Wednesday, March 2, 2011

Blighted Ovum – Sebuah Kehamilan Kosong

Aku masih berada di wad Pantai, doktor dah datang dah discaj tengah tunggu bil untuk diselesaikan. Melalui GL sudah pasti, tetapi andaikata aku tak memiliki kemudahan dari tempat kerja ni, sudah pastu aku akan ambil insuran kesihatan. Kenyataannya aku ni penakut hospital, untuk itu aku perlukan rawatan yang berkualiti untuk menghindarkan perasaan takut. Contohnya semalam semasa hendak masuk ke OT (operation theater), tuhan saja yang tahu betapa takutnya aku. Dahla dalam OT, prosedur bius mengambil masa agak lama, tak tahulah tapi kali ni sampai 4,5 kali doktor cucuk cari urat darah). Masa tu kita dah terbaring atas katil OT, Nampak suasana OT doktor dan nurses dok borak-borak gelak gelak. Semua orang dah scrub scrub. Doktor Idris pun dah masuk. Aku pun dah di pasang monitoring wires tu. Mahu tak menggeletar sampai kedengaran nafas menggeletar aku. Doktor pun tanya kalau aku okay. Tapi, bila je dibius terus tak sedar apa.. tersedar bila nurse panggil-panggil dan dah berada di common room bilik semua patient lepas operation ditempatkan. Lagi ngeri wa cakap lu. Dikelilingi dengan pesakit-pesakit lain ada yang major surgery memang nampak sebab langsir tak ditutup.

Blighted Ovum atau kehamilan kosong terjadi pada awal kehamilan. Masa persenyawaan, sperma dan telur dah bercantum dan melekat di dinding rahim tapi tak membesar. Plasenta dan kulit ketuban dah pun membentuk kantung kehamilan. Dah dua kali aku keguguran sebab ini. Masa keguguran pertama, aku kena chicken pox jadi taktaula kalau ada efek ke tak. Dan kali ni memang aku demam teruk sampai tak boleh bangun. Tapi aku rasa bukan penyebab pun. Cuma kalau kali pertama memang aku tak terasa sangat alahan mengandung, tapi kali nie memang teruk alahan. Cuma bila masuk bulan ke dua/tiga tu macam pelik gak sebab semua alahan dah hilang. I juz can feel it yang the pregnancy tak menjadi. Sebab tu aku memang tak bagitau ramai orang. Lagipun aku pelik sebab perut tak membesar sangat dan tak tegang.

Kita tak sedar kehamilan kosong ni kalau tak buat ultrasound scan tu macam aku la suka sangat tangguh check up. Dah masuk bulan ke-4 baru nak check up.. Malah tak sempat check up dah bleeding. Bila bleeding tu memang sohihla takda lain kecuali miscarriage sebab selalunya aku memang jaga pemakanan dan aktiviti (kecuali dukung anak-anak).

Penyebab Kehamilan Kosong
Doktor memang terangkan yang kehamilan kosong ni disebabkan benih yang tak elok. Doktor kata 40% dari sperma adalah sperma yang tak elok. Dan 30% dari persenyawaan akan mengakibatkan pembesaran fetus yang tidak sempurna (OKU i supposed). Mengikut satu rencana yang aku baca, hormon yang rendah juga menyebabkan pembesaran telur yg disenyawakan terbantut. Magikkan hakikatnya sistem biology kita tahu yang benih tu tak elok dan tak teruskan kehamilan. Bukanke ini satu keajaiban ciptaan tuhan.

Doktor ada juga bagitau yang faktor mungkin juga menyebabkan risiko kehamilan kosong nie. Aku dah 33 tahun dan H 39 tahun.. kekek need I say more? Tapi aku percaya kitorang menjalani kehidupan yang sihat insyaAllah. Aku masih nak lagi seorang lagi anak.

Tanda-tandaSeriously aku rasa tak banyak tanda-tanda yang bagitau kehamilan kita nie ksoong. Aku tetap ada alahan macam biasa, naik berat badan 2 kg, alahan ruam (Tensen betul seluruh badan gatal-gatal dan bintik merah.. more to alahn towards fabric material), rasa letih etc. Cuma aku perasan perut tak membesar sangat dan tak tegang. Kehamilan kosong Cuma boleh disahkan dgn ujian ultrasound dan mungkin bleeding seperti period. Sakit perut pun takde.

Perubahan Emosi
Memangla.. walaupun mula-mula taknak terima hakikat aku mengandung sebab masih BF Fakhri. Fakhri masih kecil. Aku tak bersedia dan kitorang merancang pun. Tapi akhirnya rasa seronok juga sebab akan ada baby lagi. Kehadiran anak kan satu kegembiraan.. sebab tu aku rasa ada orang yang ada anak ramai. Tapi bila mula rasa pelik macam pregnancy ni tak menjadi aku dah mula jadi emosi. Tak siapa akan faham. Malah H sendiri tak faham. Tapi aku ada kawna-kawan yg always beside me in emails and sms and FB.

Dan, selepas 2 kali menstrual boleh cuba conceive balik. InsyaAllah, peluang utk kehamilan yang sempurna memang ada. Tapi kalau 2 kali kehamilan kosong berturut-turut kenalah consult doktor.

D&C atau secara semulajadiBila dah tau kehamilan kosong, kita boleh pilih utk keguguran semulajadi macam period atau buat D&C. Doktor akan suggest utk D&C so, ikut je lah. Aku pun tak pasti macamana kalau semulajadi ada efek ke mcm ada sisa tertinggal dalam rahim. I guess its a matter of choice.

No comments: