. Kalau ada pun bad temper hehehe..dan tak berborak sebab semuanya senyap2 je. Aku pun selalu cakap dengan H yang adoii mcmanalah aku nakdidik anak-anak lelaki macam MIL didik H yang respek dengan perempuan tak ambil kesempatan, tak tinggal solat etc.

And H nie memang satu pesenla kalau dengan omaknya.. manja dan rapat. Kalau kat kampung tu bolehnya dia tebas kebun, repair itu ini, borak dgn omaknya sepanjang masa. Sampaikan kadang-kadang bila dia tersalah cakap dengan omaknya dia akan rasa bersalah. Nak kata anak omak tu tak tapi nampak sangat  dia sayang kat omaknya. Dia akan hantar birthday cardlah, kad raya lah sedangkan aku pun dah tak dapat birthday card dari H.

Cuma kesian kadang-kadang MIL selalu je seorang kat  rumah.Dan aku tak faham kenapa kadang-kadang anak-anak dia ni mcam tak kisah nak balik tengok mak. dan asyikla suruh mak buat itu ini sendiri ie: repair paip ke apa. KAlau kak Long tu lagi aku tak faham kenapa  suka je sound-sound nenek. Nenek duduk depan pintu bilik dia pun dia cakap nanti dia susah masuk bilik.


Untuk MIL, semoga beliau sihat sejahtera dan walaupun aku menantu yang memang tak pernah telefon tanya khabar dan kadang-kadang malas nak tolong masak, bangun lambat pulak tu.. tapi aku memang sayang MIL aku.

No comments: