Friday, July 15, 2011

Dari Penjara Menuju ke Iman

I can't hel and being so excited to write about this book. On last Wednesday, H had some work around my office area, so we set a time to lunch together. I was so overwhelmed with work that I didn't dare to go anywhere intresting for lunch ie: Midvalley or KL. So, we were settled in UM as always. We went to Perdanasiswa this time, and one stop that I could never miss is Pekanbuku. I am so loving Pekanbuku, they have great variety of books.

We bought, Dua Wajah - by Syed Hussin Ali about his experience in ISA, P Ramlee by Ahmad Sarji and Dari Penjara Taliban Menuju ke Iman-adaptation by Anton Kurnia published by Telaga biru.

Haha, sound so politically incorrect these days. Dunno why but I love reading authobiography or memoir book. Have quite a number of collection. But, I hope I wont go into politic. And I know myself, I am not a brave person. I will be crying everytime I read about sufferring especially when involves children.

Btw, about the last book. Ya Allah, kenapa aku macam tak penah tahu pasal cerita Yvonne Ridley ni. Ya, aku ingat dia kena tangkap oleh Taliban masa perang Afgan dan tahu dia peluk Islam tapi aku tak pernah bother the real story.

Basically, Yvonne ni feminist juga orangnya. Dia cuba menyeludup ke Afgan dengan cara menyamar untuk mengetahui sendiri keadaan di sana. Dan dia juga nak tengok sendiri betulke kaum wanita di Afgan ni memang dijadikan minoriti dan takda hak dalam kehidupan seharian. Tapi apa yang dia alami sangat berbeza, dia di layan dengan baik oleh semua orang dan dia dapat tengok yang orang perempuan ni mendapat martabat yang tinggi.
Aku akan ambil beberapa perenggan yang aku rasa menarik.

1. Masa Yvonne berkunjung ke satu rumah di perkampungan Afgan, dia di layan dengan baik sekali disediakan tempat berehat dan makanan. Seorang perempuan dalam rumah tu berkata, "Eh, kalian perempuan Inggeris dan Amerika hanya mampu melahirkan satu atau dua orang anak, tapi kami mampu melahirkan lima belas orang anak! Dan ketika kalian kehabisan anak muda untuk dihantar ke medan perang, kami masih punyaramai penggant. Anak-anak kami dilahirkan untuk menyandang senjata. .. Jika saya pelu bertempur, aya akan bertempur". m/s 74.

Dan masa Amerika menyerang Afgan, kampung ni dibom 3 hari berturut-turut sehingga lenyap.

2. Masa Yvonne di tahan di penjara Kabul, dia sidai baju dalamnya di tempat terbuka. Dan tentera Taliban semua malu.. "Afganistan hampir dibom oleh negara terkaya d dunia dan yang mereka fikirkan ialah pakaian dalamku yg hitam dan kendur. Amerika sebenarnya tak perlu bom. Cukup terjunkan satu rejimen wanita yang melambai-lambaikan pakaian dalam mereka. D jamin para tentera Taliban akan mundur dan lari lintang-pukang" m/s 101. Menunjukkan sebenarnya kaum Taliban ni jenis yang menjaga kehormatan. Ada beberapa situasi dalam buku yang menunjukkan perkara ni.

3. Islam dan Wanita.. ni adalah yang paling menarik dan seperti yang pengarang buku ni bagitau, buku ni adalah paling baik dihadiahkan kepada anak remaja terutama perempuan. Aku yang lahir dalam Islam pun tak pernah nak mempelajari Al Quran dan berfikir dengan tajam. Sedangkan Yvonne di beri hidayah yang sangat berharga sekali. "Ternyata Islam memanjakan wanita. Wanita tidak perlu dipaksa bekerja agar dapat mendidik anak-anaknya, agar terhindar daripada pengambilan minuman keras, ponografi dan lain-lain hal.. bahkan ditegaskan sesunguhnya .. wanita merupakan tiang negara dan sesungguhnya syurga di bawah tapak kaki ibu" Penindasan wanita ada di mana-mana, di negara Islam dan di barat, ini semua soal budaya bukannya agama. Di barat masih ada masalah yang orang lelaki berfikir mereka lebih baik dari wanita. Nie terbukti dari struktur gaji dan pangkat, apalagi perempuan di jual melalui pengiklanan.. betulkan.. Yvonne kata, "Barat adalah sebuah masyarakat di mana kekuatan atay pengaruh wanita ..ditentukan oleh ukuran payudara" m/s 169.

"Islam menghormati peranan ibu dan isteri. Merupakan sebuah kehormatan menjadi suri rumah tangga dan pendidik kepada anak-anak kita. Namun, Al Quran menyatakan jika ingin bekerja, maka bekerjalah. Wanita Muslim bebas menjadi wanita berkarier, punyai profesion, menyertai politik atau apa jua yang diinginkan dgn syarat diniatkan sebagai ibadah kepada Allah kerana apa jua yang kita kerjakan sebagai Muslim adalah demi beribadah kepada Allah". m/s 171.

Yvonne buat anologi antara burqa dengan email/faks tu semua.. tak nampak muka juga tapi manusia tetap berkomunikasi.

"Segala yang diperjuankan oleh kaum feminis pada era 1970an ternyata sudah dinikmati oleh para wanita Muslim 1400 tahun silam". m/s 173. Menggeletar baca nie, rasa insaf dan terharu. Kenapa aku sendiri tak boleh berfikir dan membuat pernyataan yang sebagus ini.

Islam membebaskan Yvonne dari kebimbangan kehidupan peribadi, "Aku tidak lagi duduk gelisah dan menuggu telefon berdering daripada seorang laki-laki. Aku tidak lagi berasa stres hanya kerana soal-soal lelaki. Untuk pertama kalinya sejak zaman remaja, aku tidak lagi mempunyai tekanan untuk mempunyai teman hidup ataupun bersuami". m/s 152.

Persaudaraan sesama wanita Muslim membantu dalam soal-soal perawatan anak, pengumpulan dan dan hal-hal pembelajaran, di barat kaum wanita sibuk saling melirik tunangan orang dan saling mengira peratus berat badan dan cara berpakaian wanita lain. m/s 153.

Demi membela Islam, kita boleh lakukan apa saja dan selemah-lemahnya dengan memboikot barangan Yahudi.

Sangat menarik kan... Dan aku sangat berterima kasih pada H sebab dialah yang belikan buku nie. Aku takda duit masa tu dan aku nak beli satu buku lain je, tapi H belikan buku ni sekali. Dan lepas tu kami pun berbincang, for the record H ambik major dalam Sains Politik jadi yuppp aku suka berbincang pasal politik dengan dia sebab dia adalah buku sejarah bersuara.. (cuma sebba aku sendiri pun jarang baca pasal politik jadi jarangla pun borak-borak secara ilmiah, pasal gossip bolehla.. )

No comments: