Tuesday, December 6, 2011

Shopping online

Aku ni takdalah selalu sangat shopping online tapi adalah jugak banyak kali,heh apakah ayat ini. Selalunya barang yang cari online ialah barang anak-anak seperti botol-botol susu, cloth diaper, pakaian, toys dan car seat, selain tu ada juga beli supplement, buku and few others. Sebenarnya aku akan shopping online sebab barang-barnag yang susah nak cari di kedai dan barang-barang yang lebih murah. Aku tak suka shopping online sebab tak nampak jelas depan mata dan tak mahu ambil risiko.

Walaupun jarang shopping online tapi ada jugak kes-kes perangai penjual yang menyakitkan hati. Contohnya hantar barang lambat, tak responsive. Dua kes yang aku ingat masa nak beli car seat utk Faris, aku ni kalau contact penjual tu maksudnya aku memang nak beli la bukannya survey2. Tapi mamat yang nak jual car seat ni belagak betul, dahla aku yang pegi tempat dia lepas tu nak kena ikut time dia je apahal. Menyampah aku cancel terus. Tapi tuhla sampai sekarang Faris takda lagi car seat.

Sekarang nie pulak tengah order barangan merawat rambut gugur. Geramnya kat akak yang jual tu masa kita nak beli cepat je respond. Tapi bila kita dah bank in duit bolehnya senyap je. Balas pun sekali sekala. Sampai sekarang pun tak confirm lagi bila dia nak post barang tu..sakit hati betul. Dahla rambut aku memang kronik gugur sekarang ni.

Tapi online business ni memang powerful. Tadi aku google teknik Albaghdadi sebab plan nak carikan kelas mengaji untuk Faris. Terus keluar cawangan kat Damansara Damai fuhh tak sangka kat tempat aku pun ada kelas tu. Ingatkan kat Sungai Buloh je. Dan website dia juz bagi info je tapi aku terus berminat. Dan aku rasa this is the power of google kot. Google apa yang kita and walla keluar apa yang kita nak.
Now aku tengah fikir macamana agaknya aku boleh buat online business gak hehehe. Masalahnya aku ni jarang online. Tak sempat yo. Kalau FB pun jarang bukak nie kan pulak website lain.

No comments: