Wednesday, May 25, 2011

Pasar Malam

Dah banyak kali terkena makanan yang tak fresh dekat pasar malam tempat aku pun aku masih jugak ke pasar malam dan beli makanan. Apa nak buat, memang teringin dan selalunya aku beli sekali sayur dalam pinggan yang murah-murah, bawang merah semangkuk seringgit, salad seringgit, ulam-ulam yang susah jumpa di kedai.

Dan Jumaat lepas adalah yang paling teruk. Aku beli sate sebab Faris suka sangat sate dan dah lama kami tak makan sate. Dan beli nasi ayam yang dah lama aim sebab nampak menarik sanagt. Masa beli nasi ayam tu pakcik jual nasi ayam siap suruh aku test. Masa makan tu rasa ehh macam mentah tapi tak mungkin laa.. tengok sedap je. So, bila beli Faris dan Fakhri pun makan dengan sedapnya.

Masa aku dan H makan, eeii geram.. ayamnya mentah, nasi macam tak fully tanak dan sup nya tolonglaa sup air taruh daun sup kot. Bencinya, lagi konon pakcik tu nak promot catering. Sapa je yang nak..

Dan malam tu Fakhri muntah-muntah dengan hebatnya. Muntah-muntah dan cirit-birit. Sampaila ke hari ni masih belum betul-betul pulih.

Dan ada satu caterer kat kejiranan aku. Rumah dia corner lot, memang luas halamannya. Kat rumah tu dia buat catering service. Masalahnya aku pelik, sebab dia cuma dirikan khemah dan semua kerja-kerja catering dibuat kat khemah tu. Dan semua barang-barang catering macam pinggan mangkuk, periuk belanga semua kat situ. Rumputnya dahla tinggi-tinggi. Macam sangat tak proper. Lepas tu kadang-kadang dia park lori dan motor-motor kat situ.
Kat pagar rumahnya ada banner catering service, hmm..
KENAPAlah diorang ni bila menjual taknak buat betul-betul dan ikhlas?

No comments: